Budak Main Api

Budak Main Api

Jemput Masuk

Life is Allah's most valuable gifts...Live it and appreciate it...

Sunday, August 16, 2015

Chanteq Chap 2

Bab 2

 “Goddammit!!!” Karmila menumbuk stereng berulangkali. Kakinya dihentak berulangkali ke atas lantai kereta.
Lantaran kepanasan kerana tingkap tidak boleh dibuka, Karmila keluar daripada kereta dan membuka bonet depan keretanya. Dia melihat kenderaannya sudah berasap. Karmila sudah mula mahu menangis.
Telefon bimbit dalam handbag diambil. Sekali lagi hatinya dihambat rasa ingin mencarut sekuat hati. Line langsung takde.
“Sial!!!”
Kemudian, Karmila perasan terdapat sebuah Honda City putih berhenti di depan keretanya. Pantas dia masuk semula ke dalam kereta dan mencari buluh tumpat yang sememangnya diletakkan di tempat letak kaki.
Kelihatan dua orang wanita berkebaya putih keluar daripada kenderaan itu. Seorang yang agak tinggi sedikit, bersanggul nyonya manakala seorang lagi rambutnya terurai.
“Cik…” Wanita yang tinggi itu mengetuk tingkap pemandu.
Memandangkan kedua-duanya perempuan, Karmila keluar daripada kenderaannya. “Cik, kereta saya rosak. Saya Karmila.” Karmila menghulurkan salam.
Kedua-dua wanita itu tersenyum mempamerkan dua baris gigi yang putih melepak. Karmila membalasnya dengan senyuman yang biasa sahaja yakni tidaklah seputih mereka.
“Saya Lestari. Ini adik saya, Jelita. Ada contacts dengan sesiapa dah?” Wanita yang bersanggul itu bertanya.
“Belumlah, Cik Lestari. To be honest, phone saya takde line.”
“Oh my God, kejap saya call adik saya. Minta dia hantarkan pomen ke sini.” Jelita pula bersuara lalu kembali ke keretanya.
Lestari dan Karmila berpandangan satu sama lain. Lestari masih dengan senyuman yang langsung tidak lekang daripada bibir.
“Nak biskut?” Lestari memberi tawaran kepada Karmila.
“It’s okay, nevermind.” Karmila menolak. Gila kau! Nak ambik makanan daripada strangers.
“Jangan takut. Saya pun makan jugak.”
Selepas melihat Lestari turut makan biskut tersebut, Karmila mengambil sebiji biskut berbentuk bulat itu lalu disuakannya ke dalam mulut. Sedap dan coklatnya cair di dalam mulut.
“Okey, Jelita dah call Tampan. Lagi setengah jam dia sampai. Akak stay kat mana?” Jelita keluar daripada keretanya.
“Singgah Motel. Kat pekan tu.”
“Macamni. Cik Karmila ikut kami berdua pulang ke tempat kami. Kat sana, Cik Karmila akan rasa lebih selesa. Mari naik kereta kami.”
Karmila sekadar menurut perintah Lestari itu. Lagipun, hanya kepada mereka berdua sahaja pengharapannya bergantung. Dia tiada sesiapa yang boleh dia harapkan melainkan Jelita dan Lestari.
Di dalam kereta, senyuman manis masih menghiasi bibir kedua-dua beradik itu. Sedikitpun tidak terluak kemanisan senyuman mereka membuatkan Karmila di belakang sedikit seram sejuk.
“Okey, kita balik dulu ke pekan, Cik Karmila ambil semua barang Cik Karmila kat motel tu.”
Karmila di belakang hanya mengangguk. Nampaknya terpaksalah dia mengikuti Jelita dan Lestari ke tempat mereka. Tapi ke mana?
“Cik Jelita, kita nak ke ma…”
Belum sempat Karmila menyudahkan soalannya, telefon bimbit Jelita berdering lagi. Pantas gadis itu menjawab.
“Hello, bonda. Ya, Jelita ni. Dengan Kak Les… Oh ya, bonda. Tadi kejap ni, Jelita dengan Kak Les ada jumpa seorang akak ni. Rumah ada satu kosong kan kat blok C tu. Boleh tak? Kesianlah bonda.”
Suasana jeda seketika. Karmila masih tidak dapat menangkap apakah isi perbualan Jelita dengan bondanya.
“Boleh. Terima kasih bonda. Hmm, taulah Jelita nak cakap apa.” Tidak lama selepas itu, Jelita mematikan perbualan.
“Apa kata bonda, Jelita?”
“Bonda kata boleh.”
“Maafkan saya, tapi apa yang boleh?” Karmila mencelah. Daripada tadi sebenarnya dia sudah penasaran.
Jelita dan Lestari berpandangan satu sama lain dengan senyuman yang masih melekat.
“Sebenarnya, kami nak bawak Cik Karmila…”
“Just call me Kak Karmila. Cik sounds too formal.” Karmila memintas.
“Okey, Kak Karmila. Sebenarnya, kami nak bawak Kak Karmila tinggal kat tempat kami.”
“Hah?! Kat mana?”
“Itu akak tak payah risau. Biar saya dengan Jelita uruskan.” Lestari menyambung. “Sekarang, kita pergi balik motel tu dan uruskan hal check-out.”
“Kat mana tempat tu?”
“Jangan risau. Tapi akak akan suka tempat tu.”
“Jangan culik saya. Saya takde duit tau.”
“Muka kami macam muka orang jahat ke?” Jelita berlelucon.
Karmila hanya tersenyum.
Tidak lama pemanduan, mereka tiba di hadapan Singgah Motel. Kelihatan Kak Sal sedang berpandangan ke luar motelnya melihatkan kereta Lestari parkir betul-betul di hadapan premisnya.
Karmila keluar. Dia perasan terdapat beberapa orang sekelilingnya memandang semacam kepadanya. Tidak ubah seperti dia baru sahaja membunuh orang ketika itu.
“Eh, Karmila. Naik kereta siapa tu?”
Tanpa menjawab soalan Kak Sal, Karmila terus straight to the point. “Kak Sal, saya nak check-out. Kejap saya naik bilik ambik barang.”
Karmila masuk ke dalam biliknya dan mengemas bagasinya semula. Ia hanya mengambil masa sepuluh minit memandangkan tidak banyak barangnya yang dipunggah.
“Karmila nak ke mana?” Kak Sal bertanya tatkala Karmila menyerahkan kunci di kaunter.
“Oh, ada orang nak tumpangkan saya kat tempat dorang.”
“Siapa orang tu?” Kak Sal bertanya lagi. Risau. Yalah, Karmila ni dahlah perempuan.
“Jelita dengan siapa sorang lagi ek…”
“Lestari!”
Karmila tersenyum dan mengangguk. “Ya, betullah tu. Kejap, mana akak tahu?”
“Semua orang kat dalam pekan ni kenal dengan dua beradik tu, Karmila. Cantik, senyum je memanjang orangnya kan? Jaga-jaga dengan dorang tu. Bahaya.”
“Hisy, akak ni. Akak doakan saja saya selamat. Saya pergi dulu ya, kak.”
Kemudian Kak Sal sedar sesuatu. “Kejap, baki Karmila lagi RM 70 tu. Nanti akak…”
“Takpe kak. Saya halalkan.” Karmila menolak secara baik.
“Terima kasih, Karmila. Moga murah rezeki kamu.”
Karmila masuk ke dalam kereta putih Lestari. Dua beradik itu masih tersenyum.
“Sudah?”
Karmila mengangguk perlahan. Dan kenderaan itu berlalu membelah pekan kecil itu. Dan entah bila, Karmila terlelap.

Kenderaan itu masuk melalui pintu gerbang hitam dan berkerawang keemasan itu. Melihatkan kepada pemandu, si pengawal pantas membuka pintu besar itu. Kereta itu pun masuk ke dalam residensi itu. Tertera di pintu gerbang:
Selamat Datang ke Chanteq
Kesempurnaan lahirnya di sini…
“Nak kejut dia ke?” tanya Jelita.
Lestari menggeleng.
Di sekeliling residensi, berdiri megah bangunan rumah dua tingkat di kiri dan kanan. Di sebelah kiri daripada pintu masuk, semuanya bangunan kediaman manakala di sebelah kanan, terdapat bangunan kediaman diselang-seli dengan kedai-kedai. Semuanya berwarna putih.
Di tengah-tengah residensi, terdapat sebuah tasik yang tidak pasti buatan manusia ataupun semulajadi. Di belakang tasik, terdapat sebuah rumah agam lima tingkat (tiga atas tanah, dua bawah tanah). Bertentangan dengannya adalah sebuah bangunan pejabat tiga tingkat dan bertentangan pejabat adalah sebuah dewan serbaguna.
Lestari memarkir keretanya di hadapan rumah agam itu, betul-betul di pintu depan. Dia dan Jelita keluar meninggalkan Karmila dengan air-cond terpasang. Kelihatan bondanya sudah menunggu di muka pintu bersama adik lelaki bongsunya, Kacak.
“Di mana dia, Lestari?”
“Ada di dalam kereta, bonda. Tampan mana bonda?”
“Tadi kan kakak bilang pada Tampan, suruh pergi panggilkan pomen. Itu dia tengah pergilah tu.”
Lestari dan Jelita mengangguk. Kemudian, datang dua orang lelaki bertubuh sasa keluar daripada rumah agam itu dan menuju ke arah mereka berempat.
“Di mana perempuan itu, Cik Lestari?” Lelaki sasa yang pertama bertanya.
“Dia dalam kereta. Angkat perlahan-lahan tau. Takut dia tersedar pulak.”
“Baik, cik.”
Kedua-dua mereka mencempung tubuh Karmila dengan lembut dan cermat. Karmila tidak sedikitpun terkesan mahupun tersedar akan perbuatan mereka. Sebaliknya, dia masih lena.
“Berapa biji biskut kamu berikan padanya, Les?”
Lestari menunjukkan jari telunjuknya. Bondanya terangguk-angguk. Jelita hanya memandang kurang senang. Niatnya tadi hendak menolong sahaja. Tidak sangka yang kakaknya sudah awal-awal memberi biskut kepada Karmila.
Mereka berempat masuk ke dalam sebuah bilik di dalam rumah agam itu. Karmila ketika itu sudah dibaringkan di atas sebuah katil. Di atas kepalanya berdiri sebuah mesin lampu.
“Mulakan pembedahan sekarang.” Cantik bersuara.
Dan pembedahan dilakukan.

Karmila sedar dan ketika itu dia masih berada di dalam kereta. Dia melihat Lestari dan Jelita sedang berborak-borak di luar kereta. Belakang tengkuknya berasa amat sakit. Barangkali kerana tersalah tidur.
“Eh, Kak Karmila dah bangun. Mari turun, kak. Inilah rumah kami,” jemput Jelita dengan begitu lembut dan ramah.
Karmila keluar. Dia memandang rumah agam putih itu dengan perasaan kagum yang pantas menabrak di dalam diri. Kemudian dia memandang sekeliling tempat itu. Semuanya dicatkan berwarna putih.
“Selamat datang ke Chanteq!” Seorang wanita pertengahan usia menyambut di muka pintu. “Nama saya Cantik. Pengasas Chanteq. Ini anak sulung saya, Lestari Liyana. Yang ini nombor dua, Jelitawati Linda. Yang kacak ni, sepadan namanya, Kacak Zakwan.”
Karmila bingung berdiri di situ tatkala mendengar nama mereka yang sumpah mengarut gila nak mampus. Cuba kalau macam nama dia: Nur Karmila. Kan senang. Takde Cantik, Jelita, Phelolesh bagai. Ni kemaruk nama anak artis lah ni.
“Siapa nama kamu?” Cantik tersenyum lebar bertanya.
“Karmila. Nur Karmila Khairudin. Selamat berkenalan.”
Mereka berempat tersenyum kepadanya. Membuatkan Karmila berasa maha awkward berada di situ. Dia seolah-olah terlupa bagaimana cara yang betul untuk tersenyum.
“Selamat datang.” Cantik menghulurkan salam. Salam itu disambut oleh Karmila. “Mari, kita ke rumah kamu. Lestari, Kacak, ikut bonda.”
Karmila mulanya ingin mengambil barangannya di dalam but belakang tapi dihalang oleh Jelita. Katanya, biar dia sahaja yang menghantarnya nanti.
“Puan Cantik, ini tempat apa sebenarnya?” tanya Karmila yang sememangnya penasaran dari mula-mula lagi.
“Chanteq ini adalah satu residensi yang sangat sempurna. Tiada jenayah, tiada pergaduhan mahupun perselisihan faham yang berlaku. Setiap penduduk di sini tinggal dalam satu komuniti yang bahagia dan aman sentosa.”
Mungkin inilah janji manis yang ditawarkan dalam brosur semalam, getus hati Karmila.
Sedang mereka berjalan, mereka berselisih dengan seorang wanita pertengahan 20an yang cantik. Cantik menegur.
“Hai Suzana. Cantik cuaca hari ni kan?”
Wanita bernama Suzana itu masih tersenyum mempamerkan dua baris gigi putih melepak. “Hai Puan Cantik, Kacak dan orang baru. Cantik cuaca hari ni.”
Kemudian wanita itu berlalu meninggalkan mereka. Masih dengan senyuman di bibir. Dan ini sangat memelikkan ya, tuan puan yang sedang membaca.
“Siapa dia tu?” Karmila bertanya.
“Suzana. Baru dua bulan di sini. Dulu dia pegawai polis. Letak jawatan.”
Karmila hanya mengangguk. Macam tidak percaya Suzana itu pegawai polis kerana melihat pada gayanya yang terlalu lembut, mustahil polis sebegitu. Bukankah polis biasanya ada aura garangnya sedikit? Nah, lupakan!
Kemudian barulah Karmila tersedar bahawa dia tidak mempunyai wang yang mencukupi sangat untuk dibuat sewa rumah. Kalau pendahuluan tu, adalah barang RM 500 dalam dompetnya.
“Puan Cantik, saya takde duit nak bayar sewa. Lagipun saya ni tak kerja. Macam mana ni?”
Cantik hanya ketawa. Dia menggeleng lembut. Begitu juga dengan Lestari dan Kacak.
“Tak payah risau akan itu, Karmila. Di Cantik ini, semua ditanggung oleh pihak kami. Karmila hanya tinggal sahaja di sini dengan senang hati.”
Karmila sedikit bingung. Kaya benau kalau semua penginapan penduduk di sini ditanggung sepenuhnya. Siapa yang maha kaya sangat hendak memberi tajaan seperti itu?
“Okey, kita dah sampai.”
Mereka berhenti di hadapan sebuah rumah kecil berwarna putih. Lestari mengetuk pintu rumah itu. Maknanya Karmila akan mempunyai housemate nampak gayanya. Harap orangnya pembersih.
“Oh, Cik Lestari. Kenapa, cik?” Seorang gadis membuka pintu rumah itu. Wajahnya tidak tersenyum seperti Suzana tadi.
“Macamni Najihah. Ini ada seorang penghuni baru Chanteq. Karmila namanya. Karmila, Najihah. Najihah, Karmila.” Cantik memperkenalkan Karmila kepada Najihah.
“Najihah. Laila Najihah.” Najihah menghulurkan salam. Karmila menyambut dengan lembut.
“Nur Karmila. Panggil Karmila je.”
“Marilah masuk.”
Mereka bertiga masuk ke dalam rumah itu. Seperti di luar, di dalam juga serba putih. Sebuah rumah yang ringkas. Dua bilik, sebuah ruang tamu, dapur yang digabungkan sekali dengan ruang makan. Tiada televisyen. Hanya terdapat sebuah radio yang berada di tengah ruang tamu. Sangat boring binti membosankan.
“Ada apa-apa lagi yang boleh saya tolong?” Lestari memaniskan mulutnya. Kalah gula tebu.
“Takde apa-apa.” Karmila menggeleng.
“Najihah, tengok-tengokkan Karmila ya,” pesan Cantik. Najihah mengangguk pantas
Lestari, Cantik dan Kacak beredar dari situ. Kacak sempat mengenyit mata dan melemparkan senyuman seperti namanya kepada Karmila. Karmila membalas senyuman itu.
“Akhirnya, aku dah ada roommate,” luah Najihah. “Kenapa datang sini?”
“Oh, kereta saya rosak tadi. Terjumpa pulak dengan Lestari dengan Jelita. Dorang bawak saya datang sini. Kau pulak?”
“Aku ni hidup dalam buangan. Kau tahu, boyfriend aku dulu tu mamat Indon. Aku ikutlah dia balik Indon sana, tinggalkan family habis. Sekali aku nak dijualnya. Aku lari. Aku ikut kapal tekong. Sampai sini, aku ikut jalan hutan. Langsung sampai ke sini.”
“Wait, kau ni Laila Najihah Dato’ Lokman tu kan? Anak menteri yang hilang setengah tahun dulu? Sanggup kau ikut mamat Indon?”
“Semua orang fikir jadi anak orang kaya ni best, Karmila. Kau tahu ke menteri kat Malaysia ni, berapa ramai yang korup? Berapa ramai yang syubhah gajinya? Berapa ramai yang sampai lupa nama anak sendiri, tapi ingat nama penyokong dengan orang kanan? Ramai, Karmila. Sebab tu aku ingat nak lari daripada Malaysia ni.”
“Tapi bagi aku kan Jihah, mana ada tempat yang sempurna like hell macam tu,” bantah Karmila. Dia tidak berapa setuju dengan statement penuh kontroversi Najihah itu.
“Ada. Sini.”
“Sini?”
“Ya, kalau kau nak tahu, sini is one of the most perfect places in the world. Tengoklah nanti. Dah siap, malam ni nak kena gathering dengan dinner.”
Karmila bingung. Gathering dengan dinner? Where?
“Oh, Cantik tak bagitau. Setiap kali makan malam, kita kena pergi dewan. Makan kat sana and ada sikit assemblylah. But just for dinner. Lain, settle sendiri. Dapur ada. Wajib. Akan ada rondaan nanti.”
Karmila mendengar penuh tekun. Mungkin, tempat ini ada kesempurnaan yang dia cari…


Monday, August 3, 2015

Lelaki Chapter 3

Bab 3

“Perhatian kepada pelajar ILB bernama Amir Zakwan, kelas 1 Wira, dorm 1-A-4, sila ke kantin sekarang juga kerana ibu bapa anda sedang menunggu.”
Begitulah bunyi pengumuman pada petang Rabu itu. Zack yang ketika itu baru pulang dari kelas berlari ke biliknya. Selepas memakai pakaian yang sesuai, dia turun ke kantin.
Dari jauh kelihatan kelibat ibu dan ayahnya. Tersenyum sahaja melihat kepadanya. Zack datang dan bersalaman dengan mereka berdua. Di belakang, terlihat abangnya, Mirza.
“Eh abang. Zack rindu abang.”
“Zack? Mana datang nama tu?”
“Oh. Tu nickname Amir kat sini. Err, ibu, ayah, kenapa datang hari ni? Jumaat ni kan balik.”
Ayahnya memandang ke arah ibunya. “Amir, ni yang kami datang ni. Ibu dengan ayah nak kena balik Ipoh seminggu. Maybe lebih sikit. Jadi kami tak boleh bawak Amir.”
Zack sudah mula mahu menangis. “But ayah, nak ikut…”
“Amir, kami sendiri tak tahu bila nak balik. Jadi harap Amir boleh tinggal kat sini. Kami janji Amir akan selamat.”
Zack sudah menangis. Pantas sahaja air matanya laju menuruni pipi. Tidak sangka dia akan ditinggalkan berseorangan sementara rakan-rakannya yang lain akan pulang bermalam.
“Eh, Zack…” tegur satu suara di belakang mereka. Zack berpaling ke belakang. Danish Heffy. Pantas dia mengesat air matanya. “Abang Danish.”
Danish bersalaman dengan Encik Amiruddin dan Mirza. Puan Zamila hanya tersenyum sahaja kepadanya.
“Ada apa menangis ni? Homesick ke?” Danish mula mengelus rambut Zack.
“Takdelah, err… Danish. Sebenarnya ni. Pakcik dengan makcik ni nak balik Ipoh besok seminggu. Jadi kami tak bolehlah bawak Zack ni sekali. Tu yang menangis tu.”
Danish hanya ketawa kecil. “Uncle dengan aunty tak usah risau. Kami senior ni tak balik jugak. InshaAllah kami akan tengok-tengokkan Zack.”
“Haa, kau dengar tu. Ada orang dah volunteer nak tengokkan kau. Terima kasih ya, Danish.”
“Sama-sama, bang. Dengar tu, Zack. Nanti kalau sunyi, naik je dorm abang.”
“Tak payahlah berabang. Saya pun baru form five. Awkward pulak.”
“Laa, ya ke?”
Zack masih kebangangan di situasi begitu. Rasa enjoy bila mendapat tawaran sebegitu tetapi rasa sedih tak dapat pulang ke kampung. Bukan senang hendak dapat rapat dengan Danish ni. Fakta itupun baru diketahui Zack pagi tadi ketika dia terdengar beberapa orang pelajar tingkatan dua merungut tentang sikap perengus Danish.
“Tolong ya, Danish. Tengok-tengokkan anak pakcik ni. Maklumlah anak bongsu. Tak pernah berenggang pun dengan kami berdua. Tu yang bila nak kena tinggal macamni, dia tarik muka tu.”
“Eh, takpelah pakcik. Memang dah tanggungjawab kami senior untuk tengok adik-adik kami sini kat sini. Lagipun saya ni memang anak bongsu. Lagi saya suka, bila ada adik-adik macamni.”
Encik Amirudin dan Puan Zamila hanya tersenyum. Mirza pula sudah senyum mengejek kepada adiknya itu.
“Tengok, ada jugak orang yang sayang kat kamu tu. Jadilah ya tinggal kat sini.”
Zack tersenyum kelat. Nak tak nak, terpaksalah dia redha wa pasrah dengan perintah ala diktator keluarganya itu. Tapi best apa. Danish Heffy volunteer jadi babysitter.
“Oh ya, ni ibu ada bawa bubur McDonalds favourite Amir. Makan eh. Ada dua ni. Danish nak, ambiklah.”
Danish menyambut pemberian Puan Zamila dengan cermat. “Terima kasih banyak-banyak, aunty. Susah-susah je.”
Selepas berbual sedikit sebanyak, maka tibalah masa untuk perpisahan. Dan ini amatlah menyedihkan bagi seorang pelajar lelaki bernama Amir Zakwan bin Amirudin.
Zack melihat sahaja kereta ayahnya meninggal perkarangan sekolah. Kalau ada rezeki, lagi dua minggu lagilah baru dia dapat berjumpa mereka semua lagi. Lama okey, lama.
“Dah, Zack. Jom abang hantar balik. Lepas ni nak kena gi makan malam. Ni dah mandi ke belum?”
Zack menggeleng lemah.
“Jom.”
Danish meraih tangan Zack sebelum menariknya lembut kembali ke bilik Zack. Zack masih dengan wajah sugulnya. Danish cuba memujuk dengan menggosok lembut kepala Zack.
Ketika itulah, muncul penerang hati Zack. Syahid lalu di situ memakai jersi Harimau Malaya yang sudah basah dengan peluh jantannya. Berdegup pantas juga jantung Zack dibuatnya.
Ketika mereka bertiga berada pada garis horizon yang sama, mereka berhenti berjalan. Mata Danish dan Syahid saling memandang penuh tajam. Tangan Danish semakin kuat mencengkam tangan Zack.
Melihatkan itu, darah Syahid mula berderau naik ke kepala. Tangannya mula mengepal melihatkan ke wajah Danish yang tidak bersalah itu. Bibirnya diketap perlahan.
Zack termangu-mangu di tengah-tengah. Memerhatikan sebuah drama yang dia sendiri tidak tahu siapa pemain protagonis dan antagonisnya. Yang pasti, pandangan satu sama lain itu sangat menggerunkan.
Syahid beredar dari situ sambil mengetap bibir sekuat hatinya. Danish menoleh ke arahnya dan mengukir senyuman licik. Untuk kesekian kalinya, dia berjaya mengalahkan Syahid.
“Abang, Zack nak tahu something boleh?”
“Apa dia, Zack?”
“Kenapa Bang Yed tadi pandang abang semacam je bila nampak abang jalan dengan Zack? Abang dengan dia ada apa-apa ke yang Zack tak tahu?”
Danish tidak menjawab serta-merta. Sehinggalah mereka tiba di hadapan bilik Zack, barulah dia kembali bersuara.
“It’s a long time ago, baby. You don’t need to know about it.”
Berderau sekejap darah Zack tatkala bibir merah jambu seksi Danish memanggilnya dengan panggilan ‘baby’. Memang terasa ‘Oh my God’ kejap. Well, Danish hot kut.
“Dah, pergi mandi. Turun awal. Mandi awal ni elok. Takde berebut dengan orang lain…” Danish menasihati Zack sehabis-habisnya. Kemudian dia menilik habis-habis wajah Zack. Mukanya dirapatkan dengan muka Zack. Kaki Zack pula bagaikan dipaku di lantai. Kemudian, dia menariknya semula. “This isn’t the right time. Bye.”
Zack melihat sahaja Danish berlalu dari situ. Dia kehairanan. Danish berkelakuan agak pelik hari ini. Mungkin dia yang belum kenal habis dengan perangai Danish agaknya.
Zack membuka pintu dan masuk ke dalam biliknya. Ayen tidur. Mamat ni memang kerjanya tidur je kut agaknya. Si Fahri buat kerja sekolah. Nerd jugak rupanya. Luqman pulak tengah pakai baju. Asfat, mandi agaknya.
“Apa cer, weyh?” Fahri bertanya tanpa mengangkat muka.
“Oh, aku kena stay sini weekend ni.”
“Serius? Kenapa?” Luqman pula bertanya.
Lalu Zack pun bagai sang penglipurlara bercerita apa yang berlaku di bawah tadi. Dua orang itupun khusyuk mendengar.
“Tapi senior upper form ada kan? Lepaklah dengan korang. Kau kan ada Bang Yed.”
Zack hanya ketawa lalu mengambil tualanya. Dia membuka baju yang dipakainya dan dimasukkan ke dalam baldi. Kalau rajin, malam nanti basuh. Sidai, besok pagi dah kering, angkatlah.
Zack berjalan ke bilik air. Dia masuk ke bilik air. Pada masa seperti ini, tidak ramai yang sedang berada dalam bilik air. Maka senanglah dia hendak mandi atau apa-apa yang seangkatan dengannya.
Dia membuka cubicle ketiga daripada depan. Dia membuka segala apa yang melekat pada badan dan menyangkutnya di atas pintu. Pancuran air dibuka membuatkan saluran paip itu mampu mengalir.
Air separa sejuk mencurah tubuhnya. Nyaman sekali dirasakan. Sabun Dettol diambil dan dipam ke tangan. Kemudian diratakannya ke seluruh badan. Nyaman. Bau menthol.
Syampu diambil. Diratakannya ke rambut pendek kemasnya. Bau wangian lemon menusuk ke dalam hidung. Sememangnya Zack memang cukup suka memanjakan dirinya sendiri seperti yang sedang dilakukannya itu.
“Sayang…” bisik satu suara ke telinganya.
“Ya,” balasnya perlahan.
“God, I love you…”
Kemudian entah bagaimana Zack tersedar daripada lamunannya. Dia sedang duduk di atas lantai dan meraba lehernya sendiri. Pantas dia bingkas dan menutup pancuran air tersebut. Kemudian, dia menyarung tuala ke pinggangnya.
Ketika dia membuka pintu, Syahid berdiri betul-betul di hadapan pintu.
“Seronok berangan?”
“Abang dengar ke?” tanya Zack menahan malu yang teramat sangat.
“Dengar jugaklah. Tapi Zack tak payah risau. Takde orang dengar pun tadi. Abang seorang je kat sini daripada tadi.”
Ais mana ais? Zack dapat merasakan yang air di mukanya bukanlah air mandian tadi sebaliknya peluh sejuk yang keluar dek kerana terlampau menahan malu. Gilalah!
“Abang nak pesan. Beware of Danish. He’s not that kind. And never be that kind.”
Zack mengangguk-angguk sebelum meminta diri dari situ. Dia tidak betah untuk berlama-lamaan di situ. Bukan kerana dia tidak mahu mempercayai apa yang dikatakan Syahid. Sebaliknya dia malu menatap wajah kacak Syahid itu.
Syahid masuk ke dalam cubicle Zack tadi. Bau menthol daripada sabun Zack tadi masih kuat aromanya. Syahid menutup pintu dan bersandar padanya. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Membayangkan yang dia sedang mencium leher Zack barangkali. Dia tidak boleh menafikan. Dia cintakan Amir Zakwan.

“Jadi begitulah ceritanya.” Danish menyudahkan ceritanya kepada Rayyan. Rayyan pula mendengar penuh khusyuk.
“Danish, aku bukanlah apa tapi aku nak tanya jugak. Sampai bila kau nak sakitkan hati Syahid tu?”
“Rayyan, siapa sakitkan hati siapa? Dia tu sepatutnya kau tanya soalan macam ni. Sampai bila dia nak hidup dalam paranoid? Paranoid yang kononnya aku nak hancurkan hidup dia. Dia fikir aku takde kerja lain agaknya…”
“Tapi memang betul pun kan. Pasal Zikry dulu…”
“Bukan salah aku eh Zikry tu tinggalkan dia. Itu salah dia sendiri. Dan jugak salah Zikry tu sendiri. Bukan salah aku.”
“Dah tu kenapa kau tak direct cakap kat Syahid tu? Kalau betul bukan salah kau. Go and fucking tell him. So that all of this shit will ended.”
“Kalau aku bagitau pun macamlah dia nak dengar. Let me tell you something about Syahid. Ego dia tu tinggi menggunung. Once dia dah tuduh someone, dia takkan back-off from his accusations. So what’s the point aku nak cakap kat dia? Nampak sangat macam aku nak cover diri sendiri.”
Rayyan menghela nafas berat. Dia malas hendak mencurah minyak ke dalam api yang sudah membara.
“So kau tak fikir Zack ni akan membetulkan semua tuduhan dia kat kau?”
“Dia dah pun fikir macam tu. So let he live in that accusations. Kalau betul aku ni perampas, bukan setakat Zikry dengan Zack ni je, Samuel tu pun aku dah lama kebas dari hidup dia.”
“Macamlah Samuel tu nak? Dia straight kan. Bukan PLU macam kita.”
“Alah, straight or bend, kalau aku nak aku ambik je.”
Rayyan ketawa mendengar ayat terakhir Danish. Memang dia sudah tahu bahawa Danish ni kompetitif orangnya. Kalau dia menginginkan sesuatu, mati-mati dia mahukannya juga.
“Whateverlah. Danish, nak mintak something boleh?”
“Apa?” Danish menjongket kening.
“Dalam kau melayan Zack tu, dah lupa ke nak dengan aku? Malam ni, lepas prep boleh?”
Danish tersenyum herot. Kemudian dia menarik muka Rayyan dan dekatkan dengan mukanya. Bibirnya pantas menjamah bibir merah jambu Rayyan. Tangannya diletakkan di pangkal paha Rayyan.
“Danish, malamlah please.” Rayyan menolak muka Danish yang sedang menjamah lehernya.
Danish menarik kembali mukanya. Sebelum itu sempat dia menghadiahkan sebuah kucupan ke bibir Rayyan.
“Okey malam ni. Dalam bilik ke nak outdoor lagi?”
“Takde gila nak outdoor. Cukuplah haritu kita nyaris nak kantoi. Aku serik doh.”
Danish ketawa sambil mengingati kembali peristiwa itu. Peristiwa yang berlaku di belakang blok teknikal itu sangat memorable baginya meskipun mereka hampir dibuang sekolah kerananya. Mujurlah mereka sempat lari sebelum pengawas berjaya menangkap mereka.
“Kau pakai baju apa kejap lagi?”
“Amboi, sampai baju apa aku nak pakai pun kau nak tanya? Melampau.”
“Choiy! Nak jadi caring pun tak boleh.”
“Caring biar bertempat.” Danish melibas lembut Rayyan dengan tualanya.
“Mandi eh? Nak aku mandikan?”
Danish menarik muka jelik. Memang mereka ada melakukan hubungan seksual tetapi itu semua masih di dalam lingkungan kawan. Friends with benefit. No strings attached.
“Yelah. No strings attached.” Rayyan mengalah.
Danish berlalu keluar dari dalam bilik itu. Rayyan hanya melihat sahaja. Danish tidak nampak agaknya bahawa ada seseorang yang sememangnya sudah lama menunggunya di depan mata. Tidak mengapalah, mungkin belum masanya lagi.

“Bro, kau ni paranoid sebenarnya.” Samuel bersuara selepas mendengar luahan hati Syahid.
“Alah, kau ni pun sama. Semua orang kata aku paranoid.”
“Sekarang mungkin kau tak faham, Syahid. The time will comes. Come on, if you really want him, then act like you want. Show and prove. Action speaks louder than words, okay.”
Syahid merenung tajam ke arah Samuel.
“You can stare at me as long as you want, Syahid. But you cannot deny what I say. You cannot lie to yourself.”
“Aku sayangkan Zack tu, Sam. Aku tak tahu macam mana aku nak tengok dia kalau dia asyik stay dengan Danish. Danish tu such a son of a bitch.”
“Tulah aku cakap. If you want him, then move an action. Ke kau nak aku cakapkan? Boleh je. Tapi aku tak sure dia punya result. So adalah better kalau kau sendiri yang pergi cakap dekat dia sendiri. Understands, my roommate?”
Syahid hanya menjeling ke arah Samuel. Di atas mejanya, terdapat sehelai kertas yang ditulis dengan pen glitter bertulis:
Syahidul Shariedan
<3
Amir Zakwan
“Tu atas meja tu, tak nak realisasikan? Sampai bila nak hidup dalam imaginasi? Angan-angan tu tak salah. Cuma kenalah berusaha untuk jadikannya realiti.”
“Sam, habis sekolah aku suggest kau ambik kaunseling. Gaya kau cakap, Fadzilah Kamsah boleh bungkus tau.”
“Bodoh! Aku serius kau boleh melawak lagi.”

Syahid  hanya ketawa besar. Kemudian dia menuju ke meja belajarnya. Dia mencium kertas tersebut sebelum hanyut dalam lamunannya sendiri. Samuel hanya menggeleng kepala. Syahid, bukannya boleh dilarang. Nanti mula buat perkara luar jangka. Masa tu, dia jugalah yang susah.