Budak Main Api

Budak Main Api

Jemput Masuk

Life is Allah's most valuable gifts...Live it and appreciate it...

Friday, July 31, 2015

Sneak Peek Chap 10 Lelaki

Perlahan, mata pisau itu ditekankan ke tangan kiri putihnya. Darah mula memercik keluar. Ditorehnya satu garisan tegak dan satu garisan melengkung di sebelahnya membentuk huruf D. Ditorehnya pula kepada garisan horizon kecil berserta dua garisan berpancang membentuk huruf A. Selepas itu, digarisnya dua garisan tegak berserta satu garis sendeng membentuk huruf N.
Air matanya menitis sedikit tetapi kerana nama cinta dia teruskan juga. Diambil tuala dan digigitnya sekuat hati. Di sebelah huruf N itu ditorehnya satu garisan linear tegak. Semakin kuat gigitannya. Kemudian, di sebelah huruf I, dia meliukkan pisau itu membentuk sebuah huruf lain iaitu S. Sabar, sikit lagi nak habis.
Akhir sekali, dia membuat dua garisan vertikal dan satu garisan horizon di tengah-tengah garisan itu tadi. Selesai. Dia meletakkan pisau itu ke tepi. Cawan di tepi katil tersebut diambil.
Dipicitnya perlahan kesan torehan tadi membuatkan darah memancut-mancut keluar. Darah tersebut pula dimasukkan ke dalam cawan tadi. Diteguknya sedikit. Suam. Sesuam cintanya kepada Danish.

Pintu diketuk. Pantas disorokkan cawan tadi di dalam loker dan mencari sehelai kain untuk membalut tangan. Sehelai kain anduh di dalam first aid diambil dan diikatnya pantas. Dia membuka pintu.




hahahax agak2 siapa yang buat n apa jadi lepastu...? bawak bersabar ya tuan puan...

Tuesday, July 28, 2015

Lelaki Bab 2

Bab 2

Selepas bersiap-siap, Zack menuju ke kantin. Setibanya di kantin, dia mencari-cari kelibat Danish ataupun Rayyan. Dia perasan yang rata-rata senior memandangnya dengan pandangan yang mempunyai ribuan tafsiran di sebaliknya.
“Zack…” Kelihatan Rayyan melambai tangannya. Di tangan remaja itu terdapat sebungkus nasi lemak yang masih belum dibuka.
Zack berjalan menuju ke arah Rayyan. Tapi peliknya, Danish tiada pula di sisinya. Haa, sudah. Ke Rayyan ni sebenarnya yang nak ayat dia?
“Danish pergi toilet kejap. Mamat tu memang biasa sakit perut pagi-pagi macam ni. Nah, nasi lemak ni untuk kau. Danish suruh belikan. Come, have a seat.”
Zack duduk di hadapan Rayyan. Suasana kantin agak gamat pada pagi itu kerana rancangan TV pagi itu menjemput Neelofa dan Fahrin Ahmad sebagai tetamu. Tidak pasti samada mereka mahu melihat rancangan itu ataupun Neelofa atau mungkin juga Fahrin Ahmad.
“Here’s he come.”
Zack berpaling melihat ke arah Danish menoleh. Kelihatan Danish dengan rambut sikat tepinya, datang berjalan ke arah mereka. Just so goddamned handsome like I cannot, okay.
“Sorry, aku lambat. Sakit perut tadi. So, makanlah Zack.”
Zack malu-malu menyuap nasi lemak sambal sotong itu ke dalam mulutnya. Sedap dia mengalahkan senyuman Danish itu. Tapi senyuman Syahid tetap paling sedap dan manis pernah Zack jumpa seumur hidupnya.
“Oh ya, kau duduk bilik mana?” Danish cuba menghiburkan suasana yang daripada tadi senyap dan janggal semacam.
“1-A-4,” jawab Zack sepatah.
“Kau asal mana?” Rayyan pula bertanya.
“PD.”
“Mana tu?”
“Port Dickson, Negeri Sembilan.”
“Oh, cakaplah.”
Suasana senyap kembali. Kalau diikutkan, memang patut pun suasana bagaikan di tepi pantai. Zack seorang sahaja pelajar tingkatan satu yang duduk dalam kalangan pelajar yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar tingkatan tiga atau empat.
“Hari ni korang ada aktiviti apa?” tanya Danish sambil menghirup milo aisnya.
“Oh, orientasi lagi. Sepatutnya hari ni dah boleh tengok kelas dengan lantik organisasi kelas.”
Boleh pulak jawab panjang budak ni. Daripada tadi dok tanya panjang-panjang, jawab sepatah aje.
“Zack, kau rasa sekolah ni okey ke tak? Ada apa-apa yang rasa tak puas hati?” Rayyan bertanya gaya seorang pembanci penduduk.
“Erm, Zack rasa okey je. Atmosphere was great. Buildings pun okey. Senior-senior pun tak seniority macam asrama lain. Senang kata, sekolah ni macam sekolah harian biasa je.”
“That wasn’t accurate. Actually sekolah ni berkonsepkan universiti. Mula-mula kau tak terasa sangat. Tunggu bila dah form three nanti, kau akan mula dapat assignment macam budak uni. Time tu, nak memerut pun tak cukup time.”
Zack tertawa besar. Perlu ke ayat terakhir tu nak disebut time tengah makan. Danish ni pun.
“Anyway, kau bernasib baik dapat rapat dengan kitorang. Kitorang ni ala-ala Mean Girls sekolah nilah.” Rayyan menerangkan lagi.
“Tapi Mean Girls ada tiga orang, mana lagi sorang?”
Danish dan Rayyan berpandangan. Kemudian, senyuman terukir di bibir merah jambu masing-masing.
“Supposed to be other sorang lagi. Tapi dia senior kitorang. Dah blah dah pun. And dia tu…” Pantas mulut Rayyan ditutup dengan tangan Danish. Sikit je lagi sebelum rahsia terbongkar.
“Dia tu what?”
“You don’t need to know.” Danish kembali serius. Gaya machonya kembali semula.
“Sorry, Danish.” Rayyan perlahan menggumam maaf.
Seusai makan, Zack masuk ke dalam dewan. Untuk minggu pertama, pelajar tingkatan satu tidak perlu untuk beratur bersama-sama pelajar yang lebih senior. Sebaliknya mereka akan ditempatkan di dalam dewan. Lagipun orientasikan. Biarlah asing-asing dulu.
“Abang Danish borak apa je dengan kau tadi?” Asfat bertanya ketika program berlangsung.
“Borak apa? Borak biasa jelah. Dia tanya apa program kita. Tu aje.”
“Takkanlah kut. Kau tahu tak, pagi tadi, lepas kau turun, Bang Yed datang bilik. Dia cari kau.”
“Apahal dia cari aku?”
Asfat mencemik bibir. “Entah, tu aku tak tahu. Yang aku tahu, dia cari kau. Untunglah ada orang prihatin.”
Zack hanya tersenyum sumbing. Kemudian fokusnya kembali kepada taklimat di hadapan. Mindanya berfikir juga, apa tujuan Syahid mencarinya? Adalah kut perkara yang hendak dibincangkan. Bersangka baik, Amir Zakwan.
“Aku dengar Luq menangis malam tadi.” Asfat bersuara lagi.
“Menangis? Apasal?”
“Entah. Lepas tu aku dengarlah si Fahri oops si Kawasaki tu pujuk dia…”
“Kejap, kenapa Fahri tu punya nama Kawasaki?” pintas Zack sebelum Asfat sempat menghabiskan ayatnya.
“Oh, sebab masa TKA yang nama Samuel tu kemaskan bilik dia, Sam tu ternampak gambar motor Kawasaki yang si Fahri tu bawak. Tu sebabnya.”
Zack hanya berooh dengan statement si Asfat itu. Si Asfat ni sebenarnya boleh tahan jugak busybodynya. Atau sebenarnya Zack ni yang langsung malas nak ambik tahu. Yelah, asyik rapat dengan senior aje.
“Sambunglah balik pasal si Luq tu.”
Asfat membeliakkan matanya sedikit. “Oh ya, si Luq. Haa lepas dah pujuk tu, si Luq tu nak call mak dia. Tapi entah macam mana si Fahri tu pujuk, eloklah pulak dia. Spoiled bratlah aku rasa dia tu.”
“Huh, aku dah lama rasa macamtu.”
“Macam mana kau tahu?” Asfat seakan tidak percaya.
“Kau tengoklah barang yang dia bawak pun. Kau tahu tak yang bantal peluk pun dia bawak. Mana aku tak cakap dia tu anak manja.”
Asfat sekadar memuncungkan bibirnya. Memang ada betulnya apa yang dikatakan oleh Zack itu.
“Eh, kita start kelas bila?” Zack bertanya apabila dilihat Asfat sedang membelek jadual orientasi.
“Hmm, kalau ikut jadual minggu depan. Kau sekelas dengan aku ke?”
“Tak, aku kelas Wira. Kau?”
“Aku kelas Cekal. Oh, kau sekelas dengan Luq. Habislah kau nanti. Dengan anak manja tu. Matilah kau.”
Zack hanya mengulum senyum. Biarlah, apa salahnya. Barangkali ini adalah satu cara untuk merapatkan hubungannya dengan Luqman. Lagipun pada pandangannya, Luqman itu baik budaknya. Cuma mungkin dia tidak biasa lagi bergaul dengan orang ramai. Kacak pun kacak.
Seusai taklimat, mereka disuruh untuk melawat ke kelas masing-masing. Setibanya di dalam kelas, Zack memilih tempat duduk di sebelah pintu memandangkan situ sahaja yang kosong.
“Mir, aku duduk sebelah kau boleh?” Luqman tiba-tiba bersuara selepas satu kelas ditawafnya.
“Eh, boleh je. Duduklah.”
Luqman duduk di atas kerusi sebelah Zack. Dia mengemas sedikit meja itu sebelum duduk dengan selesanya.
“Aku sorry tau pasal semalam. Aku macam tak boleh move on pindah sini. By the way, kita belum kenal lagi kan. Aku Luqman.” Luqman menghulurkan salam. Zack menyambutnya dengan senyuman.
“Amir Zakwan…”
“Zack. Aku tahu nama tu. Tadi pagi aku dengar Syahid cerita pasal kau dengan Samuel. Rapat betul kau dengan dia eh.” Luqman tersenyum. Oh my God, mamat ni pun boleh tahan jugak darjah kekacakannya.
“Bila kau dengar dorang borak pasal aku?”
Luqman diam sebentar cuba mengingati sesuatu. “Ermm, pagi tadi masa tengah mandi. Kebetulan masa tu dorang pun dalam bilik mandi. Jadi terdengarlah sikit. Untunglah ada orang sayang, kan. Aku ni, baru first day, dah ramai tak suka.”
Zack hanya tertawa mendengar Luqman yang sedang menyalahkan dirinya. “Kalau kau dah tahu macamtu, ubahlah perangai. Don’t worry, aku ada untuk kau. Kita sebilik, sebelah-menyebelah dalam kelas, aku ada banyak masa dengan kau nak dihabiskan. Jadi, let be friends.”
Luqman membuat fist di tangannya. Fistnya itu disambut oleh Zack. “Is this BroFist?” Zack bertanya dalam nada usikan.
“Layan PewDiePie rupanya kau ni.”
Mereka berdua berkongsi tawa bersama-sama. Rupanya masing-masing adalah gamers. Jadi apabila gamers bertemu gamers, agak-agak boleh ngam ke tak? Memang ngamlah ceritanya.
“Ada chemistry kita ni rupanya?”
“Tulah. Kalau semalam kau tak kerek, mesti kau tak nangis malam tadi.”
“Siapa bagitau kau aku menangis? Malulah siot!”
“Asfat kata kau menangis malam tadi, dia terdengar. Tulah kau, sombong sangat. Tahulah anak lord.”
Luqman malu-malu alah. By the way, siapa yang tidak akan malu apabila ditebak sebegitu? Memang malu tahap tujuh petala langitlah ceritanya. Mujur hanya lima rakan sebiliknya itu sahaja yang tahu akan cerita itu.
“Sorry sekali lagi tau. Aku betul-betul bodoh semalam.”
“Dah, banyak benar pulak maaf yang kau mintak. Apa yang penting sekarang, ubah perangai. Don’t misbehave.”
Luqman hanya tertawa menunjukkan dua baris giginya yang putih melepak. Pakai Colgate Optic White agaknya. Kalah gigi Fazura putihnya. Cuma itulah, perangai tak seputih gigi.
Kemudian guru kelas mereka, Puan Aida masuk ke dalam kelas. Guru yang mengajar mereka subjek Matematik itu memandang sekilas wajah anak muridnya sebelum duduk di atas kerusi di hadapan kelas.
“Okey, hari ni first day kamu semua bersama dengan saya. Nama saya Aida binti Aizudin. Saya akan mengajar kelas kamu subjek Geografi. Umur saya 37 tahun dan saya ada anak sulung lelaki yang sebaya dengan kamu semua. Jadi, anggaplah saya macam mak awak yang harapkan awak berjaya dalam sekolah ni. Okey?”
Semua pelajar kelas itu mengangguk-angguk. Mata masing-masing masih fokus dan tertumpu pada guru wanita itu.
“Okey sekarang kita akan lantik organisasi kelas. Siapa volunteer?”
Suasana hening seketika. Masing-masing duduk membatu di tempat masing-masing. Masing-masing takut untuk mengakui yang masing-masing terlampau menginginkan jawatan tersebut.
“Cikgu petik nama eh?” Puan Aida cuba membuat provokasi apabila tiada respon yang diterima. Senarai nama dalam buku kehadiran mula disemak. Wajahnya mula membuat muka saspens. “Cikgu pilih tiga. First is Amir Zakwan. Second was Nazrin Shah and last was Hayqal Syaqir. Semua ni ke depan.”
Amir dan dua orang lagi pelajar itu menuju ke depan. Nazrin, orangnya agak tinggi, putih and agak chinese-looked sikit. Hayqal pulak tinggi juga, kulitnya agak fair dan agak tegap orangnya. Lebih kurang Zack jelah rupanya.
“Okey kamu semua tunggu kat luar. Bila undian dah dibuat baru kamu bertiga masuk kelas balik.”
Mereka bertiga keluar daripada kelas tersebut dan menunggu keputusan demokrasi yang akan dibuat.
“Aku Nazrin. Boleh panggil Naz je.” Nazrin cuba memecahkan blok ais antara mereka.
“Aku Hayqal. Just call Qal.”
“Aku Amir Zakwan…” Zack teringat yang nicknamenya kini bukan lagi Amir. “Panggil je Zack.”
“Aku asal Bangi. Korang?”
“Ipoh.” Hayqal menjawab.
“PD.”
“Pergh, tepi laut seyh.” Hayqal mengusik.
Zack hanya ketawa. Ya, memang tepi laut. Tapi mandi laut baru beberapa kali je. Tak sampai sepuluh kali pun lagi.
“Okey, kamu bertiga boleh masuk semula. Tengok keputusan kat whiteboard tu.”
Zack masuk sambil matanya mengerling ke papan putih. Nama ketua kelas mereka ternyata adalah…
Ketua kelas: Hayqal Syaqir
Penolong ketua kelas: Amir Zakwan
Setiausaha: Nazrin Syah
Is this for real? Dia penolong ketua kelas. Sebenarnya Zack tiada apa-apa masalah pun dengan pelantikan itu. Lagi senang kerjanya rasanya. Melainkan, Qal tu orangnya bersikap lepas tangan.
“Setuju?”
Mereka bertiga mengangguk tidak rela. Siapa suruh tak nak pilih orang lain at the first place, kan? Sekarang redha wa pasrah via berserah jelah. Padan muka kat diri sendiri.
“Fuiyoh, penolong ketua kelas,” usik Luqman. Serius ayat mintak kaki. Serius!
“Dahlah tu. Jangan kecoh tau.”
Silap! Masuk sahaja ke dalam dorm tengahari itu, Asfat sudah menyerbu ke arahnya bagaikan baru sahaja selepas melihat retis yang datang memantau dorm mereka.
“Tung arh dapat jadi penolong ketua kelas. Kitorang semua satu jawatan hapah takde.”
“Seriuslah weyh. Luqman apsal kau tak dapat?” Fahri pula menambah.
“Wow. Daebak ah kau.”
Zack malu-malu menerima pujian malaun-malaun itu semua. Luqman hanya mampu tersenyum memandang rakan sebiliknya yang gila-gila itu. Memang bila dah sebilik, semua haruslah menjadi sekepala. Baru boleh JV sesama. Kalau tidak mereputlah kau seorang.
Zack berjalan ke arah katilnya. Niatnya hendak lelap sekejap. Ada lagi setengah jam sebelum prep bermula. Kemudian dia perasan akan sesuatu di bawah katil. Sehelai kertas.
Diambilnya kertas itu dan ianya ternyata adalah sepucuk surat. Siap ditulis menggunakan pen glitter lagi. Pasti si pengirim ini adalah insan yang menganggap dirinya istimewa.
Congrats, Zack. Do your responsibility very well. Goodluck as an assistant monitor. 
Masalahnya, tiada pula ditulis siapa pengirimnya. Nak main teka, ada hampir seribu orang pelajar dalam sekolah ni. Memang kebarangkalian 1/1000 itu senang sangat nak tepat, kan.
Surat itu disimpan di dalam laci. Dia malas atau lebih tepat tidak mahu berkongsi kegembiraan tersebut bersama orang lain. Sebenarnya, dia berasa cukup gembira. Siapa yang tidak gembira bila ada orang yang sayang, kan?”

“Syahid, cikgu dah tolong kamu. Puas hati?”
“Terima kasih, cikgu. Cikgu tolong tengok-tengokkan dia eh.”
Puan Aida hanya menggeleng kepala. Dia memang tahu sikap sesetengah pelajar ILB yang gemar mempunyai adik angkat dan abang angkat bagai ni. Jadi dia merasakan bahawa Syahid juga sebahagian daripada mereka.
“Cikgu tengok dia pun macam baik budaknya. Tapi dia macam pendiam sikitlah. Kamu ajaklah dia jadi ramah sikit ya. Cikgu tahu kamu boleh.”
Syahid hanya mengangguk. Selepas itu, dia berlalu ke kelasnya. Hatinya berasa cukup gembira.
“Amboi bang. Senyum tu tak boleh panjang lagi. Dah macam Joker aku tengok.” Samuel menepuk bahunya. Remaja itu juga sedang menuju ke kelas mereka. “I guess it was about Zack. Am I right?”
“Bingo.”
“Apahal lak kali ni?”
“Nothing. Just dia baru je dilantik jadi penolong ketua kelas. So, I was kind of proud with him. You know me, right?”
“I know you very well, Syahid. Kalau pasal orang yang kau sayang, memang kau akan ambik tahu semua benda.”
Syahid hanya tersenyum herot. Telahan Samuel itu memang tepat. Kan dah cakap yang mamat ni memang betul-betul understanding.
“Know what, Sam? Zack wasn’t like boys we ever met. He is different…”
“Ya, Syahid. Ya. Kau dah ulang ayat sama dekat beratus kali dah sejak semalam. Dah-dahlah tu.”
Syahid tersenyum meleret hingga ke pipi. Manakan tidak, orang sedang gila bayang katako.
“Zack, zack jugak. PEKA report Fizik dah siap?” Samuel mematikan senyuman di wajah Syahid.
Syahid tersenyum plastik. Kemudian perlahan-lahan dia menggeleng sambil menyeringai.
“Bontot kau. Hari ni kena hantar kut.”
“Alah, tinggal jawapan untuk discussion tu je. Lepas tu, siaplah. Fizik waktu akhir kan?”

Samuel menggeleng malas hendak melayan. Inilah perangai orang gila bayang. Boleh kita gilasekali kalau diikutkan sahaja.

Chanteq Bab 1

Bab 1

Karmila menyeka lagi air mata di pipinya. Keputusan hakim yang muktamad itu masih tidak mampu untuk ditelannya. Sangat menyeksakan bagi dirinya yang bergelar wanita.
Karmila memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia menungkupkan mukanya di atas stereng. Hatinya masih membengkak di dasarnya. Tidak pernah sekalipun dugaaan yang diterimanya sehebat ini.
“Dasar jantan tak guna! Mampuslah kau jantan bangsat!” teriaknya seorang diri di dalam kereta. Biarlah orang luar dengar sekalipun. Dia kisah apa?!
Semuanya bermula enam bulan lepas di banglo tempat tinggal mereka…

Karmila melihat jam di dinding. Jarum pendek dan jarum panjang masing-masing sudah bertemu di angka 12 empat jam yang lepas. Tetapi suaminya masih belum kunjung tiba di rumahnya.
Kedengaran bunyi pagar automatik dibuka. Karmila bangun memeluk tubuh berdiri menghadap pintu rumahnya. Menunggu bilalah suaminya hendak membuka pintu.
Pintu dibuka perlahan. Kaki kiri sebelah masuk menyusup di pintu yang dibuka sedikit itu. Kemudian tangan pula. Sebelah badan sehinggalah lengkap seluruh badan.
“Lambat balik, bang?” Perlahan sahaja Karmila bersuara.
Fikri mengurut dada. Siapa tak terkejut kau kalau kena sergah macam tu?
“Mila ni. Terkejut abang. Mila tak tidur lagi?”
“Abang pergi mana?” Karmila membalas dengan soalan juga.
“Abang pergi jumpa klienlah, Mila.” Fikri memberi jawapan klise.
“Klien ke ke lain, bang? Jujurlah dengan Mila. Mila dah tak laratlah nak dengar mulut orang bercakap. So pleaselah jujur dengan Mila kali ni. Mila mintak sangat.”
Fikri meraup muka dengan kasar. Rambutnya mula digaru-garu kasar.
“Balik-balik mulut orang. Kau kahwin dengan aku ke kahwin dengan orang-orang tu semua? Percaya sangat cakap dorang ni.”
“Bang, pokok tak bergoyang kalau takde angin tau. Ingat Mila ni bodoh sangat ke nak main tuduh-tuduh gitu je?”
Mereka saling berpandangan satu sama lain. Kolam mata Karmila sudah bergenang. Hanya menunggu masa untuk pecah empangannya. Kesabaran yang sudah sekian lama diempang akan pecah juga hari ni.
“Apa yang Mila tak bagi kat abang? Tolong cakap kat Mila, bang. Sampai abang cari perempuan lain. Apa salah Mila?!”
“Kau betul nak tahu…?” Fikri berdiri seinci sahaja dengan Karmila. “Sebab kau tu dah tak cantik. Dah buruk. Mandul pulak tu. Lapan tahun kita kahwin, ada anak yang kau bagi kat aku?! Duduk banglo ni pun sebab pusaka arwah bapak kau je pun. Sedarlah diri kau tu sikit, Karmila. Aku ni ramai yang nak. Kau ni dasar perempuan tak bernasib. Terima jelah.”
“Dah tu ceraikan aku, Fikri. Ceraikan aku! Kalau itu yang kau nak.”
Dan Karmila tidak menyangka bahawa tiga ayat itu yang akhirnya menghancurkan hidupnya.

Karmila masih menangisi nasibnya. Pulang sahaja ke rumah, dia melihat sepucuk surat berheader…
Arahan untuk mengosongkan rumah dalam tempoh 24 jam
Sehubungan dengan perkara pada tajuk, Puan Nur Karmila binti Khairuddin dikehendaki untuk meninggalkan banglo ini dalam masa 24 jam. Sebarang kelewatan yang dilakukan oleh Puan Nur Karmila akan diambil tindakan tegas dan akan dituduh atas dakwaan menceroboh. Puan Nur Karmila dilarang untuk mengambil apa-apa barangan atau perabot melainkan pakaian dan barangan peribadinya sahaja. Surat pemberitahuan ini sah untuk didakwa di mahkamah. Atas arahan Encik Mohamad Fikri bin Fadlan.
Yang menurut perintah,
Shazani
Peguam hartanah
Karmila merenyukkan surat tersebut dan dicampak ke dinding. Tak sampai beberapa jam aku kau ceraikan, aku kau halau dari rumah ni. Memang dasar jantan sial! Sekurang-kurangnya itulah monolog Karmila sendirian.
Dia masuk ke bilik tidur mereka dan memandang seisi bilik itu buat kali terakhir. Ini adalah rumah yang diturunkan keluarganya kepadanya. Lima tahun lepas, dia menukar nama pemilik kepada Fikri. Tidak menyangka perkara sebegini akan terjadi.
Dia membuka almari pakaian. Sebuah bagasi diambil dan diletakkan di atas katil. Satu per satu pakaiannya diambil. Satu pun tidak ditinggalkan. Memang tidaklah dia ingin tinggalkannya untuk perempuan perampas itu. Dah rumah dia dapat, baju seluar pun nak ke?!
Sebelum keluar daripada rumah itu, Karmila sempat memecahkan cermin dan menyepahkan ruang tamu. Sebuah kerusi meja makan juga dia patahkan kakinya. Puas hati dia kerana dia membayangkan yang dia patahkan itu adalah kaki perempuan jalang punca perceraiannya itu.
Karmila masuk dalam kereta. Air matanya masih laju menuruni pipi putihnya. Hatinya masih sakit diperlakukan begitu. Like hello, apa salah dia yang besar sangat tu?
Radio dihidupkan. Channel yang biasa memainkan lagu-lagu lama Amerika menjadi pilihan menjadi halwa telinga. Lagu lama menenangkan dan bukannya macam lagu-lagu sekarang.
Ketika itu, lagu Perhaps Perhaps Perhaps daripada Doris Day sedang dimainkan. Karmila agak jelak dengan isi di dalam lagu itu. Well, women. Mens only say that they love us just when they need us, okay.
Kemudian, lagu Diamonds Are A Girl’s Best Friend daripada Marilyn Monroe pula dimainkan. Mengenai dengan lagu ini, isinya dipersetujui oleh Karmila. Hal ini adalah kerana ianya adalah tepat sekali. Nafsu perempuan terhadap barang kemas lebih tinggi daripada terhadap lelaki. Well said, Marilyn!
Jam menunjukkan pukul sebelas malam. Karmila memberhentikan kenderaan di tepi lebuh raya. Hatinya masih dihambat kesedihan yang berbuku. Di mana dia sekarang pun dia tidak tahu. Yang dia tahu di sebelahnya terdapat papan tanda yang menunjukkan telefon kecemasan berada 250 meter daripada situ.
Panggilan telefon masuk ke telefon Karmila. Panggilan itu daripada adiknya, Kartini. Karmila memandang seketika skrin itu sebelum meletakkannya dalam mod senyap dan disimpan ke dalam tas tangannya.
Karmila meneruskan pemanduannya semula. Dalam dua kilometer meninggalkan tempat tersebut, hujan turun selebat-lebatnya. Penglihatan Karmila menjadi tidak jelas.
Memandangkan pandangan mata Karmila tidak jelas, Karmila memilih untuk masuk ke persimpangan pertama yang dilihatnya. Persimpangan apa pun dia tidak tahu. Yang dia tahu, tol yang dikenakan adalah berjumlah RM 20 something. Jauh dahlah kut dia meninggalkan ibu kota.
Karmila memandu di jalan yang tidak berlampu itu. Kiri kanan hanya ada hutan banat tetapi Karmila memberanikan diri juga memandu di dalam keadaan sebegini. Hatinya cukup tepu untuk menampung ketakutan. Sakit hati lagi tinggi daripada ketakutan.
Karmila memandu sudah lebih 10 km dan satu papan tanda masih belum ditemuinya. Apa yang dia tahu di depan tol tadi ada simpang dan dia ambil simpang kiri. Mungkin dia sepatutnya ambil kanan tadi. Hatinya agar berdoa agar filem Wrong Turn itu tidak terjadi kepada dirinya.
Nafas Karmila kembali lega apabila di hujung jalan kelihatan samar-samar lampu jalan. Sangkanya, dia sudah tiba di kawasan pekan kecil. Tapi paling diharapkan agar dapat bertemu dengan stesen minyak. Pundi kencingnya sudah penat mengempang air kencing.
Karmila kemudian tiba di sebuah pekan kecil yang hanya terletak di sebatang jalan besar. Karmila kemudian menjumpai sebuah stesen minyak dan dia memutuskan untuk berhenti seketika di situ. Selepas mengqada’ hajat, Karmila masuk semula ke dalam kereta.
Jam menunjukkan hampir satu setengah pagi. Jalan cukup sunyi. Pekerja stesen minyak itu tadi pun memandangnya semacam sahaja. Apa? Mana ada hantu bawak kereta Mercedes Kompressor. Dia je. Eh kejap Karmila bukan hantu.
Karmila kemudian terpandang sebuah papan tanda.
Singgah Motel
Beroperasi 24 jam
WiFi percuma
Harga satu malam serendah RM30
Karmila menimbang tara buat seketika. Setelah berfikir untuk sepuluh minit, dia memutuskan untuk menginap di situ. Tidak susah hendak mencari parkir kerana mana ada kereta lain di pekan mati seperti itu malam-malam buta begini.
Karmila membawa turun bagasinya. Dia membuka pintu motel itu perlahan-lahan. Seorang wanita lingkungan usia pertengahan 40-an bingkas dari tidurnya. Karmila senyum sedikit tanda maaf kerana mengejutkan wanita tersebut yang sedang tidur.
“Maaf, kak. Saya Karmila. Ada bilik kosong tak kat sini?”
“Oh ada. Cik Karmila nak berapa malam?”
“Sebenarnya saya tak tahu lagi berapa lama lagi saya kat sini. Boleh tak kalau saya bayar RM 100 terus. Kalau in case saya nak stay lama, nanti saya bayar pada akak. Boleh tak?”
Wanita itu mengangguk. Rezeki terpijak kut, siapa tak nak?!
“Bolehlah, Cik Karmila. Sekejap saya tengokkan bilik mana yang sesuai. Cik Karmila duduklah dulu.”
Wanita itu berlalu dari situ. Karmila duduk di kerusi di lobi motel itu. Tangannya mengambil sebuah majalah yang berada di situ. Dibelek-belek majalah itu seketika sebelum diletakkannya semula di tempat asal. Kemudian dia mengambil pula yang lain. Diulang lagi perlakuan yang sama.
Di atas meja, dia perasan terdapat sehelai iklan. Dia mengambil kertas iklan tersebut. Matanya meneliti atas bawah kertas iklan tersebut. Isi kandungan surat tersebut benar-benar menarik minatnya.
Chanteq
“Di mana impian anda menjadi kenyataan…”
Inginkan kesempurnaan? Maka Chanteq adalah tempat yang paling sesuai sekali buat anda yang ingin mencari kesempurnaan. Sebuah residensi yang serba lengkap memenuhi kriteria petempatan yang sempurna. Di sinilah lahirnya kesempurnaan yang tiada…
Karmila tersenyum sendiri. Janji yang ditawarkan di dalam iklan itu benar-benar melampau. Kesempurnaan yang tiada? Memang tiada kesempurnaan pun dalam hidup ini sebenarnya. Pasti orang yang menguruskan bahagian pemasaran ini terlalu terdesak untuk memenangi hati orang. Kalau tidak, masakan promosinya sehebat ini.
Pemilik motel itu kembali semula ke lobi. Karmila bangun daripada duduknya.
“Okey, Cik Karmila. Bilik dah sedia. Marilah saya bawakkan.”
“Erm, akak…” Karmila bersuara. “Chanteq tu tempat apa, kak?”
“Chanteq? Oh, tempat tu. Entahlah dik, akak sendiri tak pasti. Tempat tu kat mana pun, ramai orang tak tahu. Tapi tempat tu ada.”
“Macam mana akak kata tempat tu ada kalau akak sendiri tak pernah pergi situ?” Karmila mempertikaikan kesahihan cerita wanita tersebut.
“Erm, akak pun tak tahu nak cakap macam mana. Biasanya ada Jelita tu datang kedai sebelah ni, kadang-kadang borak kejap dengan akak. Tapi dia tak pernah pulak cerita pasal Chanteq ni.”
“Siapa pulak Jelita tu?”
“Jelita tu orang-orang Chanteqlah. Dahlah, mari akak bawakkan beg tu naik bilik.”
Karmila menurut. Dalam sepuluh langkah mereka berjalan, mereka tiba di bilik yang dimaksudkan. Wanita itu membuka pintu bilik itu. Karmila masuk dengan langkah kanan.
Pada harga yang ditawarkan, bilik itu memang memenuhi kriteria sebagai rumah tumpangan. Ada TV, air-cond dan meja kecil. Kebersihannya pun pada tahap yang boleh dikatakan memuaskan jugalah. Takdelah kotor sangat.
“Okey ke, cik?”
Karmila mengangguk laju. Wanita itu mengukir senyuman puas. Sebagai tanda lega kepada diri sendiri. Kemudian dia beredar meninggalkan Karmila seorang diri di dalam bilik itu.
Karmila merebahkan diri ke atas katil. Terasa penat badannya beralih pada tilam tersebut. Matanya merenung siling. Kemudian dipejamkan. Dia tahu, dia perlu berubah daripada Karmila yang dahulu kepada Karmila yang baru. Dia perlu berubah. Dia akan menjadi Karmila yang baru.
Dan Karmila terlelap.

Karmila terjaga lebih kurang pada jam lapan setengah pagi. Matanya dipisat-pisat dan dia mengeliat seketika. Terasa setiap urat sarafnya lega apabila berbuat demikian. Kepala otaknya juga tidak terasa berat seperti sebelumnya.
Karmila bangun dan menuju ke tingkap. Dia membuang pandang ke luar. Kelihatan pekan kecil itu sudah dipenuhi dengan beberapa buah kereta yang lalu-lalang dan orang yang berjalan ke sana dan ke mari.
Setelah puas menikmati pemandangan, Karmila mengambil tuala dan segera berlalu ke bilik air. Ketika air menuruni badannya, dia melihat badannya itu. Terdapat beberapa kesan lebam dan bengkak. Apabila dipegang, terasa peritnya.
Lebam kebiruan paling ketara dapat dikesan adalah pada bahagian atas siku sebelah kiri. Dia tahu bila datangnya kesan itu. Kesan itu tak lain diterima daripada bekas suaminya. Dia sendiri tidak tahu apa masalah lelaki bajingan itu.
Seusai mandi, Karmila memakai t-shirt kuning dan seluar jeans memandangkan itu sahaja yang dirasakannya sesuai. Telefonnya kemudian menyanyi-nyanyi lagu ringtone. Karmila mula melihat siapa pemanggilnya. Rupanya jantan bajingan itu.
“Hello, abang nak apa call Mila ni?”
“Kau kat mana?” Kasar sahaja bunyinya. Bangsat!
“Perlu ke abang tahu?”
“Masalahnya adik kau tu dah call aku beratus kali tau tak?! Kau boleh tak jawab so aku boleh cakap dengan dia. Semak tahu tak?!”
“Macam nilah, bang. Kalau Kartini call abang lagi, cakap je yang abang annoyed dengan call dia tu. Memang selama lapan tahun ni pun, itu perasaan abang dengan family Mila kan. Bukan Mila tak tahu.”
“Wah, Karmila. Mulut kau bukan main lancang lagi eh sekarang. Baguslah pun. Enjoy your widow life. Adios!”
Fuck you, bastard! Itulah ayat yang keluar daripada mulut Karmila sebaik Fikri mematikan taliannya. Karmila berbaring semula di atas katil. Nafasnya dihela berat. Itupun terasa tersangkut-sangkut. Dek kerana oleh stres dan tekanan yang mencengkam di dada.
Karmila turun ke lobi. Rambutnya yang tadi diikat dileraikan ikatannya. Sambil berjalan, dia menyisir rambutnya agar kelihatan kemas. Sempat dia berhenti sebentar di kaunter untuk berjumpa dengan wanita semalam.
“Akak, apa nama akak sebenarnya? Saya terlupa nak tanya semalam.”
“Nama akak Salmiah. Panggil je Kak Sal. Cik Karmila ni datang dari mana sebenarnya? Tengah malam baru sampai sini.”
Karmila hanya tertawa mendengar soalan Kak Sal itu. Tapi betul juga. Apa tujuannya datang ke situ?
“Sebenarnya hal tu personal, kak. Saya hanya boleh cakap yang saya ni janda yang baru dapat title. Tu je.”
“Hmm, senasiblah kita ni sebenarnya.”
“Laa, ya ke? Akak dah berapa lama menjanda.”
Kelihatan Kak Sal mendongak dan bercongak-congak. “Dah lebih lima tahum sebenarnya Cik…”
“Tak payahlah nak bercik cik dengan saya. Panggil Karmila je sudah. Macam formal sangat pulak bunyinya bila dah bercik cik ni.” Karmila memintas percakapan Kak Sal. Dia tidak betah untuk dipanggil dengan gelaran sedemikian.
“Ni Karmila nak ke mana pagi-pagi macamni? Cari sarapan?”
Karmila hanya mengangguk. Well, daripada tengahari semalam perut tidak diisi dengan apa-apa. Boleh kena gastrik kut dia dibuatnya. Itupun makan separuh sahaja nasi semalam. Memang tidak mencukupi.
Karmila mematikan perbualan dan mula melangkah keluar daripada motel rumah kedai itu. Karmila mengambil nafas dan memandang sekeliling. Pekan kecil yang berada di sebatang jalan besar itu agak meriah. Penuh dengan orang pelbagai bangsa dan ragam.
Karmila menuju ke arah keretanya. Dia mula memandu dan mencari mana-mana kedai makan yang berada berhampiran. Kemudian dia memutuskan untuk memilih sebuah warung kecil sebagai pilihan.
Pagi itu, Karmila memilih untuk makan nasi lemak ayam masak merah dan air milo suam sebagai sarapan. Lega perut dan temuluknya setelah makan makanan tersebut.
“Dari mana ni, dik? Pakcik tak pernah nampak pun kamu selama ni,” tanya tauke warung ketika Karmila hendak membayar makanan.
“Saya datang daripada KL. Saja jalan-jalan.” Okey, tu alasan paling mengarut rasanya untuk abad ini. Siapa yang nak berjalan ke tempat jin bertendang macamni? Ada, Karmila.
Karmila masuk ke dalam kereta. Jarak antara warung itu dan jalan besar adalah dalam enam kilometer. Itupun harus melalui jalan yang dikelilingi hutan. Karmila ni pun satu, macam dah takde kedai makan yang lain dia nak pergi?
Sedang Karmila memandu membelah jalan yang dikelilingi kanopi hijau itu, enjin keretanya mula terbatuk-batuk. Radio mati tiba-tiba. Air-cond sudah mula tidak terasa. Karmila cuba sedaya upaya membawa kenderaannya ke bahu jalan. Elok sahaja selepas itu dia mati.


Friday, July 24, 2015

My Precious Amir Zakwan

My Precious Amir Zakwan

You are such an angel from the sky
Too perfect too describe
Too much to say in a line
Just one of the world’s greatet wonder
I thanked God for created you
You brought shine into my darkness
Give me new light out of the sudden
Just how you are doing right now

When I closed my eyes
I see you
When I look to the sky
I see you
When I look at the clear water
All I see is still you
I don’t know whether it is haunting
Or just an illusion of love


God, I really love you Amir Zakwan…

_____________________________

siapa yg baca Lelaki, puisi ni ada dalam bab 8... saje post dlu... agaknya sapa yg tulis eh???

Wednesday, July 15, 2015

Chanteq (Prolog)

A Sci-Fi horror from me. Ada sikitlah similarities dengan movie The Stepford Wives...

___________________________________________________________________________

Prolog

Jelita naik ke bilik ibunya membawa satu beg plastik penuh dengan brosur dan pamplet. Brosur dan pamplet itu masing-masing bercerita tentang kawasan kediaman mereka.
“Jelita, kan bonda dah pesan jangan guna cara sebegini,” tegur adik lelakinya, Tampan.
Jelita membetulkan kain putihnya. Wajah Tampan masih dipandang dengan senyuman. “Tampan, dalam strategi pemasaran, inilah cara yang paling sesuai. Cuba jangan degil cakap kakak.”
“Masalahnya, Kak Jelita, nanti kalau pihak berkuasa tahu pasal tempat kita ni macam mana?”
“Tampan, Tampan, ini cara kakak. Cuba Tampan ikutkan saja. Nanti lambat-laun, bonda yang akan melutut pada kakak berterima kasih. Siapa tahu, Tampan?”
Tampan mengeluh berat. Payah perintah kakaknya hendak dibantah. Semuanya hendak ikut kepalanya sahaja. Kalau tidak, mulalah hendak mengungkit berkurun lamanya.
Jelita mengetuk kamar tidur ibunya. Dadanya berdebar-debar menanti ibunya muncul membukakan pintu. Dia lebih daripada pasti bahawa cadangannya ini akan membuahkan hasil yang positif.
“Ya, Jelita. Jelita panggil bonda ke?” Muncul ibunya di muka pintu. Lengkap dengan berpakaian kebaya putih.
“Bonda, Jelita ada satu cadangan bagus. Bonda dengar eh rancangan Jelita. Rancangannya begini…” Dan Jelita mula membentangkan perancangannya kepada ibunya. Ibunya juga turut mendengar penuh setia.
“Jelita, nampaknya anak bonda ni masih belum memahami konsep Chanteq. Jelita, Chanteq ni bukannya macam yang Jelita fikirkan. Chanteq ni bukan untuk calang-calang orang, Jelita. Hanya mereka yang benar-benar terpilih sahaja boleh tinggal di sini. Bukan semua orang boleh.”
Senyuman Jelita mula menjadi linear. Hatinya hampa. Ternyata bahawa secara hakikatnya dia sendiri tidak memahami fahaman dan ideologi yang cuba dibawa oleh ibunya.
“Kan Tampan dah bilang. Kakak tidak mahu percaya cakap Tampan. Hanya kita-kita sahaja.”
Jelita mengulum wajah masam. Kalau bondanya melihat wajahnya yang masam ini, boleh jadi dia dihalau daripada Chanteq ini. Tapi biarlah, memang itu impiannya daripada dulu lagi.
“Jelita,” seru ibunya daripada muka pintu. Jelita menoleh.
Ibunya meletakkan jari telunjuk di bibir. Ritual itu kemudiannya diikuti oleh Tampan. Jelita dalam ketidakrelaan hati turut melakukan perkara yang sama. Satu ritual yang dia sendiri tidak memahami sebarang erti di sebaliknya.
“Jelita, makan biskut ni.”
Jelita merenung biskut di tangan ibunya itu. Dia tahu ada sesuatu yang akan berlaku sekiranya dia memakan biskut itu.
“Lepas makan, sediakan lagi. Makan malam nanti, pastikan stok biskut ini mencukupi. Kalau tidak, berlaku lagi peristiwa dulu.”
Tampan mengangguk lagi. Jelita berwajah neutral. Tiada kerja dia hendak senyum.
Selepas itu, Jelita ke dewan besar. Dia masuk ke bilik persediaan. Hanya di situ sahajalah semua pantang-larang Chanteq dapat dilanggar. Ya, Chanteq ini sebenarnya komuniti orang sakit jiwa!


Sunday, July 5, 2015

Lelaki (1)

Lelaki
Daniel Darwisy

Hati mereka sukar difahami, melainkan oleh insan yang benar-benar mereka sayangi…








Bab 1

Dia merenung ke luar tingkap kereta. Melihat panorama di tepi lebuh raya dengan penuh rasa bersemangat. Pokok-pokok bagai meraikan sama perasaan gembiranya. Hanya Tuhan saja yang dapat merasakan betapa gembiranya dia pagi itu.
“Amir ingat pesan ayah. Jaga perangai kamu tu. Dengar cakap senior. Pandai jaga diri kat tempat orang…” pesan Encik Amirudin kepada anak bongsu kesayangannya itu. Daripada mereka mula bertolak tadi, mulutnya tidak henti-henti menasihat anaknya.
“Betul tu, Mir. Ibu dulu pun sekolah asrama. Tak susah sebenarnya kalau kita sendiri tak cari penyakit.” Ibunya, Puan Zamila turut menasihat. Sebagai ibu bapa, memang tanggungjawab merekalah kan.
Zack sekadar tersenyum. Dia membuang pandang ke luar semula. Kegembiraan bagaikan merajai hatinya. Ditawarkan peluang ke sekolah elit itu memang antara cita-citanya daripada sekolah rendah. Syukur rezekinya murah ditakdirkan untuknya.
Masih terbayang di ingatannya betapa terkinja-kinja dirinya ketika mendapat e-mel yang menyatakan dia sudah diterima ke Institut Lelaki Bitara yang sudah ramai melahirkan pemimpin-pemimpin hebat di kalangan lelaki Malaysia. Jadi peluang keemasan sebegini pasti tidak akan dilepaskan begitu sahaja.
Tiba di pintu utama, senyuman makin melebar di wajah Zack. Terpapar di pintu pagar:
Selamat datang ke Institut Lelaki Bitara
Kecemerlangan seorang lelaki lahirnya di sini
Parkir dicari oleh Encik Amirudin. Beberapa orang pelajar senior telah memudahkan proses pencarian parkir kosong itu. Memang menunjukkan first impression yang bagus. Kononnyalah.
Mereka kemudian pergi ke tempat untuk mendaftar kehadiran. Seramai 200 lebih orang pelajar tingkatan 1 telah melapor diri untuk mendaftar pada hari itu. Cukup ramai.
“Amir Zakwan bin Amirudin. 1 Wira.” Namanya disebut. Pantas dia dan kedua ibu bapanya menuju ke meja pendaftaran.
Guru kelas 1 Wira adalah Puan Aida yang juga merupakan guru matapelajaran Sejarah bagi kelas itu. Cantik orangnya. Tergugat jugalah iman Zack melihatnya.
Selepas itu, mereka pergi ke tempat pendaftaran asrama pula. Dah nama pun tempat pelajar elit, pendaftaran asrama dilakukan oleh senior-senior. First day, memang semua baik gila namatei. Cuba tengok malam nanti, mulalah masing-masing memberuk.
“Okey, Amir Zakwan kita letak dekat dorm 1-A-4 lah. Okey eh?” Senior bernama Wadud itu memberi cadangan. Cadangannya itu kemudian dipersetujui oleh rakan-rakannya yang lain. “Okey, Syahid. Here’s your job.”
Zack memandang ke arah pelajar bernama Syahid itu. Berdiri sahaja pelajar itu, setiap bulu roma Zack mula meremang. Apatah lagi apabila Syahid itu tersenyum kepadanya.
“Mari sini ikut saya. Beg tu biar saya bawakkan.” Syahid memaniskan muka di hadapan Encik Amirudin dan Puan Zamila.
Mereka membuntuti Syahid ke blok asrama yang dimaksudkan. Sebelum itu, mereka singgah dahulu ke koperasi untuk membeli keperluan asrama yang wajib dimiliki oleh setiap pelajar institut.
“Nak panggil Amir ke Zakwan ni?” tanya Syahid diseling dengan senyuman. Pergh muka dia kalau dijadikan coklat, definitely it was at least Patchi. Well, chocolate is the substitute for sex.
“Amir je,” jawab Zack. “Nama abang?”
“Oh, Syahidul Shariedan…” Pergh nama dia tak nak kalah. “But just call me Bang Yed. Like other juniors called.”
Encik Amirudin dan Puan Zamila cukup senang melihat anaknya dengan mudah membuat rakan dengan Syahid. Harap-harap agar ianya biarlah lebih dari sebuah harapan.
“We are arrived. Ini biliknya. Jom masuk.” Bagai lagak seorang penyambut tetamu hotel lima bintang, Syahid mempersilakan mereka masuk. “Harini bolehlah parents masuk. Lepas ni takdelah. So manfaatkan sebaiknya harini.”
Encik Amirudin dan Puan Zamila hanya tersenyum. Begitu juga dengan Zack.
“Lagi satu kalau pakcik risau pasal ragging, jangan risau. Sekolah ni diharamkan ragging dalam apa jua cara sekalipun. So, balik rumah, happy-happy je nanti.”
Kalaulah Syahid ni penjual barang ataupun insurans, pasti berduyun-duyun pelanggan yang ingin membelinya. Dahlah handsome, murah dengan senyuman pulak tu. Untungnyalah siapa yang dapat.
Selepas siap unpacking dan bersalam-salaman, tibalah masanya untuk Encik Amirudin dan Puan Zamila meninggalkan Zack. Tinggallah Zack seorang diri.
Zack berbaring di atas katilnya. Berguling-gulingan. Rasa sedih ada datang menerpa tetapi baginya itu adalah perkara biasa. Biasalah dalam proses pertama hidup berjauhan.
“Yo, bila daftar?” Seorang pelajar lelaki masuk di pintu tanpa memberi salam.
“Oh, tadi. Siapa kau?”
“Haha. Aku Asfat. Sebaya kau jugak. Pagi tadi aku dah sampai tapi aku lepak kat bawah. Kau asal mana?”
“Oh, PD. Tau kan? Port Dickson.”
“Sama. Area mana?”
“Area bandar tu. Kau?”
“Oh, aku asal je sana. Pasir Panjang. Tapi aku membesar kat KL.”
Dah tu perlu ke kau mengaku kau orang sana? “Oh ya ke?”
“Ya. Eh, petang ni kita freetime kan? Malam nanti baru ada program. Kan?”
Zack mengambil kertas jadual di dalam begnya. Diteliti satu persatu. Dan betul tekaan Asfat. Jadi Zack hanya mengangguk.
Di sini, mereka tidak menggunakan sistem dorm. Sebaliknya mereka menggunakan sistem bilik. Dalam sebuah bilik terdapat lima orang pelajar. Jadi, selesalah sikit. Katil pun single. Walaweyh!
Petang itu, selepas tidur sekejap, Zack mengambil tuala dan menuju ke bilik air. Dia melihat di sinki ketika itu terdapat seorang pelajar lelaki yang sama tahap kekacakannya dengan Syahid sedang membasuh muka.
“Freshie?” tanya remaja yang hanya berboxer itu.
“Ya, bang.” Zack membuka sinki.
“Nama?”
“Amir Zakwan.”
“Nice name, suits with your face. Aku Danish. Danish Heffy Dato’ Zulfikar.” Danish menghulurkan tangan kanannya sementara tangan kirinya masih membilas pencuci mukanya. “Okey, aku mandi dulu.”
Zack sekadar melihat Danish masuk ke dalam bilik mandi. Kesadoan tubuh Danish itu sedikit sebanyak menggoyahkan keimanannya. Tapi tak macam Syahid tadi. Sampai menggigil urat saraf dibuatnya.
Seusai mandi, di sinki kini adalah Syahid. Kaki Zack bagaikan dipaku di atas lantai jubin. Kenapalah semua tempat aku pergi, mesti ada dia ni? Ada jodoh ke cane?
“Dah mandi? Baru pukul lima, Amir. Kenapa cepat sangat?” tanya Syahid sambil mencuci mukanya.
“Oh, saja. Takut nanti penuh pulak.”
Syahid sekadar mengangguk. Nampaknya budak seorang ni macam dia juga dulu-dulu. Nampak baik dan mengikut peraturan sepanjang masa. Eloklah. Ada chemical bonding agaknya.
“Okey, abang pun nak mandi jugak. Oh ya, malam ni pakai formal attire tau. Lepas talk tu nanti, ada meeting houseroom. Jangan lupa.”
Zack hanya mengangguk. Syahid menjongket kening serta tersenyum seraya masuk ke dalam bilik air. Zack masih berdiri di depan sinki. Kedengaran pancuran air dipasang di dalam bilik air. Spontan mata Zack terpejam sambil kakinya masih tegak berdiri.
“Amir…” seru satu suara memanggil namanya.
Spontan Zack membuka matanya perlahan-lahan. Di hadapannya berdiri tegak Syahid dengan tidak berbaju dan kebasahan. Sungguh breathtaking pemandangan itu di mata setiap orang.
“Buat apa kat sini? Dah berapa lama berdiri ni?”
Shit! Hanya Tuhan je yang tahu betapa malunya Zack ketika itu. Mana taknya, kalau daripada Syahid mula mandi tadi, dia sudah berdiri, ini Syahid sudah pun selesai mandi.
“Tak ingat jalan balik bilik ke?”
Oh, please stop talking Syahid. Zack ni dah bagai nak mampus menahan malu yang teramat sangat.
“Takpelah, Amir balik bilik dulu.”
Zack berlari meninggalkan bilik mandi menuju ke biliknya. Ketika dia masuk ke dalam bilik, barulah perasaannya lega sedikit. Tidaklah bagai baru sahaja menang pertandingan marathon.
Pintu bilik diketuk. Baru sahaja Zack hendak berjalan ke pintu, Asfat sudah berlari terlebih dahulu. Rupanya Syahid di muka pintu. Lagilah Zack nak melompat bagai nak gila.
“Amir, ni bekas toiletries Amir tertinggal dekat bilik air. Ambik ni. Nanti hilang. Mujur Bang Yed perasan tadi.”
Sekali lagi, Zack rasa kulit mukanya bagaikan disiat dengan rakusnya oleh Syahid. Rakan sebiliknya yang lain juga sudah memandang mereka berdua semacam. Shit ah!
“Rapat betul kau dengan Bang Yed tu?” Asfat memberi pertanyaan berbaur provokasi.
“Err, biasa je. Mungkin dia takut barang aku hilanglah kut. Sebab tu dia ambikkan.”
“Ya, mungkin. Dan mungkin jugak…”
“Dah, kau tak payah nak mengarut panjang. Aku nak pakai baju. Malam ni dahlah kena pakai formal attire.”
“Eleh, dah melting dengan Bang Yed dahlah.” Asfat memprovok lagi.
Zack malas nak menambah lagi. Sejujurnya, dia sendiri tidak pasti. Mungkin adalah mungkin. Tapi… ah lupakan. Dia hanya terlampau berfikir sedangkan benda itu tiada apa-apa pun.
“Korang ni bisinglah. Hormatlah sikit orang lain.” Seorang lagi rakan sebilik mereka, tiba-tiba mendengus kasar. Kemudian remaja itu keluar daripada bilik itu. Pergi bilik air agaknya.
“Tu Luqman. Anak presiden syarikat. So, kau fahamlah sendiri perangai anak lord ni macam mana,” terang seorang lagi rakan sebilik mereka. “By the way, aku Fahriman Fahim. May call me Fahri only.”
Zack dan Asfat menyambut salam yang diberi oleh Fahri itu. Fahri, kurus tinggi orangnya. Asfat pulak kurus pendek, agak tidaklah menarik sangat. Zack pula paling tinggi rasanya setakat ini.
“Macam mana kau kenal Luqman tu?” Asfat bertanya.
“Just call him Luq. Kitorang sama sekolah dulu. Thanks God kali ni kitorang dapat bilik yang sama. Tak payah risaulah pasal dia. Biasalah, anak orang kaya. Aku ni pun kaya jugak cuma taklah seriak dia tu.”
Zack dan Asfat sekadar mengangguk. Seorang lagi rakan sebilik mereka baru sahaja bangun dan memisat-misat matanya. Dengan wajah yang mamai, dia mempamerkan senyuman.
“Dah petang eh? Pukul berapa sekarang?”
“5:45. Bangunlah. Kau tidur dah macam nak kena panggil orang surau. Kenalkanlah diri tu dengan roommate sendiri.” Fahri berseloroh. Budak itu sekadar tersenyum.
“Okey. Aku Muhamad Fazrin bin Nizar. Panggil Ayen je.” Nazrin menghulurkan salam dan disambut oleh mereka bertiga. “Aku mandi dulu eh.”
“Yes, that’s the best.” Asfat turut bergurau. Fazrin sekadar tersenyum dan mengambil cermin matanya.
Tidak lama selepas itu, masuklah Luqman dengan muka perengusnya ke dalam bilik. Siap memberi jelingan pembunuh lagi kepada Zack dan Asfat. Apa yang dia tak puas hati, entahlah.

Malam itu, mereka semua berkumpul di Dewan Sri Bitara, antara salah satu bangunan sekolah paling besar di dalam institut itu. Malam itu, selepas guru kaunseling memberi taklimat, tibalah giliran ketua pelajar memberi ucapan.
“Okey, nama aku Sheikh Aziman, boleh panggil aku Azim. Aku KP sekolah ni which stands for ketua pelajar or also can be ketua pengawas. Kalau korang ada problem apa-apa, boleh jumpa aku kat bilik MT kat Blok Bijak. Rules dalam sekolah ni, respect others if you want to be respected by others. Okay?”
Suasana hening ketika itu.
“Faham tak?”
“Faham.” Seisi dewan menjawab jawapan yang sama. Well, juniors right.
Zack mula payah hendak fokus terhadap apa yang dibebelkan oleh Azim. Matanya mula melilau sekeliling. Di sekeliling, pengawas-pengawas sekolah berdiri memakai baju melayu. Bila waktu prep malam, mereka akan memakai baju melayu dan mesti memakai kad pengenalan masing-masing.
Ketika itulah, Zack terpandang Syahid. Remaja itu yang sedang berdiri sebaris dengan tempat duduknya ketika itu juga turut memandang ke arahnya. Sempat lelaki itu memberi senyuman seksi namatei kepadanya.
“Siapa yang kau senyum tu?” tanya seorang remaja di sebelah Syahid yang juga merupakan rakan sebiliknya.
“Amir Zakwan. Budak baru. Cute tak?”
“Jangan cakap kau nak gantikan dia kat tempat Zikry dulu.”
Syahid hanya tersenyum. Kawannya ni pun satu. Zikry tu ceritanya dah tamat tiga tahun dulu lagi. Suka ungkit cerita lama.
“Tapi rupa dorang memang dah iras. Adik dia tak?”
“Tengkorak kau. Zikry dulu kan anak tunggal. Mana datangnya adik pulak?”
“Tapi AZ tu dah dekat sangat dah. Alif Zikry dengan Amir Zakwan. Kan relatable tu?”
Syahid menjongket kening kanan sambil memandang dengan muka mintak kaki. “Dear Mr. Samuel Taylor Brighton, dorang takde kena mengena. Just case of coincidence. Not more than that.”
Samuel malas nak menjawab lagi dah. Si Syahid ni kalau bercakap, memang asyik nak menang je. Well, pembahas sekolah katakan. Memang agak tergugatlah kredibilitinya sebagai pendebat kalau kalah dalam perbualan.
“Tapi dia handsomelah, Syahid.”
Syahid hanya tersenyum sambil memandang terus ke arah Zack. Matanya kemudian dipejamkan. Mengingatkan semula momen-momen manis tadi. Tak terasa penat pun mengangkat bagasi siang tadi.
“Dahlah tu. Tak payah nak feeling long-lasting lelebih sangat. Dah habis program dah pun.”
Selepas majlis bersurai, Zack dan Asfat menuju ke dewan makan untuk minum malam. Katanya, malam itu hidangannya roti jala. Roti jala ke roti pukat taklah diketahui oleh mereka.
“Wey, meeting houseroom pukul berapa? Nanti kena bebel pulak kalau lambat. Aku tak sanggup.”
“Sebelas kan. Aduyai, mata aku dah mengantuk bagai nak mampus dah ni. Lagi nak meeting. Haish!”
“Biasalah. Lumrah berasrama,” jawab Zack ringkas. Roti jala dicicah lagi ke dalam kuah kari. Tawar tapi dah itu sahaja rezekinya. Lagipun standard asramalah kan.
“Tawar gila doh kari ni. Takde bajet ke hapa sekolah ni. Nama je sekolah elit,” rungut Luqman di hujung meja. Memang dasar tak reti bersyukur.
“Syukurlah Luq. Janji ada makanan.” Fahri cuba mendamaikan keadaan.
“Gi mampuslah. Makanan macam nak bagi dekat rumah kebajikan. Fikir kita makan free ke kat sini? Kita bayar okey.”
Zack malas hendak nak masuk campur. Dia berani memberi jaminan bahawa Luqman itu hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja di Institusi Lelaki Bitara itu. Kalau tak kerana tak tahan dengan persekitaran, pasti dia akan dibelasah oleh senior-senior yang lain. Tadi pun tengok dah ada beberapa senior yang pandang tak puas hati.
“Jomlah balik bilik. Tukar baju dulu sebelum meeting tu karang.” Asfat mengajak Zack pulang ke bilik mereka semula. Tak sanggup mendengar bebelan Luqman yang tak berkesudahan itu.
“Jom.”
Mereka berjalan bersama-sama menuju ke bilik mereka. Baju ditukar kepada baju yang lebih santai. T-shirt dan seluar tiga suku. Santai lah tu kan?
Ketika mereka keluar daripada bilik, kelihatan ramai pelajar tingkatan satu yang lain menuju ke bilik houseroom. Bilik itu berkeluasan empat buah bilik yang dipecahkan dindingnya.
Sepuluh minit selepas pukul sebelas, barulah lengkap semua pelajar tingkatan 1 masuk di dalam bilik itu. Ketika itu, pelajar yang terakhir sekali tiba adalah Luqman. Well, si bongkak tu.
“Okey, semua dah ada. Okey biar aku perkenalkan diri aku. Nama aku Omar Khairi, boleh panggil aku Okey. Itu nickname aku. Aku ketua houseroom kita which is named Jebat. Warna houseroom kita biru which is bagi aku mendamaikan. Jadi aku tak nak ada budak yang cuba menjahanamkan kedamaian tu. Okey?”
Zack perasan yang ayat terakhir Okey itu merujuk kepada Luqman. Zack kemudian perasan bahawa Syahid sedang berdiri di dinding sebelah kiri. Oh ya, Syahid kan ketua aras. Mestilah ada.
“Okey, so aku nak korang berkenalan dengan ketua aras korang. Ketua aras ni macam korang punya abang longlah. Yang penting, respect. Korang bernasib baik sebab form five tak share blok dengan kita sebab dorang ada blok sendiri. Jadi, kitorang semua ni form four baik punya, akan jaga korang sebaik mungkin. Okey, Syahid, kenalkan diri.”
Syahid berjalan menuju ke tengah-tengah tempat yang sepatutnya. Senyuman kacak diberikannya kepada semua. Manisnya mampu mengalahkan Coca-Cola yang dibiarkan pada suhu bilik selama tiga jam.
“Okey, nama aku Syahidul Shariedan. Boleh panggil aku Bang Yed. Aku KA aras satu. Korang boleh cari aku kat bilik KA1 kalau ada apa-apa hal. So, enjoy your life here.”
“Adi, your turn.” Kata Okey selepas Syahid menghabiskan taklimatnya.
Seorang remaja lelaki bertubuh sasa berdiri di hadapan mereka semua. “Okey, nama aku Adi Warisa. KA untuk aras dua. Dak-dak aras satu boleh cari aku kat bilik KA2.”
Kemudian KA aras 3 pula dijemput.
“Hai, nama aku Rayyan Nuraiman. Aku KA aras 3 korang. TKA aku pulak tu dia, Danish Heffy. Kalau ada apa-apa, cari je kitorang. We are always helping juniors. So, that’s all.”
Dan selepas itu KA aras 4 pula yang bernama agak pelik iaitu Nusaril Bayudi pula memberi ucapan. Sejujurnya, Zack dapat merasakan yang dia tak berapa menyukai sikap Nusaril itu. 
Selepas itu, KH memberi pula sepatah dua taklimat mengenai lagu rumah, house anthem, bendera houseroom, bla bla bla sampailah jarum jam tepat pada pukul satu.
“Okey, tu je untuk malam ni. Korang boleh balik bilik.”
Mereka keluar daripada bilik itu beramai-ramai. Dah macam kambing keluar kandang rupanya. Sedang berjalan pulang semula ke bilik, Zack mendengar namanya disebut.
“Amir Zakwan…”
Zack menoleh ke belakang. Dia melihat Rayyan sedang berlari-lari anak menuju ke arahnya.
“Oh, Abang Rayyan. Kenapa, bang?”
“Oh, betullah ni Amir Zakwan. Takde tadi Danish cakap yang dia nak breakfast dengan kau. Esok. Boleh?”
Fuiyoh! Baru hari kedua dah ada orang ajak nak breakfast sama. Ini sudah baik ni.
“Boleh je bang. Tapi kenapa Abang Danish tak nak jumpa saya sendiri. Cakap yang dia nak. Kan senang.”
Rayyan hanya tertawa manis. “Tu aku tak tahu. Kau kena tanya Danish sendiri.  So, kira jadilah ni eh? Esok jumpa dia kat kantin. Okey, gerak dulu.”
Sempat mereka berjabat tangan sebelum Rayyan kembali ke biliknya semula. Sepanjang mereka pulang ke bilik mereka, Asfat mempamerkan senyuman licik.
“Kau apahal?”
“Untunglah dah ada abang ajak breakfast sama. Muka comel kan. Siapa tak nak?”
“Mana ada. Maybe dia nak kenal dengan aku ke. Who knows?”
“Whatever, I’m getting cheese fries.”
“Layan Mean Girls siaa.”
Asfat hanya ketawa. Movie lejen macam tu siapa yang tidak tengok. Setibanya di dalam bilik, mereka terperanjat apabila di atas katil masing-masing terdapat sehelai kertas A4 yang bertulis sebuah nama.
Amir Zakwan-Zack
“Nama apa ni?” Zack bertanya kepada diri sendiri.
“Oh, nickname. Aku punya dapat Kawasaki. Luq dapat Lucky. Fazrin dapat Ray-Ban. Korang?” Fahri menerangkan isi surat tersebut.
“Aku dapat AF. Memang as fuck. Kau, Amir?”
“Zack. Siapa yang buat ni?”
“KA lah. Si Bang Yed tu.”
Zack hanya mengangguk. Sedap juga nicknamenya. Agak moden dan classy sikit. Malam itu, Zack tidur dengan tenang. Suasana damai sebegini tidak sangka dapat diperoleh daripada sekolah di tengah bandar besar ini.

“Tak tidur lagi, Syahid?” tanya Samuel ketika melihat Syahid khusyuk membuat latihan Chemistry di meja belajar.
Syahid menggeleng kepala. Samuel kemudian melabuhkan punggung di kerusi sebelahnya.
“Kenapa kau bagi nama budak tu Zack?”
“Saja. Sebab aku suka nama tu and aku nak dia guna nama tu. Tak boleh ke?”
“Syahid, kau betul sukakan budak tu?”
Syahid meletakkan pen. Dagunya ditongkatkan menggunakan kedua-dua belah tangannya. Senyuman terbit di wajahnya. Spontan wajah kacak Zack melintas di hadapan tubir matanya.
“I don’t know, Sam. I think yes and maybe no is the answer. But if yes, mesti ada something yang buatkan aku suka kat dia.”
“Macam kau dengan Zikry dulu?”
“Stop mentioning his name, please. Aku malas nak ingat lagi dah.”
Samuel diam. Membiarkan Syahid menyambung semula kerjanya. Kemudian Syahid kembali menongkat dagu. Sehelai kertas mengandungi gambar dikeluarkan daripada dalam bekas penselnya.
“Kata tak nak ingat dah?” tegur Samuel sarkastik. Gambar itu kemudian diambil dan turut dipandangnya.
“Sometimes, memories will hit you like a truck. Rindu jugak kat dia. Tipulah kalau aku cakap yang aku sikit pun tak ingat kat dia. First love is the long-lasting memories kut.”
Samuel bertepuk tangan gaya bravo. “Kau kalau bercakap, novelis Suamiku Encik Sotong pun kalah ayat-ayat dia. Kau memang great lover, doh.”
Syahid tertawa sambil membetulkan tali singletnya yang terlondeh sedikit. Gambar bersama Zikry itu diambil semula daripada tangan Samuel. Spontan air mata lelakinya jatuh menitis di atas gambar itu. Terdapat satu tamparan yang maha dahsyat menimpanya jika mengimbau semula kenangan itu.
“Sabarlah Syahid. Cuba kau fikir balik, mesti ada sesuatu yang lebih baik akan jadi. Buat apa kau nak ingat dia lagi? Dah dua tahun lebih Syahid. Kerana dia, kau dengan Danish jadi seteru…”
“Jangan sebut nama si bangsat tu depan aku! Dia dengan Rayyan tu memang tak pernah puas dengan aku. Daripada kita first week, Sam. Semua aku dapat, dia nak. Zikry tinggalkan aku at the first place sebabkan dia, okey.”
Samuel mengangguk-angguk. Memang betul fakta yang dibangkitkan oleh Syahid itu. Zikry adalah salah satu titik punca mengapa Syahid dan Danish bermusuhan.
“Wey, apa-apa pun, kalau betul kau nak Zack tu, you better hurry. Aku dah dengar beberapa orang budak form five nak usha dia. Hot betul doh budak tu. Apa dia makan?”
Syahid hanya tertawa kecil apabila mendengar nama Zack disebut. Amir Zakwan itu baginya mempunyai aura semacam yang tidak semua orang dapat mengesannya. Pandangannya, wajahnya, suaranya. Memang bagi Syahid tak tidur malamlah.
Apa pula bezanya dengan Zikry? Beza, sangat berbeza. Zikry dan Zack… ya, dua entiti berbeza.
“Sam, kau straight kan?” Tiba-tiba Syahid bertanya.
“Kau ni. Daripada form one kau kenal aku, baru sekarang nak tanya. Mestilah ya.” Samuel ketawa.
“Kau tak kisah yang aku ni gay? I mean, kan benda ni jijik. Kau tak geli dengan aku?”
Samuel menghela nafas berat. Ada satu perasaan lain dalam dirinya. “Kau tahu yang mak aku Melayu, bapak aku American. Kalau dalam Islam, benda ni memang haram. Tapi ramai je buat. Kalau ikutkan sebelah agama bapak aku, pun sama dilarang. Tapi benda ni tetap jadi. Aku tak kisah. Lagipun, bukannya kau pernah ambik kesempatan kat aku.”
Syahid hanya ketawa. Daripada mereka tingkatan satu, mereka sudah sebilik. Sehinggalah apabila Syahid dilantik sebagai ketua aras dan Samuel timbalannya, mereka masih lagi sebilik. Nak-nak pula bilik KA dua orang sahaja sebilik, lagi rapatlah dibuatnya.
“Syahid, kau masih marah kat Danish ke? Jangan marah, aku tanya je.”
Sekali lagi, Syahid dibawa pulang sebentar ke dua tahun lepas. Air matanya kembali menitis. Peristiwa itu sehabis boleh cuba dipadam daripada ingatannya tetapi tidak boleh juga dipadam memori itu.
“Aku sorry Syahid. Janganlah nangis.”
“Takpelah weyh. Salah akukan. Aku yang tak reti nak move on. Dia boleh je enjoy. Aku? Separuh mampus nak melupakan Zikry tu. Dia boleh walk clean like nothing happened je. Dia fikir aku ni apa?”
Samuel ketawa mendengar ayat yang keluar daripada mulut Syahid itu. Dia tahu sukar untuk Syahid menerima perkara itu. Tapi dah itu ketentuan takdir, terpaksalah ditelan walaupun ianya pahit bak hempedu.
“Okeylah ya, Bang Yed. Dik Sam dah mengantuk balik ni. Keep studying ya.” Samuel kembali ke katilnya semula.
Syahid kembali mengulangkaji pelajaran. Subjek Chemistry masih lagi diteruskan. Mindanya sedaya-upaya cuba untuk menyingkirkan Zikry. Dan cuba memasukkan tempat kosong itu dengan nama Zack. Tetapi benarkah hatinya ada untuk Zack.

God knows it.