Budak Main Api

Budak Main Api

Jemput Masuk

Life is Allah's most valuable gifts...Live it and appreciate it...

Saturday, February 28, 2015

Syerah Part 2

1954
Sarah memimpin anak tunggalnya, Margaret masuk ke dalam rumah. Penat sungguh anaknya itu selepas menghantar datuk dan neneknya ke pelabuhan. Jadi kini secara rasminya, banglo keluarga Hampton itu akan menjadi miliknya dan suaminya.
“Sarah, introducing you our new gardener, Zakwan. He just 14 years old. He will replacing Ali’s work.”
Sarah memandang ke arah pemuda yang ditunjuk suaminya, William. Di hadapannya kini adalah seorang pemuda yang sangat kacak dan matang rupanya. Kulitnya tidak begitu gelap seperti anak Melayu lain di kawasan ini. Rasa cinta mulai berputik di hati Sarah.
Pertemuan pertama itu menjadi titik tolak percintaan Sarah dan Zakwan. Sarah bagaikan lupa bahawa William suaminya begitu juga Zakwan yang bagaikan lupa Sarah 14 tahun lebih tua daripadanya.
“What is this?” tanya Sarah ketika melihat Zakwan menyusun pokok di belakang rumah.
“That is what we called ‘ulam’, Syerah. Ulam usually are from pucuk betik, pucuk ubi and so on.”
Sarah selalu ingin ketawa sekiranya Zakwan memanggilnya Syerah. Zakwan memanggilnya Syerah kerana dia tidak tahu bagaimana untuk menyebut Sarah dengan loghat yang betul.
“I love you, Syerah.”
“I love you too, Zakwan.”
Dan begitulah kisah cinta mereka. Zakwan betul-betul kecewa ketika Sarah memberitahunya bahawa dia mengandungkan Miranda pada penghujung tahun 1958 dan itu adalah anak kepada William.
“You still love him, right?”
“No but I’m still his wife.”
“I resigned, Syerah.”
Semenjak hari itu, hidup Sarah diselubungi awan kelam. Kerinduan kepada Zakwan membuak-buak. Sehinggalah dia melahirkan Miranda.

“Dan sayalah Miranda itu.”
Dah agak dah! Natasha memang sudah menjangkakannya.
“Zakwan mengambil saya ketika saya seorang di rumah itu. Dia sendiri tidak tahu mana ibu dan ayah saya. Saya dijaganya dan akhirnya menjadi isterinya. Ternyata Tuhan itu memang ingin kami bersama.”
Natasha masih mendengar penuh setia. Tapi memang dia dah agak sebab wajah Sarah Hampton memang sama dengan Nyonya Amira @ Miranda Daniels ini.
“Tapi, tolong bagitau Syerah sesuatu. Zakwan masih cintakan dia. Sehingga hujung nafasnya pun, nama Syerah juga yang dia sebut. Mungkin saya ni pun, Syerah yang dia bayangkan.”
Natasha pulang ke banglo dengan perasaan yang bercampur. Dia dapat merasakan bahawa Syerah menyimpan sesuatu yang ingin benar diluahkannya. Dan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membiarkan roh Sarah tenang tanpa perlu lagi bergentayangan di banglo itu.
Malam itu, Natasha sengaja duduk di ruang tamu. Mencabar kehadiran Sarah dan Margaret. Ya, budak itulah Margaret yang dimaksudkan oleh Miranda tadi.
Bunyi budak berlari mula kedengaran. Kersikan angin mula bertiup di telinga Natasha. Rasa keriau mula merasuk minda. Siapa tak seram kau kalau macam tu?
“Que sera sera, whatever will be, will be…”
Natasha cuba mengawal nafasnya. Cuba memastikan ketakutan tidak merajai segalanya. Kalau tidak, usahanya hanya akan menjadi sia-sia.
Radio mula menyanyi. Bauan lavender mula menusuk rongga hidung. Bunyi deraian pecah pinggan di dapur mula menarik perhatian Natasha. Lampu dapur juga turut menyala dengan sendirinya.
Natasha menelan liur. Samar-samar matanya melihat kelibat wanita bergaun krim dan budak perempuan menuruni tangga. Mereka berdua kemudian berjalan menuju ke arah Natasha.
“Syerah, we need to talk. I know you doesn’t mean to do this.”
Syerah masih diam. Melihat dalam-dalam mata Natasha. Seorang manusia dan hantu cuba berbincang. Okey, pelik.
“Zakwan. He still loves you. Even till he dead, your name still on his lips. So, please. Move on. You got another life to lived in.”
“I can’t.” Perlahan sahaja Syerah bersuara.
“Why? Tell me. This is now my house. Your daughter, Miranda told me everything. She married…”
“I knew that. But, I can’t told you…” Jeda seketika. “But I can show you.”
Spontan Natasha terduduk di atas kerusi dengan sendirinya. Kemudian ruang matanya seolah bergerak merentas masa. Lima saat kemudian, Natasha masih berada di situ. Cuma ruang masa yang berbeza.
Kalendar bertarikh Jun 1959 dan lampu kipas elektrik masih tiada. Satu rumah berlilin. Sarah dilihat menuruni tangga sambil di tangannya memegang beberapa keping foto.
“I love you, Zakwan. Why did you leave me here? I swear I still loves you. Please back.”
Natasha mula merasakan yang Sarah langsung tidak mengesan insan lain di dalam rumahnya. Anaknya Margaret pula asyik bermain dengan adiknya. Kemudian Natasha menolak tepi anaknya, Margaret ke tepi.
Sarah mengangkat Miranda yang baru beberapa bulan itu ke udara. “You daughter of a bitch. Because of you, Zakwan dumped me. Get away from my life, you little Satan.”
Miranda hanya menangis. Tetapi sedikit pun rasa simpati tidak bertamu di hati Sarah. Kebenciannya terhadap bayi itu bermula ketika Zakwan meninggalkannya lagi. Langsung tiada sepicing pun rasa sayang.
Ketika itu jugalah, kereta Ford William masuk ke perkarangan banglo itu. Natasha berdiri melihat siapa yang hadir ketika itu. Kelihatan William terhuyung-hayang keluar daripada kereta dan masuk ke dalam rumah.
“Sarah Peyton Hampton…” serunya perlahan tetapi tegas. Sarah sekadar menurut. “People at the bar said that you once have an affair with Zakwan. Is it true, Sarah Peyton?”
Perlahan sahaja tetapi yakin Sarah menjawab. “Yes, I am. I love him.”
William menampar Sarah dengan belakang tangannya. Sarah tercampak ke atas sofa. “You skank. You already have a husband but you still can bitching with other guy. With your own gardener.”
Sarah bingkas lalu menjawab. “For your information, Mr. William Daniels, I never love you. We married because of my parents. That’s why I never change my surname to filthy Daniels. You can go to hell.”
Botol arak di tangan dipecahkan William. Sarah benar-benar menguji kesabarannya. Botol yang sudah mempunyai bilah kaca yang tajam itu kemudian ditusuk padu ke perut Sarah.
Sarah berdiri kaku di tempatnya. Seketika sebelum dia rebah ke bumi. Kemudian William mengambil Margaret dan menghempasnya ke lantai marmar itu. Selepas itu, dia memijak tubuh kecil itu berulangkali tanpa sedikit pun rasa simpati. Sarah dan keturunannya perlu dihapuskan.
Miranda dipandangnya rakus. Tempat pemanas dihidupkan apinya. Niatnya adalah untuk membakar hidup-hidup Miranda. Tetapi dia tak perasan yang Zakwan sudahpun masuk ke dalam kereta.
“Mampus kau lahanat.” Zakwan menendang William masuk ke tempat pemanas itu. Dia menutup tempat pemanas itu membiarkan William dibakar di dalamnya.
Selepas dia menyorokkan mayat-mayat Sarah dan Margaret di dalam banglo itu, dia membawa Miranda keluar. “Jangan risau. Zakwan ada ni. Zakwan akan jaga anak Syerah.”

Natasha kembali ke tempatnya. Sarah duduk di sebelahnya. Tetapi dalam keadaan yang cantik.
“Satisfied?”
Natasha mengangguk ketakutan.
“I love Zakwan. Really love him. I want to be with him. I just can’t live without him.”
“Sarah, he loves you too. And still loves you. Even till the day he died, your name was still on his lips. So please, just go and live your next steps of life. He marry your daughter, Miranda. He also hope that you can move on and live with what you are destined for. So, please. This is now my house.”
Sarah terdiam. Memikirkan sesuatu agaknya. “If only you can help me.”
“What?”

Keesokkan harinya, polis sudahpun menemui semua bahagian mayat William Daniels, Margaret Daniels dan Sarah Peyton Hampton. Mayat William agak tidak sempurna kerana sudah menjadi abu. Mayat Margaret dijumpai di ruang rahsia di bawah tangga. Mayat Sarah pula ditanam di belakang potret gambarnya.
“Terima kasih Cik Natasha. Kami betul-betul terhutang budi kepada kamu semua. Mayat keluarga ini rupanya masih di dalam banglo ini rupanya.
Selepas semuanya selesai, Natasha dan Nadira tinggal dengan bahagia di dalam banglo itu.
“Akhirnya, kita dapat hak warisan keluarga kita.”
Nadira kehairanan.
“Ya, Miranda tu sebenarnya taklah pandai sangat. Aku jugak yang kena.”
“Kenapa? Apa kau cakap ni?”
“Only the Hamptons can find the Hamptons.”
“Maksud kau?”
“Atuk kita tulah Fred Hampton. Since saudara-mara kita yang lain tu pengecut nak balik rumah ni, aku ambillah hak kita ni balik. Jadi sekarang, banglo ni family kita yang punyalah. Kau fikir apa bodoh aku nak leggo RM 20000 duit aku just untuk rumah ni.”

Dan mereka berdua ketawa dengan riangnya…

Syerah (Part 1)

Cerita ni terpaksa buat dua part sebab panjang jugaklah. well, taklah sangat but takut nanti korang pening. so aq buatlah dua part...


Syerah

Sekali cintaku dikorbankan, takkan ku biarkan ianya lepas begitu saja…

Daniel Darwisy













Natasha merenung skrin laptopnya dalam-dalam. Kertas-kertas yang mengandungi maklumat tentang banglo berpuaka itu dipandangnya lagi. Tidak habis-habis tentang banglo berpuaka itu.
Natasha tidak takut hantu. Sebab itulah dia sanggup berkerja sebagai wartawan untuk Majalah Seram. Dan banglo berpuaka itulah bahan artikelnya untuk keluaran kali ini. Sampai dia sanggup membuat keputusan untuk menyewa di situ.
Tetapi, tuan rumah itu berniat untuk menukarkan namanya kepada Natasha secara kekal. Dan Natasha tidak perlu membayar waima sesen pun. Ini kerana pemilik rumah itu sendiri tidak sanggup menjaga rumah itu lagi.
“Akak sure nak pindah banglo tu? Kan banglo tu berhantu. Akak berani?” Nadira, adik Natasha meminta kepastian daripada kakaknya.
“Kenapa? Nak ikut?”
Nadira tidak terus menjawab. Seperti kakaknya, dia juga seorang penulis. Dia merupakan penulis novel misteri yang biasanya karyanya best-seller. Jadi mungkin dia akan mendapat ilham. Siapa tahu?
“Boleh jugak. Boleh teman akak kan?”
Natasha sekadar menurut. Elok juga. Sekurang-kurangnya dia ada teman bercakap. Bosan juga kalau tinggal seorang diri di banglo besar itu nanti.

Di dalam kereta, dalam perjalanan ke banglo itu, Natasha dan Nadira mula berbual-bual.
“Define this bungalow.”
“Banglo ni dibina pada tahun 1923 dan siap pada tahun 1925 kalau tak silap. Means dah 90 tahun umur banglo ini. Pemilik banglo ni namanya Tuan George Hampton dan isteri dia namanya Emmeline Hampton. Dorang ada tiga orang anak. Linda, Mary Rose dengan yang bongsu, Sarah. Tak silap ada seorang lelaki, Thomas tapi dia tak ikut datang Malaysia.”
“Sampai tahun bila dorang duduk sini?”
“Oh, dorang duduk sini sampai tahun 1954 kalau tak silap. Lepas tu anak dorang Sarah tu duduk sini. Sebab dia tak nak pindah ikut ayah dia balik UK. Dia kahwin dan beranak-pinak kat banglo tu. Tapi entah macam mana tahun 1959 macam tu, dorang tiba-tiba hilang.”
“Kenapa dorang hilang?”
“Entah. Takde siapa tahu. Dorang just jumpa anak bongsu Sarah, Miranda yang masa tu baru setahun umurnya. Apa je yang budak tu tahu?...”
“Kejap. Berapa orang anak si Sarah tu?”
Natasha jeda seketika. Cuba mengingat sebarang fakta. “Dua je. Margaret dengan Miranda.”
Nadira senyap kembali. Malas hendak bertanya dengan lebih detail tentang rumah itu. Soalan terakhirnya…
“Berapa umur Sarah tu?”
“Kau kiralah. Dia lahir tahun 1926 dekat dalam rumah tu.”
Nadira mencebik bibir. So what kalau lahir kat dalam rumah tu? Takde apa-apa faedah pun rasanya.
Mereka berdua kemudian senyap sahaja sehinggalah tiba di perkarangan banglo itu. Banglo itu mempunyai rekaan Inggeris yang sangat ketara pada seni bina dan bentuknya. Mempunyai sebuah halaman yang luas dan kolam renang. Cuma kolam renangnya itu sudah kering dan berlumut.
Menunggu mereka adalah seorang wanita dan budak perempuan belasan tahun yang pada hemat Natasha dan Nadira adalah anak wanita itu. Wanita itu katanya merupakan anak kepada pemilik rumah banglo besar itu.
“Assalamualaikum, Puan Aishah ke ni?” Natasha menghulurkan salam sebaik turun daripada kereta.
“Ya, saya Aishah. Ini anak perempuan saya, Aina.”
Mereka berempat saling bersalaman. Pada pandangan Natasha, Aishah berusia lingkungan pertengahan 30an dan Aina masih berada di sekolah menengah. Seusai perkenalan, Aishah membawa Natasha dan Nadira masuk ke dalam banglo besar itu.
“Penghuni terakhir banglo ni keluar sepuluh tahun dahulu. Sejak daripada itu, Nyonya Amira, mak saya buat keputusan untuk jual rumah ni. Tapi kerana Internetlah tiada siapa yang nak beli banglo berhantu ni. Entah, selama saya jaga banglo ni, tak pernah pulak dengar apa-apa. Tapi dah mak saya nak jual, saya jualkan jelah.”
Natasha dan Nadira hanya mengangguk. Mereka terfikir juga, kenapa mereka sahaja yang tidak mahu tinggal di situ kalau betul banglo itu tidak berhantu seperti dakwaan orang.
“Kak, mana anak bongsu Sarah Hampton tu?” Tanpa rasa bersalah, Nadira membangkitkan persoalan. Pantas Natasha mencubit lengan adiknya.
“Kenapa nak tahu?” Aishah seolah marah.
“Saya mintak maaf, Kak Aishah.”
Nadira menggerakkan bola matanya ke atas. Kemudian dia menggunakan kamera DSLR miliknya dan mula merakam gambar rumah itu. Aina yang menyedari terus mengambil kamera itu dari tangan Nadira.
“Jangan tangkap gambar or video kat ruang tamu ni. Please, kalau korang berdua nak stay lama kat sini.”
Natasha kelihatan berminat. Tetapi Aishah memotong minatnya.
“Aina, jangan takutkan dorang. Tapi betul kata Aina, jangan. Kami tak boleh beritahu.”
Tetapi malam itu, dia datang juga.

Malam itu, Nadira tiba-tiba berasa sangat dahaga. Dia turun ke dapur seorang diri. Melintas di ruang tamu, darahnya seriau sekejap melihat potret mendiang Sarah Hampton tersenyum memandangnya. Mujurlah potret.
Ketika dia memasuki dapur, Nadira terlihat kelibat seorang budak kecil berlari-lari di tingkap di luar rumah. Tapi Nadira biarkan sahaja. Rumah buruk lama begini, memang banyak penumpangnya.
“The French are glad to die for love… They delight in fighting duels…”
Tersembur air yang dihirup Nadira ketika lagu Marilyn Monroe itu lantang berbunyi seisi banglo itu. Cepat dia berlari ke ruang tamu. Dia melihat kamera DSLR miliknya pecah berderai di atas meja kopi. Bila pula dia bawa kamera itu turun ke bawah.
Spontan itu jugalah lagu Marilyn Monroe itu bertukar dengan lagu Sway daripada Dean Martin. Kemudian bertukar ke lagu Doris Day iaitu Que Sera Sera. Semuanya lagu lama. Dan ianya datang daripada sebuah radio lama di atas almari.
Nadira cuba mematikan radio itu tetapi tidak berjaya. Bagaikan radio itu ‘hidup’. Akhirnya Nadira bertindak berlari naik ke dalam biliknya. Ketika hampir sampai di puncak tangga, jelas di mata Nadira seorang budak perempuan.
Budak perempuan itu sedang memegang teddy bear berwarna pink. Dia pula memakai gaun beropol berwarna putih dan terdapat tompokan darah di perutnya. Nadira terjatuh dari tangga kerana terlampau terkejut.
Budak itu berjalan menghampirinya. Nadira tidak boleh bangun. Kemudian, semuanya gelap. Ayat terakhir yang didengarinya…
“I’m bored. Can play with me?”

“Tulah. Kakak dah kata. Pergi cabar sangat benda tu siapa suruh. Ni dah demam, menyusahkan aku,” bebel Natasha tanpa henti. Daripada dia menjumpai adiknya pengsan di tingkat bawah, mulutnya tak henti-henti membebel.
“Betul, kak. Nadira nampak dengan mata kepala Nadira sendiri. Betullah banglo ni memang berhantu, kak. Kita pindah, kak?”
“Kepala hotak kau! 20 ribu duit aku habis beli banglo ni tau tak. Suka hati kau je nak pindah. Nak pindah, pindah seorang. Call teksi, uruskan sendiri.”
Nadira memuncungkan bibir. Tak kena bolehlah sembang kencang. Cuba sekali dah kena kacau dengan benda tu. Nanti lagi teruk dari aku agaknya.
“Akak nak keluar pergi pasar ni. Tunggu rumah…”
“Nak ikut?!”
Natasha akur akhirnya.
Di pasar, semua orang memandang mereka dengan pelik. Yalah, pindah kat banglo berhantu macam tu, memang cepatlah orang kenal. Sehinggakan ada yang terlebih prihatin beria-ia menasihatkan mereka.
“Jaga-jaga kat banglo Orang Putih tu. Syerah tu masih ada kat situ.”
Persoalannya, siapa pula Syerah tu? Dan bukankah pemilik banglo itu namanya Sarah Hampton. Banyak betul rahsia banglo ni.
Setibanya di rumah, kelihatan Aishah bersama seorang wanita pertengahan umur di hadapan banglo itu, menunggu ketibaan mereka. Wanita tua itu cukup cantik dan putih kulitnya.
“Natasha, Nadira, ini mak saya Nyonya Amira. Mak, nilah pembeli banglo kita.”
Natasha dan Nadira bersalaman dengan Nyonya Amira.
“Eloklah. Akhirnya banglo ni berpenghuni. Saya nak tanya. Ada yang dah jumpa Margaret?”
Natasha dan Nadira kehairanan. Siapa Margaret? Rasanya daripada semalam, mereka berdua sahaja yang tinggal di dalam banglo besar itu. Tiada orang lain rasanya.
“Mak, Shah rasa ini bukan masanya.”
Nyonya Amira hampa. “Takpelah. Tapi kalau kamu jumpa dengan Syerah, tolong suruh dia move on. Dah tak guna dia tinggal dalam banglo ni lagi. Buang masa dia je.”
Natasha mendapat satu klu manakala Nadira masih kebingungan.
“Takpe, Nyonya. Nanti kalau dia ada, saya akan sampaikan.”

Malam itu, sehingga jam satu pagi, Natasha masih tidak dapat melelapkan mata. Kerjanya di komputer cuba diselesaikan. Alang-alang tak boleh tidur katakan. Jadi dengan cara apa lagi untuk membunuh masa.
“When I was just a little girl, I ask my mother, what will I be?...”
Jemari Natasha yang sedang menari di kekunci berhenti bergerak. Telinganya cuba menangkap suara budak menyanyi itu. Memastikan sama ada realiti atau halusinasi. Tapi dia pasti, suara itu memang ada.
Natasha menutup laptopnya. Dia menuju ke koridor. Dia keluar daripada biliknya. Kemudian pintu biliknya tertutup sendiri. Dan berkunci dari dalam. Kemudian dia melihat seorang budak perempuan bergaun putih berlari menuruni anak tangga.
Natasha cuba mengejar. Tiba di pangkal tangga, Natasha melihat budak itu di bawah memandang ke arahnya. Sambil tersenyum memegang anak patungnya.
“I’m bored. Wanna play with me? My parents are dead. I’m alone. I want to play. My parents are dead. My sister is gone.”
Nafas Natasha mula naik turun tak tentu arah. Hairannya, tangan dan kakinya tidak boleh bergerak. Matanya hanya dipejamkan. Spontan, terbau oleh hidungnya bauan lavender yang amat wangi. Matanya perlahan dibuka.
Kini Natasha melihat terdapat seorang wanita Inggeris berdiri di belakang budak perempuan itu. Rambut blondenya paras bahu dan memakai gaun malam berwarna krim. Di perutnya terdapat botol arak pecah yang tertusuk di situ.
“Can you? My husband killed both of us. Pity Margaret. She don’t know anything. Can you play with her?”
Natasha mengumpul kudrat. “No! This is my house. Both of you are dead so please leave from this house. This is now my house.”
Secara tiba-tiba, Natasha terangkat melambung tercampak ke ruang tamu. Potret Sarah Hampton itu memandangnya marah. Ya, gambar itu bergerak. Kemudian, derapan kaki berbunyi jelas di belakangnya.
“You don’t know, little girl. I’ve been waiting for him for a long time. He dumped me.”
“But that’s not the reason you can stay lived in this house…”
Lampu dan kipas berayun lembut bagai ditiup angin. Begitu juga dengan langsir. Wanita misteri dan anaknya perlahan-lahan hilang. Natasha bingkas. Kemudian matanya terpandang sekeping kertas nota di tepi meja kopi.
“Syerah, Zakwan tunggu dekat belakang rumah petang nanti.”

“So, you figured it out?” Nyonya Amira bertanya.
“I don’t get it. Siapa Zakwan?”
“Mak, Shah rasa ni masa yang sesuai untuk beritahu cerita sebenar kat Natasha.” Aishah menyampuk.
“Keep this off record, okay.”
Dan Nyonya Amira memulakan ceritanya.

amacam, saspens tak? tunggu eh nanti...

Thursday, February 26, 2015

Biodata Watak LSD

Dah lama sebenarnya aq nak wat benda ni tapi well, SPM victims kata koo... so here you go, Lipstikers


Hani

Nama penuh: Hani Widara binti Haikal
Asal: Seremban
Tarikh lahir: 28 Jun 1990
Hobi: Mengumpul lipstik, main handphone, tengok make-up tutorial
Cita-cita: Setiausaha
Idola: Jennifer Lopez
Ciri lelaki idaman: Muda dan kaya
Bilangan adik beradik: 2 daripada 4
Kesukaan: Danny, make-up dan lelaki
Kebencian: Fakers, betrayal

Danny

Nama penuh: Danny Affendi bin Dato' Hisyam
Asal: Kuala Lumpur
Tarikh lahir: 15 Mei 1999
Hobi: Berenang, main futsal/bola sepak
Cita-cita: Atlet
Idola: Diri sendiri (Narcissist)
Ciri gadis idaman: Cantik dan setia dan natural
Bilangan adik beradik: 1
Kesukaan: Perempuan, sukan dan perempuan
Kebencian: Subjek Sejarah, Fakers, Emo girls

Datin Sue

Nama penuh: Datin Suraya Afiqah binti Suhadi
Asal: Lahir di Singapura tetapi dibesarkan di KL
Tarikh lahir: 9 Julai 1977
Hobi: Window shopping, make-up, pergi spa
Cita-cita: Model
Suami: Dato' Hisyam Marzuki
Bilangan adik beradik: 3 daripada 3
Kesukaan: Dipuji, modelling, spa, baju cantik, Hani
Kebencian: Farah, alasan, orang tak punctual


so korang bolehlah bayangkan sendiri watak2 tu. ingat, tiada kena-mengena dengan yg hidup baik yg dah innalilah...

Monday, February 23, 2015

Sentiasa dan selamanya...

Sentiasa dan selamanya…

Jika kesempurnaan yang kau cari, ternyata aku bukan untukmu…
Daniel Darwisy











Dato’ Zulfikar dan Datin Helena memandang mata anak dara mereka itu dalam-dalam. Anak sulung mereka, Darwisy juga memberi pandangan yang sama. Adik-adik kepadanya juga memberikan pandangan yang sama, malah lebih kepada tidak menyokong.
“Ina dah fikir habis? Mummy tak nak Ina menyesal nanti.” Datin Helena bertanya untuk kali kesebelas.
Gadis itu mengangguk. Lagi membuatkan kedua-dua ibu bapanya bertambah gusar.
“Dah takde lelaki lain ke dalam dunia ni sampai budak tu yang kau nak pilih?” Darwisy memberikan persoalan.
“Aku cintakan dia. Tolonglah faham.”
“Ini bukan soal cinta, soal hati, Dursina. Ini soal tanggungjawab. Siapa nak tanggung makan pakai dia? Takkan nak bergantung kat gaji kamu tu je.”
Dursina mendiamkan diri. Sejujurnya, dia rasa ingin menangis sahaja. Apa dosanya? Berdosakah dia ingin berkahwin dengan Harith itu? Harith juga lelaki. Harith juga manusia. Mengapa dunia ini bagaikan ingin berlaku kejam kepadanya?
“Wei, Ina. Dia tu bawah daripada aku tau.” Adiknya, Daniel mencelah.
“Kawan sekelas aku masa sekolah rendah,” tambah yang seorang lagi, Duranni.
Dursina tidak menjawab apa-apa. Kalau dia tahu ini yang akan terjadi, memang sudah lama dia melarikan diri membawa Harith bersama. Tetapi dia bukanlah bodoh sangat sehingga mengenepikan keluarga demi cinta hatinya.
“Mummy, daddy, tolonglah faham Ina. Ina sayangkan dia. Tolonglah faham apa yang Ina rasa.”
Dato’ Zulfikar dan Datin Helena saling bertukar pandang. Berat sebenarnya permintaan Dursina itu. Tetapi mereka sendiri tidak sanggup kehilangan anak perempuan mereka itu.
“Yalah, kami restu.”
Dursina menangis kegembiraan.

Encik Kamil dan Puan Marina bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru mereka dengar. Anak bongsu mereka, Zarith Harith Shafris yang bakal menduduki peperiksaan SPM beberapa bulan lagi membuat keputusan ingin berkahwin. Dengan seorang General Manager lagi.
“Harith tak takut kena queen control?” Persoalan itu datangnya dari mulut ibunya.
Harith menggeleng.
“Jangan fikirkan nafsu semata-mata, Harith. Nanti orang tuduh kamu tu gatal.” Papanya pula memberikan pandangan.
“Sampai bila kita nak kena dengar apa yang orang cakap? Bukannya Dursina tu dah mengandung ke apa. Lagipun Harith nak kahwin tahun depan, bukannya tahun ni.”
Seperti ibu bapa Dursina, ibu bapanya berpandangan.
“Kahwinlah, Harith. Janji jadi suami yang berguna.”

Disebabkan Harith melangkah ke usia 18 tahun pada bulan Januari, dia sempat menghadiri kursus pernikahan. Pada pertengahan bulan Februari, mereka diijabkabulkan.
“Zarith Harith Shafris bin Zarith Ahmad Kamil, aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Dursina Masyitah binti Zulfikar dengan mas kahwinnya RM 80 tunai.”
“Aku terima nikahnya Dursina Masyitah binti Zulfikar dengan mas kahwinnya RM 80 tunai.”
Kolam mata Dursina mulai bergenang. Percintaan yang dijalin selama lebih kurang tiga tahun akhirnya berjaya dihalalkan dengan ikatan perkahwinan. Harith memandang Dursina. Spontan kenangan tiga tahun dulu terimbas di ruang minda.
Tiga tahun dahulu…
Di sekolah, Harith merupakan seorang pengawas. Kacak, bijak dan menjadi rebutan. Apa yang membuatkan ramai wanita cair kepadanya, adalah melalui kematangannya meskipun dia anak bongsu.
Betullah jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Suatu hari, sekolah Harith menganjurkan sebuah kem kepimpinan kepada pengawas-pengawas sekolah. Dan semestinya Harith terpilih untuk menyertainya.
Kem kepimpinan itu telah menjemput pelajar-pelajar dari kolej tempat Dursina menuntut. Jadi Dursina terpilih untuk menjadi fasilitator kepada peserta-peserta yang hadir. Dan menjadi fasilitator kepada kumpulan Bitara di mana Harith ahli kumpulannya.
“Kau perasan tak, Dursina. Budak Harith tu asyik usha kau dari awal kem.”
“Hisy kau ni, Kisya. Mana ada. Pangkat adik jelah tu.”
“Hmm yalah.”
Kisya betul. Memang ketika itu, hati Harith sudah berbunga-bunga. Cuma menunggu masa sahaja untuk diluahkan.
“Kak Dursina…” Sebelum majlis bersurai, Harith memanggil Dursina. “Boleh saya mintak nombor telefon akak tak?”
Sejak daripada itu, mereka sering berhubungan. Dursina acapkali menawarkan dan menghulurkan bantuan sekiranya dipinta oleh Harith. Perhubungan kakak-adik itu akhirnya mula menimbulkan bibit-bibit cinta dalam diri Harith dan Dursina.
Pada suatu hari, mereka berjanji untuk berjumpa di Sunway Pyramid. Untuk pertama kalinya, Dursina juga turut merasakan perasaan yang sama seperti apa yang dirasakan oleh Harith.
Ketika sedang makan, Harith mengeluarkan kotak yang mempunyai sebentuk cincin dari dalam poketnya.
“Dursina Masyitah, sudikah awak menjadi kekasih saya?”
Ternyata kuasa cinta mengatasi segala-galanya. Dursina menerimanya dengan hati terbuka.
Dan hari ini, cinta mereka disatukan. Majlis perkahwinan gilang-gemilang diadakan di Hotel JW Marriott, Putrajaya. Ramai yang tidak menyangka yang Dursina, seorang pengurus syarikat membuat keputusan untuk bersuamikan seorang lelaki yang 8 tahun lebih muda. Tapi, jodoh itu di tangan Tuhan, bukan.
Maka benarlah, perkahwinan itu membuka pintu rezeki. Harith berjaya mendapat keputusan 10A di dalam peperiksaan SPM. Malah dia juga ditawarkan untuk menyambung pelajaran di peringkat asasi dan ijazah. Biasiswa sepenuhnya lagi.

Bermulalah kehidupan baru bagi Dursina dan Harith. Selepas empat tahun berkongsi hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Zarif dan Zaqwan. Kini, Harith sudah mendapat ijazah sarjana muda dan Dursina sudah dinaikkan pangkat sebagai CEO syarikat.
“Murah betul rezeki kau dengan Harith, Ina. Aku tak sangka sungguh.” Kisya memberikan pendapatnya.
Dursina sekadar tersenyum. Hanya lafaz alhamdulillah yang mampu dia ucapkan. Syukur ke hadrat Ilahi, perkahwinannya berkekalan ke saat ini.
Tapi, ternyata kapal yang dimudik, menerima badai di pertengahan.
Dursina mengalamai kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan hendak pulang ke rumah mereka selepas seharian di pejabat. Kereta Dursina dirempuh oleh sebuah lori treler.
Syukur, Allah masih ingin mereka bersama. Dursina hanya koma. Menurut doktor yang merawatnya, Dursina mengalami konkusi yang kuat di bahagian kepalanya.
“Sabar ya, Harith. Ni semua ujian untuk kamu dengan Dursina.” Dato’ Zulfikar turut memahami kesedihan menantunya.
“Takpe, daddy. Harith tahu tu. Dia akan sedar.”
Setahun berlalu…
Harith masih setia menanti. Sedikitpun kesabarannya tidak teruji. Baginya, menjaga isterinya merupakan satu ibadah. Juga merupakan satu tanggungjawab. Walaupun si isteri masih melelapkan matanya.
“Happy fifth anniversary, sayang. Kalau sayang nak tahu, hari ni anniversary kita yang kelima. Sayang ingat tak our first anniversary dulu. Sayang ambik abang dekat kolej. Kita pergi makan dekat Menara KL. Lepas tu sayang bawak abang tengok wayang yang kita berdua je dalam tu…”
Darwisy, Daniel dan Duranni hanya melihat sahaja betapa setianya Harith di sisi isterinya. Baru mereka sedar yang selama ini cinta Harith kepada Dursina bukanlah berdasarkan materialiti. Suci cinta mereka berdua.
Suatu hari, selepas solat Subuh, Harith kembali menemani Dursina. Ketika dia baru hendak mengusap rambut isterinya, Dursina membuka mata. Dursina bingkas duduk dan memandang sekeliling.
“Siapa kau?”
Harith terduduk.

Dursina disahkan amnesia. Kakinya juga disahkan lumpuh. Kini, dia terpaksa diberikan pengawasan sepenuhnya.
Harith memutuskan untuk tidak bekerja dan menjaga isterinya sendiri. Ibu bapa kedua-dua pihak turut menyokong sehinggalah Dursina mampu mengingati semula memorinya dahulu.
“Sayang ingat tak? Ini gambar kahwin kita. Ramai gelakkan kita sebab masa ni umur abang baru 18 and sayang dah 26 tahun. Ramai fikir abang ni pisau cukur.”
Dursina masih kebingungan. “Macam mana aku boleh kenal kau, Harith?”
Dan Harith dengan penuh sabar menceritakan bagaimana perkenalan mereka terjadi dengan penuh sabar. Walaupun pertanyaan yang sama jugalah kerap diulang. Setelah dirujuk kepada doktor, barulah diketahui masalah sebenarnya.
Kemampuan mengingat Dursina tidak lagi normal seperti biasa. Atau dalam kata mudahnya, Dursina hilang kemampuan untuk mengingat sesuatu perkara. Dia harus diingatkan selalu agar tidak terlupa.
Untuk itu, Harith menggunakan inisiatif lain. Dia menyediakan sebuah buku skrap yang mengandungi gambar kenangan mereka berdua dan diletakkan di sebelah Dursina setiap kali bangun tidur. Malah, Harith juga kerap membawanya bersiar-siar ke tempat mereka biasa meluangkan masa bersama.
“Harith, awak tak penat ke layan saya? Tolak kerusi roda, siang malam pagi petang kena jaga saya je,” soal Dursina ketika mereka makan malam di tepi tasik malam itu.
“Kalau kesempurnaan yang saya cari, dah lama saya tinggalkan awak, Dursina.”
Dursina menangis. Ya, lelaki seperti Harith memang satu dalam seribu. Sukar dicari tetapi ada wujudnya.
“Terima kasih, sayang.”
Harith kemudian memasang lagu Nothing Gonna Change My Love For You dan dia menolak kerusi roda ke kawasan yang lapang.

“Saya, Zarith Harith Shafris, berjanji akan tetap menjaga awak Dursina Masyitah sehingga habis hayat saya.”
Dursina menangis mendengar pengakuan Harith. Tidak silap dia membuat keputusan bersuamikan lelaki semulia itu. Ya, Harith memang hanya budak lelaki biasa. Tetapi kesetiaan itu yang Dursina inginkan.

“Sentiasa dan selamanya… Harith cintakan Dursina…”







TBH, inilah genre pertama aku masuk sebaik sahaja aku masuk dalam bidang penulisan kreatif ini. Dah lama tak asah, so kuranglah sikit kesweetan dia tu... Haha lol. BTW, enjoy yourself, kayh...

Aku Bukan Afiq!!!

Aku Bukan Afiq!!!

Daniel Darwisy

Sekali kau memilikinya, kau tidak akan dapat lari…









Afiq menangis lagi. Dia berasa malu yang teramat kali ini. Ya, apa yang baru sahaja berlaku ini mungkin biasa baginya tapi kali ini ianya keterlaluan. Maruahnya digadaikan sekali lagi.
Cyberbullying. Itulah yang Afiq terima lagi kali ini. Beberapa orang pelajar sekelasnya telah menggunakan gambarnya sebagai bahan jenaka di dalam Internet. Tolonglah, dah takde benda lain sangat ke yang boleh hiburkan hidup korang yang lame tu? Kenapa mesti aku?
Afiq keluar daripada tandas. Matanya masih merah tapi langsung tidak dipedulikan. Hatinya sudah cukup tepu dengan penghinaan dan kesedihan. Dunia ini benar-benar kejam kepada dirinya.  Tiada pembelaan langsung.
“Hoi, dah puas menangis?” Ayat itu keluar daripada mulut Arif, mulut paling celabai laut dalam kelas Afiq.
“Alah, menangis ke?”
“Ala ucuk ucuk.”
Afiq sedikitpun tidak melawan. Dia kemudian duduk di tempat duduknya. Memandang ke arah papan putih yang masih kosong tidak bertulis. Semua yang diterimanya ini sudah lebih daripada kebiasaan. Malah, ruji hidupnya.
“Afiq, balaslah balik.” Nabila, pelajar sekelas Afiq cuba menyuruhnya melawan semula. Untuk kali keberapa, masing-masing dah tak terkira.
“Malaslah, Nabila. Orang bodoh macam dorang tak cukup pandai untuk aku lawan.”
“Tak bolehlah macam tu, Fiq. Nanti dorang naik lemaklah,” celah Sofea, seorang lagi rakan sekelas Afiq.
“Alah, anjing kalau dah penat menyalak, berhentilah.”
Nabila baru hendak membuka mulut ketika Sofea meletakkan jarinya ke mulutnya. Dia bukannya apa. Cuma kesian kepada Afiq. Tak habis-habis diperlakukan tanpa memikirkan perasaannya.
“Wey, Afiq. Kau bawak balik buku pemantauan ni, balut. Esok aku nak.” Si Fara becok datang dan menghempaskan buku pemantauan kelas mereka di atas meja Afiq.
“Kau kan ketua kelas…”
“Aku malas. Bawak je balik. Faham?!”
Afiq mengangguk. Malas hendak melawan lagi. Bukan dia tak kenal dengan Fara, ketua kelas tak boleh diharap tu. Fara, Arif, Aqmal, Emma dan seorang lagi pelajar lelaki yang tidak hadir hari itu, Naim. Jahatnya mengalahkan Firaun.
Selepas waktu persekolahan tamat, Afiq masih duduk di tempatnya. Dia mengeluarkan sehelai kertas yang mengandungi nama-nama lima lanun tadi. Dia merenyukkan sekuat-kuat hati kertas tersebut kemudian membukanya semula.
Tak mengapa, deritanya tak lama sahaja lagi…

Afiq meletakkan novel Dr. Jekkyl and Mr. Hyde itu di almari bukunya semula. Kemudian dia berbaring semula di perbaringannya yakni katilnyalah. Matanya memandang siling. Menerawang entah ke mana.
Sebagai manusia, kita mestilah mempunyai satu sifat iaitu suka melihat sesuatu yang cantik dan kacak. Tapi lain pula dengan si Afiq ni. Dia masih straight. Tapi, dia suka memandang mana-mana rakan lelakinya yang kacak.
Pelajar yang paling dia suka sekali tengok adalah Harith, budak kelas sebelah. Dia tak cinta, cuma suka melihat mukanya. Yang kedua, Danish. Ini memang dah lama dia usha. Sebelum pindah ke sekolah itu lagi. Awalannya, sepupu yang crush tapi dah hari-hari tengok, dia pun suka tengok.
Dengan Danish, memang dia tak pernah bercakap. Entah si Danish tu sedar ke tak kewujudan Afiq ni kat sekolah tu. Tapi dengan si Harith ni problem sikit. Sebab Harith ni punya group selalu gelak-gelakkan Afiq bila lalu sebelah Afiq. Haih, stres hidup bai.
Punyalah si Afiq ni kemaruk nak jadi macam Danish, gambar si Danish tu pun disimpannya di dalam handphone. Siap buat wallpaper lagi. Haa kau! Tapi ingat, dia tak cintakan Danish tu pun. Malah, Afiq juga ada crush.
Nabila. Tapi, disebabkan si Nabila ni girlfriend orang, Afiq melupakan niat suci murninya itu. Memang takkan dapat pun rasanya. Sebab Nabila tu awal-awal lagi dah anggap Afiq ni tak lebih daripada kawan.
Zahira. Senior tingkatan lima. Serius cun. Serius memikat.  Serius perfect 10, kata kau. Tapi, Afiq pernah sekali memberanikan diri bertanya kepada Zahira sama ada dia single atau taken. Dan jawapannya adalah…
“Taken kut.”
Just accept the fact, Afiq Daniel.
Kenapa? Kenapa dunia ini begitu kejam kepadanya? Tidak pernah sekalipun apa yang Afiq inginkan menjadi kenyataan. Tidak pernah sekalipun Afiq dapat menuntut bela terhadap apa yang terjadi kepadanya.
Afiq bangun dan menuju ke arah cermin. Dipandang bayangnya sendiri di cermin dengan rasa jelak yang memuncak. Rasa benci memandang wajahnya sendiri. Ya, Afiq Daniel tiada apa yang ingin dibanggakan. Dia ingin menjadi seseorang yang lain. Bukan lagi dirinya.
Prang!
Pecah cermin itu ditumbuk. Jarinya dipandang. Berdarah dan mengalir pekat. Tidak tahu dari mana kudratnya datang lalu memecahkan cermin itu sekuat hati. Malah, langsung tidak sakit.
Dr. Jekkyl and Mr. Hyde.
Bruce Wayne.
Nina Sayers.
Nama-nama itu melintas di kepala Afiq. Nama-nama tersebut masing-masing mempunyai pendua. Menjadikan mereka mempunyai dua watak tetapi masih orang yang sama. Sama seperti dua orang yang berkongsi satu badan yang sama.
Afiq menjilat kering darah di tangannya. Dia sudah menjadi ‘Afiq’ yang lain. Menyedari akan itu, dia mula memikirkan nama-nama yang sesuai. Apa yang pasti, nama Daniel masih akan diletakkan. Ya…
Adi Daniel.
Afiq tidak sedar dan mungkin tidak tahu. Dia kini menempah ajalnya sendiri. Adi Daniellah yang bakal menjadi Izrailnya. Atau mungkin dia sememangnya sudah mati. Dia sendiri yang tidak tahu.

Afiq aka Adi tiba awal ke sekolah hari itu. Ketika dia tiba, Fara sudah pun tiba walaupun dia tiada di dalam kelas. Afiq aka Adi tahu kerana beg sekolah Fara sudah ada di situ. Lalu Afiq memulakan rancangannya.
Adi memandang sekeliling memastikan line clear. Setelah pasti bahawa tiada sesiapa berada berhampiran, Adi mengeluarkan botol asid pekat dari dalam begnya. Botol air hijau Farah dikosongkan. Adi melakukannya dengan menggunakan sarung tangan untuk memastikan tiada cap jari yang ditinggalkan.
Adi mengisi penuh botol air Fara tadi dengan asid pekat yang dibawanya tadi. Oh ya, dari mana si Adi ni dapat asid tu? Well, lab sekolah tu taklah susah sangat nak sneak in.
Semasa perhimpunan bersurai, Farah menumbuk belakang Afiq.
“Kau dah balut buku pemantauan tu?!”
Afiq mengangguk.
“Bagus. Lagi satu. Pergi hantar register ni kat cikgu.”
Afiq menurut. Tidak lama sahaja lagi dia harus menurut perintah si Fara ni.
Si Emma sekadar ketawa melihat Afiq dibuli Fara. Agaknya takde bahan lagi kut nak kenakan Fara ni.
Selepas memberikan kedatangan kepada guru kelas, Afiq kembali ke kelas. Sebelum duduk, dia memastikan tempat duduknya bersih dari gam, kapur dan seumpamanya. Selepas pasti bersih barulah dia duduk.
Ketika itu, Fara, Emma dan beberapa orang pelajar lain dengan hilai tawa mereka.
“Macam tulah, Afiq. Good dog.”
Good dog, ya. Memang patut mulut kau kena basuh.
“Girls, aku dahagalah. Minum eh.”
Afiq memandang dengan ekor mata. Fara membuka botol airnya. Masih tiada tanda-tanda atau mengesan apa-apa. Ketika bibirnya tiba di botol juga, masih tiada apa-apa. Tapi, sebaik sahaja air@asid itu masuk ke dalam mulutnya…
“AAARRRGGGHHH!!!”
Semua pelajar kelas mereka berdiri dan tergamam. Melihat Fara yang masih berjerit. Mulutnya memuntahkan darah. Botol di genggaman pecah kerana jatuh di atas lantai. Berasap permukaan lantai. Mulut Fara masih basah dengan darah. Fara memegang dadanya sendiri dengan matanya ke atas. Tiga saat sebelum dia jatuh dan pipi putihnya jatuh ke atas asid tadi. Lalu terhakislah kulit wajahnya.
Afiq tersenyum puas. Serentak itu juga, semua lampu dan kipas di blok mereka terpasang dengan sendirinya.

Selepas tiga hari ditahan di ICU, Fara meninggal dunia. Ini kerana sebahagian daripada organ dalaman telah terhakis oleh asid tersebut. Keluarga Fara bertindak dengan menyuruh pihak polis dan sekolah menutup kes tersebut lantaran tidak mahu ianya berpanjangan.
Afiq semakin seronok menjadi Adi. Penampilannya juga semakin kacak. Tapi, memang ada sahaja yang tidak menyenanginya.
“Fikir handsomelah sial macam tu.” Ayat itu terpacul keluar daripada mulut Aqmal. Macam tak sedar yang dia juga hitam legam kalah bontot kuali.
Adi hanya menggaris senyuman licik. Dan itu disedari oleh Nabila. Ketika berjalan pulang, Nabila menegur Afiq tetapi Adi mengawalnya.
“Afiq, we need to talk.”
Adi berhenti berjalan.
“Kau nampak lain sekarang. Macam bukan Afiq yang dulu.”
Adi tergelak. Memang bukan, Nabila. Ini Adi, bukan Afiq.
“Aku nak yang dulu. Bukan sekarang.”
Pintu tandas berhampiran tertutup dengan sendirinya sekuat hati. Tong sampah juga terbalik dengan sendirinya. Malah lampu koridor itu juga pecah dengan sendirinya.
“Afiq…”
Adi tidak menjawab. Dia sebaliknya terus berjalan berlalu dari situ. Secara tiba-tiba, pasu-pasu bunga bergerak sendirinya. Bergolek-golek jatuh di tengah koridor.
Nabila berlari meninggalkan tempat tersebut.

Hari kemudiannya berlalu dengan mulut orang yang asyik bercerita tentang kematian Fara. Kiri kanan depan belakang, pasti akan ada manusia yang asyik berbicara atau membincangkan tentang kematian Fara. Afiq pula sekadar bereaksi biasa. Bagaikan tidak bersalah.
Anjing-anjing masih menyalak. Emma masih tidak sedar dengan kematian rakannya. Tiga nokharom jantan itu pun masih rancak membuli. Memang tak pernah nak ambil iktibar akan kematian Fara.
Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang berubah. Nabila sudah kurang bercakap dengan Afiq. Agak janggal dan pelik situasi ini. Biasanya, gadis itulah yang akan membelanya ketika dia dibahan Arif, dipeluk Naim dan dikutuk Aqmal. Tapi kini Sofea yang mengambil alih tugasannya itu.
“Afiq, kenapa kau dah macam tak rapat dengan Nabila?” Sofea bertanya juga akhirnya.
Afiq memandang kepada Nabila yang sedang duduk di tempatnya. “Entah. Aku okey je.”
“Tapi sejujurnya, kau memang dah lain aku tengok. Tak macam yang dulu.”
“Diamlah!!!” Adi menjerit. Afiq dan Adi bertukar watak.
Sofea bangun dan berlari anak ke tempat duduknya. Suasana bagaikan dilanggar garuda. Hening dan sunyi. Guruh di luar mula berdentum. Angin mula bertiup kencang.
“Fuiyoh, abang besar sudah datang. Wa ingat lu tak berani.” Arif memulakan projek menyakatnya.
Adi memandang dengan pandangan tajam. Ketika itu jugalah di padang, seketul batu besar jatuh dari langit dan diikuti dengan batu-batu lain dari langit. Suasana menjadi agak kecoh.
Semua orang menyorok di bawah meja ataupun menyelamatkan diri ke tempat yang selamat. Arif bagaimanapun, membuat keputusan kurang bijak melarikan diri ke luar kelas. Dia berlari menuju ke bilik stor yang terletak di belakang blok mereka.
Adi hanya memandang sahaja bilik stor yang berukuran 3x3 meter itu. Ketika itu jugalah, satu batu besar dari langit menghentam kuat bilik stor kayu itu. Kedengaran kuat jeritan Arif di dalamnya. Semua yang melihat, ada yang pengsan, muntah, menjerit juga dan ada yang terbeliak matanya.
Arif. Mati dihentam batu misteri dari langit.
Setelah itu, keadaan kembali reda. Peliknya lagi, hanya di kawasan sekolah itu sahaja batu misteri itu datang menghentam.
Adi tersenyum puas.

Adi menggaris nama Arif dari kertas dendamnya. Dia langsung tidak menyangka, dengan menjadi Adi, dendam kesumatnya terhadap pembulinya dapat direalisasikan dengan sangat pantas. Bagaikan mimpi yang jadi kenyataan.
Di rumah, Adi cuba mencari lagi kuasanya yang boleh diaplikasikan. Kini, dia sudah menghidupkan api dengan mindanya. Kemudian dia boleh mengawal aliran voltan elektrik. Dan paling baru, dia boleh mengawal angin.
“Bakar kau majalah.”
Spontan api menjulang menjilat majalah yang dimaksudkan Adi tadi. Ya, Afiq sudah sepenuhnya menjadi Adi. Tiada apa lagi yang boleh menghalangnya termasuklah dirinya sendiri.
“Pecah kau tingkap.”
Spontan  tingkap itu pecah berderai. Ketika itu jugalah pintu bilik Afiq diketuk.
“Afiq…” Puan Arinah menegur di muka pintu. “Jom makan.”
Afiq menurut. Ketika makan, Afiq perasan yang kakaknya, Afiara memandangnya atas bawah. Seperti sedang melihat orang asing yang turut makan bersama mereka.
“Apahal akak pandang semacam je?” Afiq akhirnya bertanya.
“Sejak bila kau sado semacam je akak tengok? Macam bukan Afiq yang akak tengok dulu.”
“Ha’ah Fiq. Mama pun rasa macam tu jugak.” Puan Arinah turut menyokong pendapat Afiara.
“Mana ada. Pandailah mama dengan kakak.”
“Nak berubah tu boleh. Tapi jangan sampai hilang identiti kau yang sebenar.”
Adi mengukir senyuman licik. Airnya dipandang tajam. Spontan buih-buih naik ke permukaan cawan. Air milo yang sudah suam itu kembali panas. Berasap semula menyebarkan aroma.
Tapi Adi minum selamba sahaja. Bagaikan air itu air milo yang berada pada suhu bilik. Afiq sudah 70% menjadi Adi.

Aqmal terikat di atas katilnya. Kedua-dua belah tangannya diikat di tiang katil. Kakinya tidak boleh bergerak. Di dinding depannya terpapar imej di dalam rumahnya oleh sebuah projektor yang dipasang. Imej itu menunjukkan keadaan setiap ahli keluarganya yang dibunuh secara sadis.
Ayahnya mati di dalam kereta. Dengan paip yang dihubungkan daripada ekzos ke mulut. Tanpa penapis. Ibunya ditemui di dapur. Bersama kakaknya. Mati dengan garpu ditikam di atas badan. Adik-adiknya digulung di dalam selimut bersama-sama. Melihat di dalam video itu, mereka sudah tidak bergerak.
Pintu bilik dikuak. Seorang lelaki masuk dengan memegang gandin besi. Samar-samar sahaja pada pandangan Aqmal. Masuk dalam lagi, barulah Aqmal nampak dengan jelas.
“Afiq…”
“Afiq who? Aku Adilah.”
“Lepaskanlah aku, sial. Apa yang kau dah buat?”
“Mintak nak lepaskan diri macam tu. Noobshit sungguh kau ni, Aqmal. Well, kau kenal apa benda kat tangan aku ni?”
Gandin besi. Apa yang Afiq nak buat ni?
“Kejap eh.” Adi mengambil sesuatu di bawah katil Aqmal. Sebuah bongkah kayu dibawa keluar. Diletakkan di antara kedua-dua kaki Aqmal. “Are you ready, bitch?”
Shit! Apa benda ni? “Afiq, please jangan. Aku mintak maaf, Fiq. Aku merayu.”
“Huh, yelah tu.” Adi menghentam kuat kaki kanan Aqmal. Aqmal menjerit dan meraung kesakitan. “Baru sikit tu, bang.”
“Afiq, please…” Air mata berjuraian dari tubir mata Aqmal.
“Jap eh.” Kaki kiri Aqmal pula dihentamnya kuat dengan gandin besi itu. Diulanginya lagi berulangkali ke kedua-dua belah kaki remaja itu. Sehingga kelihatan tulang kering Aqmal sudah tidak berada dalam keadaan lurus. “Sakit?”
Aqmal tahu yang menjawab hanya akan menerukkan keadaan. Jadi dia hanya mendiamkan mulutnya sambil merelakan apa yang akan terjadi.
“Senyap ya?” Adi memprovok. Kemudian dia keluar daripada bilik itu. Tidak lama selepas itu, dia masuk membawa cangkul dan gam kuat. Aqmal sudah menangis mendayu-dayu.
“Takut ke, bang?”
“Tolong, Fiq, or Adi, atau apa-apa je nama kau. Lepaskan aku. Cukuplah ni.”
Adi mencemik muka. Sorry, bitch. No forgiveness.
“Kau dah seksa aku lama tau. Apa salahnya aku seksa kau untuk kali ni je? Aku janji just untuk kali ni. Sebab lepas ni memang kau akan mati.”
Aqmal memejamkan matanya. Dia tahu, bergerak sudah tidak akan mampu menolongnya daripada kegilaan Afiq@Adi. Ini semua adalah bayaran yang harus dia berikan.
Adi meletakkan hujung cangkul ke leher Aqmal. Betul-betul di halkum. Kemudian dia meletakkan semula ke lantai. Aqmal terkejut dan agak lega.
“Aku lupa…” Adi membuka botol gam tadi dan meletakkannya ke atas jarinya. Disapunya ke bibir Aqmal dan disatukan kedua-dua lapis bibir itu. Dipegangnya seketika sebelum dia menarik semula. “Now we can start.”
Air mata jantan Aqmal jatuh menuruni pipi juga akhirnya. Mulutnya digam serapat-rapatnya. Hujung tajam cangkul sudah mengenai lehernya. Adi mengangkat kakinya dan diletakkan di pangkal mata cangkul. Diangkat sedikit, dan sekuat hati dia menendang pangkal mata itu.
Shrap! Memercik darah keluar dari leher Aqmal. Adi menjilat darah yang mengenai tangannya. Dia menukar pakaian dan membasuh badannya di bilik mandi. Kemudian, dia berlalu dari rumah itu bagaikan tiada apa yang berlaku.

Kecoh juga semua orang apabila Aqmal dan keluarganya ditemui dalam keadaan yang sadis. Masuk surat khabar lagi. Tapi Afiq rileks sahaja. Bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Yalah, sebab yang bunuh tu Adi.
“Okey, jadi perhimpunan hari ini kita adakan di dewan untuk meraikan majlis penyampaian hadiah sekaligus.”
Dan sepanjang-panjang waktu kokurikulum itu diadakan majlis penyampaian hadiah. Kemudian diadakan beberapa acara di dalamnya. Mereka tidak sedar itulah majlis terakhir akan diadakan.
Yang tinggal kini hanya pelajar. Guru-guru semua akan menghadiri mesyuarat di bilik persidangan.
Tiba-tiba, semua lampu di dalam dewan ditutup. Afiq masih duduk relaks. Bukan kerjanya. Rupanya ada tayangan video. Dia silap. Satu persatu gambar Afiq yang selama ini menjadi bahan tawa dipertontonkan di projektor. Slaid putih itu kemudian menjadi bahan tawa pelajar.
Afiq mencari siapakah dalang semua ini. Rupanya Naim. Turut ditayangkan gambar diari Afiq yang mempunyai nama pelajar lelaki yang dia usha selama ini. Alangkah malunya Afiq ketika itu.
Kemudian, suasana dewan tiba-tiba berbahang. Pendingin hawa bagaikan hilang kuasanya. Semua pelajar mula berlari mengejar pintu. Terlambat. Pintu sudah terkunci. Entah macam mana ianya berlaku.
Dari tengah dewan, satu bola api tiba-tiba muncul dan menuju ke slaid putih itu. Berlubang. Tapi apinya masih ada. Satu lagi bola api muncul dari tengah dewan dan menuju ke pentas. Semua pelajar mula lari bertempiaran.
Alat pemadam api di siling pula tiba-tiba memercikkan air. Menjadikan pelajar-pelajar ada yang terjatuh dan dipijak. Mereka ini termasuklah Sofea yang dilanggar dan dipijak. Kepalanya pecah akibat hentakan yang kuat.
Naim mula turun ke bawah pentas. Kemudian dia melihat Adi tiba-tiba di hadapannya. Baru sahaja dia hendak berlari ke arahnya, Adi hilang lagi. Dia muncul pula di atas pentas.
Adi mengangkat kain langsir yang sudah terbakar menggunakan kuasanya. Kemudian dia mencampakkan kain itu ke arah Naim. Naim cuba  berlari tetapi tersungkur kerana lantai yang dipijak tiba-tiba menjadi terlalu licin. Kain itu  jatuh betul-betul ke atas badannya. Membakar badannya.
Adi mencari Emma. Dilihatnya Emma sedang bersesak-sesak merempuh yang lain di pintu. Menggunakan kuasanya, Emma ditariknya ke belakang. Dia melihat Emma memandang ke arahnya. Kemudian Emma berlari ke arah pintu lagi satu. Adi mengalihkan semua yang turut merempuh pintu itu. Kemudian dia menolak Emma merempuh pintu itu dengan kuat. Muka Emma hancur.
Adi menggunakan kuasanya mengangkat badannya ke atas. Dia memutuskan semua wayar elektrik dan menjatuhkannya ke lantai yang berair. Semua yang memijak kawasan yang berair mula tergelejat dan jatuh menyembah bumi.
Dewan terbakar. Pelajar-pelajar seorang demi seorang mati. Adi tiba-tiba hilang.

Polis menyiasat kawasan kejadian. Kes tersebut menjadi sebutan dalam masa yang sangat singkat. Kehilangan Afiq juga menjadi salah satu faktor kes ini menjadi viral dalam masa yang pantas. Well, Malaysians.
“Anak saya bukan pembunuh.”
“Adik saya tu baik. Mustahil dia.”
Kecoh di dewan sekolah itu tatkala ibu dan kakak Afiq muncul. Puan Arinah dan Afiara beria-ia meyakinkan pihak sekolah dan polis bahawa anaknya tidak bersalah.
“Tapi, puan. Semua pelajar mengatakan bahawa anak puan yang memulakannya.” Pegawai polis cuba menenangkan keadaan.
“Tak!”
Suasana tiba-tiba berangin. Keadaan dewan yang baru sahaja menjadi saksi pembunuhan ratusan pelajar itu tiba-tiba bagaikan dilanda ribut. Guruh mula berdentuman di langit.
“Beginilah, kalau Afiq…”
Guruh berdentum.
“Kalau Afiq…”
Angin bertambah kuat. Bagaikan ada yang tidak bersetuju bila nama Afiq disebut.
“Kalau Afiq…”
Petir pula menyambar. Secara tiba-tiba, projektor LCD hidup. Mula menyiarkan sesuatu di slaid putih. Sebaik apa yang ingin disampaikan kelihatan dengan jelas, semua terkejut.
Pengetua menutup muka. Afiara pengsan. Puan Arinah meraung. Pegawai polis yang masih tidak dapat menghabiskan ayatnya terkejut. Masing-masing kaget dengan apa yang baru terpapar.
“AKU BUKAN AFIQ!!!”