Budak Main Api

Budak Main Api

Jemput Masuk

Life is Allah's most valuable gifts...Live it and appreciate it...

Sunday, August 16, 2015

Chanteq Chap 2

Bab 2

 “Goddammit!!!” Karmila menumbuk stereng berulangkali. Kakinya dihentak berulangkali ke atas lantai kereta.
Lantaran kepanasan kerana tingkap tidak boleh dibuka, Karmila keluar daripada kereta dan membuka bonet depan keretanya. Dia melihat kenderaannya sudah berasap. Karmila sudah mula mahu menangis.
Telefon bimbit dalam handbag diambil. Sekali lagi hatinya dihambat rasa ingin mencarut sekuat hati. Line langsung takde.
“Sial!!!”
Kemudian, Karmila perasan terdapat sebuah Honda City putih berhenti di depan keretanya. Pantas dia masuk semula ke dalam kereta dan mencari buluh tumpat yang sememangnya diletakkan di tempat letak kaki.
Kelihatan dua orang wanita berkebaya putih keluar daripada kenderaan itu. Seorang yang agak tinggi sedikit, bersanggul nyonya manakala seorang lagi rambutnya terurai.
“Cik…” Wanita yang tinggi itu mengetuk tingkap pemandu.
Memandangkan kedua-duanya perempuan, Karmila keluar daripada kenderaannya. “Cik, kereta saya rosak. Saya Karmila.” Karmila menghulurkan salam.
Kedua-dua wanita itu tersenyum mempamerkan dua baris gigi yang putih melepak. Karmila membalasnya dengan senyuman yang biasa sahaja yakni tidaklah seputih mereka.
“Saya Lestari. Ini adik saya, Jelita. Ada contacts dengan sesiapa dah?” Wanita yang bersanggul itu bertanya.
“Belumlah, Cik Lestari. To be honest, phone saya takde line.”
“Oh my God, kejap saya call adik saya. Minta dia hantarkan pomen ke sini.” Jelita pula bersuara lalu kembali ke keretanya.
Lestari dan Karmila berpandangan satu sama lain. Lestari masih dengan senyuman yang langsung tidak lekang daripada bibir.
“Nak biskut?” Lestari memberi tawaran kepada Karmila.
“It’s okay, nevermind.” Karmila menolak. Gila kau! Nak ambik makanan daripada strangers.
“Jangan takut. Saya pun makan jugak.”
Selepas melihat Lestari turut makan biskut tersebut, Karmila mengambil sebiji biskut berbentuk bulat itu lalu disuakannya ke dalam mulut. Sedap dan coklatnya cair di dalam mulut.
“Okey, Jelita dah call Tampan. Lagi setengah jam dia sampai. Akak stay kat mana?” Jelita keluar daripada keretanya.
“Singgah Motel. Kat pekan tu.”
“Macamni. Cik Karmila ikut kami berdua pulang ke tempat kami. Kat sana, Cik Karmila akan rasa lebih selesa. Mari naik kereta kami.”
Karmila sekadar menurut perintah Lestari itu. Lagipun, hanya kepada mereka berdua sahaja pengharapannya bergantung. Dia tiada sesiapa yang boleh dia harapkan melainkan Jelita dan Lestari.
Di dalam kereta, senyuman manis masih menghiasi bibir kedua-dua beradik itu. Sedikitpun tidak terluak kemanisan senyuman mereka membuatkan Karmila di belakang sedikit seram sejuk.
“Okey, kita balik dulu ke pekan, Cik Karmila ambil semua barang Cik Karmila kat motel tu.”
Karmila di belakang hanya mengangguk. Nampaknya terpaksalah dia mengikuti Jelita dan Lestari ke tempat mereka. Tapi ke mana?
“Cik Jelita, kita nak ke ma…”
Belum sempat Karmila menyudahkan soalannya, telefon bimbit Jelita berdering lagi. Pantas gadis itu menjawab.
“Hello, bonda. Ya, Jelita ni. Dengan Kak Les… Oh ya, bonda. Tadi kejap ni, Jelita dengan Kak Les ada jumpa seorang akak ni. Rumah ada satu kosong kan kat blok C tu. Boleh tak? Kesianlah bonda.”
Suasana jeda seketika. Karmila masih tidak dapat menangkap apakah isi perbualan Jelita dengan bondanya.
“Boleh. Terima kasih bonda. Hmm, taulah Jelita nak cakap apa.” Tidak lama selepas itu, Jelita mematikan perbualan.
“Apa kata bonda, Jelita?”
“Bonda kata boleh.”
“Maafkan saya, tapi apa yang boleh?” Karmila mencelah. Daripada tadi sebenarnya dia sudah penasaran.
Jelita dan Lestari berpandangan satu sama lain dengan senyuman yang masih melekat.
“Sebenarnya, kami nak bawak Cik Karmila…”
“Just call me Kak Karmila. Cik sounds too formal.” Karmila memintas.
“Okey, Kak Karmila. Sebenarnya, kami nak bawak Kak Karmila tinggal kat tempat kami.”
“Hah?! Kat mana?”
“Itu akak tak payah risau. Biar saya dengan Jelita uruskan.” Lestari menyambung. “Sekarang, kita pergi balik motel tu dan uruskan hal check-out.”
“Kat mana tempat tu?”
“Jangan risau. Tapi akak akan suka tempat tu.”
“Jangan culik saya. Saya takde duit tau.”
“Muka kami macam muka orang jahat ke?” Jelita berlelucon.
Karmila hanya tersenyum.
Tidak lama pemanduan, mereka tiba di hadapan Singgah Motel. Kelihatan Kak Sal sedang berpandangan ke luar motelnya melihatkan kereta Lestari parkir betul-betul di hadapan premisnya.
Karmila keluar. Dia perasan terdapat beberapa orang sekelilingnya memandang semacam kepadanya. Tidak ubah seperti dia baru sahaja membunuh orang ketika itu.
“Eh, Karmila. Naik kereta siapa tu?”
Tanpa menjawab soalan Kak Sal, Karmila terus straight to the point. “Kak Sal, saya nak check-out. Kejap saya naik bilik ambik barang.”
Karmila masuk ke dalam biliknya dan mengemas bagasinya semula. Ia hanya mengambil masa sepuluh minit memandangkan tidak banyak barangnya yang dipunggah.
“Karmila nak ke mana?” Kak Sal bertanya tatkala Karmila menyerahkan kunci di kaunter.
“Oh, ada orang nak tumpangkan saya kat tempat dorang.”
“Siapa orang tu?” Kak Sal bertanya lagi. Risau. Yalah, Karmila ni dahlah perempuan.
“Jelita dengan siapa sorang lagi ek…”
“Lestari!”
Karmila tersenyum dan mengangguk. “Ya, betullah tu. Kejap, mana akak tahu?”
“Semua orang kat dalam pekan ni kenal dengan dua beradik tu, Karmila. Cantik, senyum je memanjang orangnya kan? Jaga-jaga dengan dorang tu. Bahaya.”
“Hisy, akak ni. Akak doakan saja saya selamat. Saya pergi dulu ya, kak.”
Kemudian Kak Sal sedar sesuatu. “Kejap, baki Karmila lagi RM 70 tu. Nanti akak…”
“Takpe kak. Saya halalkan.” Karmila menolak secara baik.
“Terima kasih, Karmila. Moga murah rezeki kamu.”
Karmila masuk ke dalam kereta putih Lestari. Dua beradik itu masih tersenyum.
“Sudah?”
Karmila mengangguk perlahan. Dan kenderaan itu berlalu membelah pekan kecil itu. Dan entah bila, Karmila terlelap.

Kenderaan itu masuk melalui pintu gerbang hitam dan berkerawang keemasan itu. Melihatkan kepada pemandu, si pengawal pantas membuka pintu besar itu. Kereta itu pun masuk ke dalam residensi itu. Tertera di pintu gerbang:
Selamat Datang ke Chanteq
Kesempurnaan lahirnya di sini…
“Nak kejut dia ke?” tanya Jelita.
Lestari menggeleng.
Di sekeliling residensi, berdiri megah bangunan rumah dua tingkat di kiri dan kanan. Di sebelah kiri daripada pintu masuk, semuanya bangunan kediaman manakala di sebelah kanan, terdapat bangunan kediaman diselang-seli dengan kedai-kedai. Semuanya berwarna putih.
Di tengah-tengah residensi, terdapat sebuah tasik yang tidak pasti buatan manusia ataupun semulajadi. Di belakang tasik, terdapat sebuah rumah agam lima tingkat (tiga atas tanah, dua bawah tanah). Bertentangan dengannya adalah sebuah bangunan pejabat tiga tingkat dan bertentangan pejabat adalah sebuah dewan serbaguna.
Lestari memarkir keretanya di hadapan rumah agam itu, betul-betul di pintu depan. Dia dan Jelita keluar meninggalkan Karmila dengan air-cond terpasang. Kelihatan bondanya sudah menunggu di muka pintu bersama adik lelaki bongsunya, Kacak.
“Di mana dia, Lestari?”
“Ada di dalam kereta, bonda. Tampan mana bonda?”
“Tadi kan kakak bilang pada Tampan, suruh pergi panggilkan pomen. Itu dia tengah pergilah tu.”
Lestari dan Jelita mengangguk. Kemudian, datang dua orang lelaki bertubuh sasa keluar daripada rumah agam itu dan menuju ke arah mereka berempat.
“Di mana perempuan itu, Cik Lestari?” Lelaki sasa yang pertama bertanya.
“Dia dalam kereta. Angkat perlahan-lahan tau. Takut dia tersedar pulak.”
“Baik, cik.”
Kedua-dua mereka mencempung tubuh Karmila dengan lembut dan cermat. Karmila tidak sedikitpun terkesan mahupun tersedar akan perbuatan mereka. Sebaliknya, dia masih lena.
“Berapa biji biskut kamu berikan padanya, Les?”
Lestari menunjukkan jari telunjuknya. Bondanya terangguk-angguk. Jelita hanya memandang kurang senang. Niatnya tadi hendak menolong sahaja. Tidak sangka yang kakaknya sudah awal-awal memberi biskut kepada Karmila.
Mereka berempat masuk ke dalam sebuah bilik di dalam rumah agam itu. Karmila ketika itu sudah dibaringkan di atas sebuah katil. Di atas kepalanya berdiri sebuah mesin lampu.
“Mulakan pembedahan sekarang.” Cantik bersuara.
Dan pembedahan dilakukan.

Karmila sedar dan ketika itu dia masih berada di dalam kereta. Dia melihat Lestari dan Jelita sedang berborak-borak di luar kereta. Belakang tengkuknya berasa amat sakit. Barangkali kerana tersalah tidur.
“Eh, Kak Karmila dah bangun. Mari turun, kak. Inilah rumah kami,” jemput Jelita dengan begitu lembut dan ramah.
Karmila keluar. Dia memandang rumah agam putih itu dengan perasaan kagum yang pantas menabrak di dalam diri. Kemudian dia memandang sekeliling tempat itu. Semuanya dicatkan berwarna putih.
“Selamat datang ke Chanteq!” Seorang wanita pertengahan usia menyambut di muka pintu. “Nama saya Cantik. Pengasas Chanteq. Ini anak sulung saya, Lestari Liyana. Yang ini nombor dua, Jelitawati Linda. Yang kacak ni, sepadan namanya, Kacak Zakwan.”
Karmila bingung berdiri di situ tatkala mendengar nama mereka yang sumpah mengarut gila nak mampus. Cuba kalau macam nama dia: Nur Karmila. Kan senang. Takde Cantik, Jelita, Phelolesh bagai. Ni kemaruk nama anak artis lah ni.
“Siapa nama kamu?” Cantik tersenyum lebar bertanya.
“Karmila. Nur Karmila Khairudin. Selamat berkenalan.”
Mereka berempat tersenyum kepadanya. Membuatkan Karmila berasa maha awkward berada di situ. Dia seolah-olah terlupa bagaimana cara yang betul untuk tersenyum.
“Selamat datang.” Cantik menghulurkan salam. Salam itu disambut oleh Karmila. “Mari, kita ke rumah kamu. Lestari, Kacak, ikut bonda.”
Karmila mulanya ingin mengambil barangannya di dalam but belakang tapi dihalang oleh Jelita. Katanya, biar dia sahaja yang menghantarnya nanti.
“Puan Cantik, ini tempat apa sebenarnya?” tanya Karmila yang sememangnya penasaran dari mula-mula lagi.
“Chanteq ini adalah satu residensi yang sangat sempurna. Tiada jenayah, tiada pergaduhan mahupun perselisihan faham yang berlaku. Setiap penduduk di sini tinggal dalam satu komuniti yang bahagia dan aman sentosa.”
Mungkin inilah janji manis yang ditawarkan dalam brosur semalam, getus hati Karmila.
Sedang mereka berjalan, mereka berselisih dengan seorang wanita pertengahan 20an yang cantik. Cantik menegur.
“Hai Suzana. Cantik cuaca hari ni kan?”
Wanita bernama Suzana itu masih tersenyum mempamerkan dua baris gigi putih melepak. “Hai Puan Cantik, Kacak dan orang baru. Cantik cuaca hari ni.”
Kemudian wanita itu berlalu meninggalkan mereka. Masih dengan senyuman di bibir. Dan ini sangat memelikkan ya, tuan puan yang sedang membaca.
“Siapa dia tu?” Karmila bertanya.
“Suzana. Baru dua bulan di sini. Dulu dia pegawai polis. Letak jawatan.”
Karmila hanya mengangguk. Macam tidak percaya Suzana itu pegawai polis kerana melihat pada gayanya yang terlalu lembut, mustahil polis sebegitu. Bukankah polis biasanya ada aura garangnya sedikit? Nah, lupakan!
Kemudian barulah Karmila tersedar bahawa dia tidak mempunyai wang yang mencukupi sangat untuk dibuat sewa rumah. Kalau pendahuluan tu, adalah barang RM 500 dalam dompetnya.
“Puan Cantik, saya takde duit nak bayar sewa. Lagipun saya ni tak kerja. Macam mana ni?”
Cantik hanya ketawa. Dia menggeleng lembut. Begitu juga dengan Lestari dan Kacak.
“Tak payah risau akan itu, Karmila. Di Cantik ini, semua ditanggung oleh pihak kami. Karmila hanya tinggal sahaja di sini dengan senang hati.”
Karmila sedikit bingung. Kaya benau kalau semua penginapan penduduk di sini ditanggung sepenuhnya. Siapa yang maha kaya sangat hendak memberi tajaan seperti itu?
“Okey, kita dah sampai.”
Mereka berhenti di hadapan sebuah rumah kecil berwarna putih. Lestari mengetuk pintu rumah itu. Maknanya Karmila akan mempunyai housemate nampak gayanya. Harap orangnya pembersih.
“Oh, Cik Lestari. Kenapa, cik?” Seorang gadis membuka pintu rumah itu. Wajahnya tidak tersenyum seperti Suzana tadi.
“Macamni Najihah. Ini ada seorang penghuni baru Chanteq. Karmila namanya. Karmila, Najihah. Najihah, Karmila.” Cantik memperkenalkan Karmila kepada Najihah.
“Najihah. Laila Najihah.” Najihah menghulurkan salam. Karmila menyambut dengan lembut.
“Nur Karmila. Panggil Karmila je.”
“Marilah masuk.”
Mereka bertiga masuk ke dalam rumah itu. Seperti di luar, di dalam juga serba putih. Sebuah rumah yang ringkas. Dua bilik, sebuah ruang tamu, dapur yang digabungkan sekali dengan ruang makan. Tiada televisyen. Hanya terdapat sebuah radio yang berada di tengah ruang tamu. Sangat boring binti membosankan.
“Ada apa-apa lagi yang boleh saya tolong?” Lestari memaniskan mulutnya. Kalah gula tebu.
“Takde apa-apa.” Karmila menggeleng.
“Najihah, tengok-tengokkan Karmila ya,” pesan Cantik. Najihah mengangguk pantas
Lestari, Cantik dan Kacak beredar dari situ. Kacak sempat mengenyit mata dan melemparkan senyuman seperti namanya kepada Karmila. Karmila membalas senyuman itu.
“Akhirnya, aku dah ada roommate,” luah Najihah. “Kenapa datang sini?”
“Oh, kereta saya rosak tadi. Terjumpa pulak dengan Lestari dengan Jelita. Dorang bawak saya datang sini. Kau pulak?”
“Aku ni hidup dalam buangan. Kau tahu, boyfriend aku dulu tu mamat Indon. Aku ikutlah dia balik Indon sana, tinggalkan family habis. Sekali aku nak dijualnya. Aku lari. Aku ikut kapal tekong. Sampai sini, aku ikut jalan hutan. Langsung sampai ke sini.”
“Wait, kau ni Laila Najihah Dato’ Lokman tu kan? Anak menteri yang hilang setengah tahun dulu? Sanggup kau ikut mamat Indon?”
“Semua orang fikir jadi anak orang kaya ni best, Karmila. Kau tahu ke menteri kat Malaysia ni, berapa ramai yang korup? Berapa ramai yang syubhah gajinya? Berapa ramai yang sampai lupa nama anak sendiri, tapi ingat nama penyokong dengan orang kanan? Ramai, Karmila. Sebab tu aku ingat nak lari daripada Malaysia ni.”
“Tapi bagi aku kan Jihah, mana ada tempat yang sempurna like hell macam tu,” bantah Karmila. Dia tidak berapa setuju dengan statement penuh kontroversi Najihah itu.
“Ada. Sini.”
“Sini?”
“Ya, kalau kau nak tahu, sini is one of the most perfect places in the world. Tengoklah nanti. Dah siap, malam ni nak kena gathering dengan dinner.”
Karmila bingung. Gathering dengan dinner? Where?
“Oh, Cantik tak bagitau. Setiap kali makan malam, kita kena pergi dewan. Makan kat sana and ada sikit assemblylah. But just for dinner. Lain, settle sendiri. Dapur ada. Wajib. Akan ada rondaan nanti.”
Karmila mendengar penuh tekun. Mungkin, tempat ini ada kesempurnaan yang dia cari…


No comments:

Post a Comment