Budak Main Api

Budak Main Api

Jemput Masuk

Life is Allah's most valuable gifts...Live it and appreciate it...

Sunday, November 9, 2014

Katarsis


Untuk pertama kalinya (bagi akulah), aku jumpa sebuah novel yang kulit depannya relate dengan isi ceritanya. Taklah relate sangat. Cuma gambar kotak kayu depan ni exactly the same dengan gambaran kotak kayu dalam cerita ni. Okey, enough pasal kulit depan.

Novel thriller ni ditulis oleh seorang cewek dari seberang Selat Melaka nun bernama Anastasia Aemilia. It's hard to believe that the novelist is girl. Coz cerita ni agak twisted jugak. But itu yang menarik sebenarnya. And disebabkan novel ini translated dari novel Indonesia, ada certain ayat-ayat yang aku ambik masa nak hadam jugak.

Novel ni berkisarkan tentang hidup seorang cewek bernama Tara Johandi. She hates her name and a bit to her family. Aku rasa dia ni jenis yang ego jugak. Semua bagi dia salah kecuali apa yang keluar daripada kepala dia. Sehinggalah dia berjumpa dengan Dr. Alfons dan Ello, everything has changed....

Novel ni ada gore dia, tapi tak sebanyak mana hingga layak digelar novel slasher. Cuma korang punya semangat inkuiri tentang siapa pembunuh tu akan membuak-buak. Cara pembunuhan dia simple, but kengerian tu still ada.

Kekuatan novel ni adalah storyline. Actually semua novel, strength dorang adalah story dia. Kalau story dia macam sucks, maka suckslah keseluruhan cerita dia. And aku suka gaya Anastasia Aemilia gambarkan watak-watak dia. Tara Johandi yang bencikan namanya dan zaman silamnya, Alfons yang bagaikan guardian angel dan for sure Ello yang kepsikoan terserlah.

Kelemahan novel ni adalah plot twist dia yang bapak twisted. Tapi aku tak tahulah kalau korang faham. Maybe aku perlu baca lebih banyak kali. Tapi kelemahan itu ditutup oleh Anastasia Aemilia dengan baik dengan cerita dia yang menarik (even twisted nak mampus). Tapi tetap da best....

Harapan aku adalah novelis Malaysia dapat mengambil contoh daripada hasil karya novelis Indonesia ini. Terima kasih kepada Fixi kerana mengalih bahasakan novel ini juga. Anastasia Aemilia, we need Katarsis punya sekuel. Apa yang jadi kat Tara selepas itu? Please, I'm questioned it...

Dari hujung jari,
Tinta Beracun...