Budak Main Api

Budak Main Api

Jemput Masuk

Life is Allah's most valuable gifts...Live it and appreciate it...

Tuesday, October 28, 2014

P.S.I Love You


Tiga kali aku baca buku ni, tiga kali aku menangis. But movie dia aku tak berkesempatan lagi nak tengok. Beware, Spoiler Alert!

Buku ni ditulis oleh Cecelia Ahern pada tahun 2004 dan difilemkan pada tahun 2007. A sweet love story. Buku ni tak bercerita tentang cinta semata-mata, actually. Buku ni banyak bercerita tentang perasaan rindu dan bagaimana caranya untuk kita mengatasi perasaan itu. Dan idea asal cerita ini juga fresh membuatkan storyline cerita ni firm and strong.

Watak utama dalam filem ini ialah Holly Kennedy. She's a young widow. Husband dia, Gerry meninggal kerana kanser. Permulaan cerita, aku agak menyampah dengan watak Holly yang terlalu pesimis dan terlalu depends kepada mendiang Gerry. Tapi at the end, aku jadi suka dengan watak Holly yang bangkit semula mencipta hidup yang baru.

For sure, time Holly nak buka surat yang barulah time paling aku excited nak baca. Cecelia Ahern berjaya membuatkan pembaca berasa tak sabar dan teruja untuk mengetahui apa isi dalam surat yang seterusnya. Itu pun satu kekuatan sebenarnya.

Meskipun mempunyai banyak watak, aku tak berapa keliru sebab watak-watak tu just appear dalam bab-bab tertentu sahaja. Korang tak perlu nak rasa pening sangat. Anyway, it's still heartwarming.

Kelemahan buku ni adalah pembinaan watak Holly. Watak Holly boleh digarap dengan lebih menarik sekiranya dia lebih open. Tapi tak best jugak nanti kan. Actually, this novel is flawless. Aku tak tahu mana yang boleh dikritik. Tapi ni personal opinion akulah. Tapi kalau diberi markah per lima, still tak dapat lima per lima.

Satu quotes yang aku dapat dalam buku ni dan aku still guna dalam esei BI aku, "Shoot for the moon."

p.s.I love you

Gantung

                                             


Masa first time aku dengar pasal buku ni, adalah kisah pasal empat orang budak sekolah. Lepas tu aku pergi jenjalan dekat MPH, aku terjumpa buku bertajuk Gantung ni. Kalau tengok cover, memang takde tali yang menunjukkan ada benda yang tergantung. But yang buat aku curious is kenapa mesti letak gambar bayang2. Mungkin aku tak cukup berseni untuk menafsirkannya agaknya.

Dahlah tu pasal cover. Aku dengar buku ni best dan famous. Itu yang buat aku tergerak nak beli sebenarnya. Harga pun affordable masa tu. However, aku terpaksa menelaah buku ni tiga kali untuk mencerna isi kandungan dia.

Cerita ni ada dua plot. Satu kisah Gibbs and the gang. Satu lagi kisah Khalil. Spoiler Alert! Dua plot ni actually related. That's why aku baca banyak kali baru faham. Kisah dia actually tipikal hidup budak sekolah. Tapi tak tipikal sangat. Cuma banyak aksi yang ... banyak dalam cerita ni yang buatkan aku rasa agak kurang sesuai untuk pembaca underage. But it's Fixi, right? Tapi itu tak effect apa-apa pun.

Setiap watak ada personaliti yang tersendiri. Itu satu kekuatan Gantung yang aku lihat. Setiap watak ada pastlife atau at least bukan sekadar alat untuk menambah muka surat semata-mata. Second thing aku suka about Gantung is, dia lari daripada tipikal hantu asrama yang kita biasa dengar. Over but still acceptable. Then I would like to compliment about storyline. Agak twisted tapi Nadia Khan pandai settlekan twisted tu dekat end of the story. Ayat yang Ray sebut actually boleh jadi quotes of wisdom.

Dalam setiap kebaikan, mesti ada keburukan. Bagi aku, kelemahan Gantung is penceritaan yang tak detail and too much dialogues. Penceritaan yang tak detail is gambaran tentang tempat or satu-satu situations tu kurang. Aku faham kalau penulis nak santaikan penceritaan tapi aku rasa macam kekurangan tu still ada. Tak semua orang have a high imagination. Dialog memang mampu jadi penggerak cerita tapi kalau kurangkan sedikit dan tambahkan gambaran, I think it would make Gantung much interesting. Pasal babak-babak kurang semenggah tu aku suka even it's quite adult but still acceptable.

Anyway, novel ni bukan tipikal novel remaja yang korang baca masa masuk Form 1 dulu. Novel ni ada kekuatan yang tersendiri dan sedap dibaca. Dan tak melampau kalau aku kata novel ni filmable. Keep writing, Nadia Khan.