Budak Main Api

Budak Main Api

Jemput Masuk

Life is Allah's most valuable gifts...Live it and appreciate it...

Sunday, November 9, 2014

Katarsis


Untuk pertama kalinya (bagi akulah), aku jumpa sebuah novel yang kulit depannya relate dengan isi ceritanya. Taklah relate sangat. Cuma gambar kotak kayu depan ni exactly the same dengan gambaran kotak kayu dalam cerita ni. Okey, enough pasal kulit depan.

Novel thriller ni ditulis oleh seorang cewek dari seberang Selat Melaka nun bernama Anastasia Aemilia. It's hard to believe that the novelist is girl. Coz cerita ni agak twisted jugak. But itu yang menarik sebenarnya. And disebabkan novel ini translated dari novel Indonesia, ada certain ayat-ayat yang aku ambik masa nak hadam jugak.

Novel ni berkisarkan tentang hidup seorang cewek bernama Tara Johandi. She hates her name and a bit to her family. Aku rasa dia ni jenis yang ego jugak. Semua bagi dia salah kecuali apa yang keluar daripada kepala dia. Sehinggalah dia berjumpa dengan Dr. Alfons dan Ello, everything has changed....

Novel ni ada gore dia, tapi tak sebanyak mana hingga layak digelar novel slasher. Cuma korang punya semangat inkuiri tentang siapa pembunuh tu akan membuak-buak. Cara pembunuhan dia simple, but kengerian tu still ada.

Kekuatan novel ni adalah storyline. Actually semua novel, strength dorang adalah story dia. Kalau story dia macam sucks, maka suckslah keseluruhan cerita dia. And aku suka gaya Anastasia Aemilia gambarkan watak-watak dia. Tara Johandi yang bencikan namanya dan zaman silamnya, Alfons yang bagaikan guardian angel dan for sure Ello yang kepsikoan terserlah.

Kelemahan novel ni adalah plot twist dia yang bapak twisted. Tapi aku tak tahulah kalau korang faham. Maybe aku perlu baca lebih banyak kali. Tapi kelemahan itu ditutup oleh Anastasia Aemilia dengan baik dengan cerita dia yang menarik (even twisted nak mampus). Tapi tetap da best....

Harapan aku adalah novelis Malaysia dapat mengambil contoh daripada hasil karya novelis Indonesia ini. Terima kasih kepada Fixi kerana mengalih bahasakan novel ini juga. Anastasia Aemilia, we need Katarsis punya sekuel. Apa yang jadi kat Tara selepas itu? Please, I'm questioned it...

Dari hujung jari,
Tinta Beracun...

Tuesday, October 28, 2014

P.S.I Love You


Tiga kali aku baca buku ni, tiga kali aku menangis. But movie dia aku tak berkesempatan lagi nak tengok. Beware, Spoiler Alert!

Buku ni ditulis oleh Cecelia Ahern pada tahun 2004 dan difilemkan pada tahun 2007. A sweet love story. Buku ni tak bercerita tentang cinta semata-mata, actually. Buku ni banyak bercerita tentang perasaan rindu dan bagaimana caranya untuk kita mengatasi perasaan itu. Dan idea asal cerita ini juga fresh membuatkan storyline cerita ni firm and strong.

Watak utama dalam filem ini ialah Holly Kennedy. She's a young widow. Husband dia, Gerry meninggal kerana kanser. Permulaan cerita, aku agak menyampah dengan watak Holly yang terlalu pesimis dan terlalu depends kepada mendiang Gerry. Tapi at the end, aku jadi suka dengan watak Holly yang bangkit semula mencipta hidup yang baru.

For sure, time Holly nak buka surat yang barulah time paling aku excited nak baca. Cecelia Ahern berjaya membuatkan pembaca berasa tak sabar dan teruja untuk mengetahui apa isi dalam surat yang seterusnya. Itu pun satu kekuatan sebenarnya.

Meskipun mempunyai banyak watak, aku tak berapa keliru sebab watak-watak tu just appear dalam bab-bab tertentu sahaja. Korang tak perlu nak rasa pening sangat. Anyway, it's still heartwarming.

Kelemahan buku ni adalah pembinaan watak Holly. Watak Holly boleh digarap dengan lebih menarik sekiranya dia lebih open. Tapi tak best jugak nanti kan. Actually, this novel is flawless. Aku tak tahu mana yang boleh dikritik. Tapi ni personal opinion akulah. Tapi kalau diberi markah per lima, still tak dapat lima per lima.

Satu quotes yang aku dapat dalam buku ni dan aku still guna dalam esei BI aku, "Shoot for the moon."

p.s.I love you

Gantung

                                             


Masa first time aku dengar pasal buku ni, adalah kisah pasal empat orang budak sekolah. Lepas tu aku pergi jenjalan dekat MPH, aku terjumpa buku bertajuk Gantung ni. Kalau tengok cover, memang takde tali yang menunjukkan ada benda yang tergantung. But yang buat aku curious is kenapa mesti letak gambar bayang2. Mungkin aku tak cukup berseni untuk menafsirkannya agaknya.

Dahlah tu pasal cover. Aku dengar buku ni best dan famous. Itu yang buat aku tergerak nak beli sebenarnya. Harga pun affordable masa tu. However, aku terpaksa menelaah buku ni tiga kali untuk mencerna isi kandungan dia.

Cerita ni ada dua plot. Satu kisah Gibbs and the gang. Satu lagi kisah Khalil. Spoiler Alert! Dua plot ni actually related. That's why aku baca banyak kali baru faham. Kisah dia actually tipikal hidup budak sekolah. Tapi tak tipikal sangat. Cuma banyak aksi yang ... banyak dalam cerita ni yang buatkan aku rasa agak kurang sesuai untuk pembaca underage. But it's Fixi, right? Tapi itu tak effect apa-apa pun.

Setiap watak ada personaliti yang tersendiri. Itu satu kekuatan Gantung yang aku lihat. Setiap watak ada pastlife atau at least bukan sekadar alat untuk menambah muka surat semata-mata. Second thing aku suka about Gantung is, dia lari daripada tipikal hantu asrama yang kita biasa dengar. Over but still acceptable. Then I would like to compliment about storyline. Agak twisted tapi Nadia Khan pandai settlekan twisted tu dekat end of the story. Ayat yang Ray sebut actually boleh jadi quotes of wisdom.

Dalam setiap kebaikan, mesti ada keburukan. Bagi aku, kelemahan Gantung is penceritaan yang tak detail and too much dialogues. Penceritaan yang tak detail is gambaran tentang tempat or satu-satu situations tu kurang. Aku faham kalau penulis nak santaikan penceritaan tapi aku rasa macam kekurangan tu still ada. Tak semua orang have a high imagination. Dialog memang mampu jadi penggerak cerita tapi kalau kurangkan sedikit dan tambahkan gambaran, I think it would make Gantung much interesting. Pasal babak-babak kurang semenggah tu aku suka even it's quite adult but still acceptable.

Anyway, novel ni bukan tipikal novel remaja yang korang baca masa masuk Form 1 dulu. Novel ni ada kekuatan yang tersendiri dan sedap dibaca. Dan tak melampau kalau aku kata novel ni filmable. Keep writing, Nadia Khan.  

Monday, September 29, 2014

Gergasi (Review)

Tajuk acah gempak je... padahal aku just nak review novel yang aku baru done baca which is named as 'Gergasi'.

cool kan cover dia...

novel ni berwatak utamakan Rizal, a programmer. Dia ni nak describekan as anti-social pun boleh jugak. Average person. Dia pun syok kat seorang perempuan nama Nuraini.

Watak utama kedua pulak nama dia Batara Waja. Aku taknak spoilkan apa dan siapa Batara Waja. Beli sendiri kalau nak and baca sendiri.

Cerita ni berjalan agak mendatar pada mulanya tapi aku suka because orang akan tertanya-tanya siapa Batara Waja ni dan apa kena mengena dia dengan hidup Rizal ni. And aku suka gaya penulis cuba untuk mengubah sejarah. Even at the end masa pertempuran kat Melaka, Batara Waja ni suddenly gone with the wind.

Masa timeline dia dah sampai ke 2011, aku mula rasa macam aku baca RoboCop versi BM.  Tapi semua tu bertukar or mungkin hilang dek rasa saspens yang berpanjangan. Even nama watak dalam novel banyak tapi aku tetap suka sebab setiap watak tu penting and go along dengan watak utama.

Apa yang aku rasa boleh ditambahbaik dalam novel ni is kalau boleh tolong kurangkan sikit watak coz aku rasa bukan aku sorang je yang pening dengan watak yang too much. Next, jalan cerita dah ada tapi kalau boleh tolong perincikan sikit je lagi tentang watak dan perwatakan. Anyway, all out novel ni memang best. Satu idea yang out of the box dari pembikin novel Malaysia.

Teruskan berkarya, Khairul Nizam Khairani...

Saturday, September 27, 2014

SMPDTJ BAB 1 DAN 2

    SMPDTJ

Setiap pelajar,ada cerita yang ingin disampaikan…



Berdasarkan kisah benar yang sudah diputar-belit
1.SMPDTJ
        
         Nama sebenar sekolah ni Sekolah Menengah Pintar Dinamik Tuntas Jaya (ambik kau nama dia). Tapi biasanya sekolah jiran panggil Sekolah Menengah Pelajar Dinamik Tapi Jahat. Nak tahu kenapa? Sebab sekolah ni memang originally macam tu.
         Ciri fizikal sekolah tu pada tahap yang boleh dibanggakanlah jugak. Ada padang bola dengan padang ragbi yang diasingkan. Court basketball yang berlantaikan simen. Tempat perhimpunan berbumbungkan langit nan biru. Kantin yang rasis; mengasingkan pelajar dengan guru. Asrama yang menempatkan empat orang pelajar dalam satu dorm. Cukup untuk menampung sebahagian pelajar sekolah ni yang duduk asrama. Kelas yang panasnya taklah sampai memerlukan dipasang aircond. Lab yang masih boleh dibanggakan di peringkat sekolah.
         Pelajarnya pulak, not bad. Tapi the usually of students, still live in their own tribes. Jocks dengan jocks. Nerds dengan nerds. Cool girls dengan spesies tulah jugak. Itulah lumrah SMPDTJ. Setiap pelajar sekolah ni ada cerita yang nak disampaikan…                                                                                            









2. Awek Aku Artis (Farisi)
        
         Biasanya orang takkan nak couple ngan aku ni. Kenapa? Sebab aku ni bukan handsome pun. Dahlah gelap (taklah,dark choco je), suara pun orang kata cam perempuan sikit. Muka pun tarat lepas je.
         Sebab tu masa si Rossa mintak couple dengan aku, bagai nak putus nyawa aku sekejap. Yelah. Siapa saja kat SMPDTJ ni or semua remaja kat Malaysia ni mesti kenal dengan Rosalinda Haniff. Dia teen model lah kalau kat Malaysia ni. So, siapa yang tak pelik,kan? Kalau ngan budak lain tu okey lagi, ni dengan aku.
         “Apa hal yang kau tetiba nak couple ngan aku ni? Kau tak takut orang panggil kita Beauty and The Beast.”
         “Persetan lah semua tu. I just wanna be with you.”
         Lebih kurang itulah apa yang diperbahaskan antara aku dengan Rossa masa tu.dia sendiri kata yang dia tak kisah kalau kena gelak. So,aku onkan jelah. Dah dia yang act bitchy nak mati suruh aku couple ngan dia.
         “You janji you takkan bother kalau orang gelakkan kita?”
         “Nope. For sure.”
         Walaupun agak suspicious dengan jawapan model ni, aku ikutkan jelah. Sebelum ada pulak kes anak dara orang terjun bangunan karang (cewah! Macam handsome sangat)
            “Betul ke kau couple dengan Rossa?”
            “Muka macam kau pun boleh dapat Rossa?”
            “Kau bagi Rossa makan apa,sial?!”
Hello! Bukan salah aku makwe korang tu nak menggatal ngan aku. Aku sendiri pun terkejut beruk cimpanzi. Lagi nak blame aku. Bapak sadis!
“Rossa,you still nak proceed ngan semua benda ni ke? People make fun of us you know.”
“For sure I know. Even my friends say about the same thing.”
“And?”
Dia memegang tangan aku. “Pernah dengar lagu You’re Still The One tak? Shania Twain punya lagu.”
Aku angguk.
“You know what. Sometimes we don’t have to listen to others just to makes them happy. You know what, I loves you. I don’t care what others want to say. Because I loved you. Jet’aime Farisi.”
Dafuq!
“Mkay,fine.”
“So, don’t talk about this shitty things anymore. Bye.”
Aku tak tahu apa yang dihembus si Rossa ni sampai sejak hari tu,aku rasa adrenaline rush yang mengalir dalam badan aku makin menggila.
“Kau couple ngan artislah sekarang?”
“Untung gila kau,Ris.”
Ya, korang. Awek aku artis. Deal with it?
Kadangkala hidup ni memang tak macam yang kita jangka. Sebulan lepas, aku loner yang takde GF. But now, awek aku artis. Hope it will last forever even aku sendiri tak pasti. So that’s all cerita aku dalam ni…