Budak Main Api

Budak Main Api

Jemput Masuk

Life is Allah's most valuable gifts...Live it and appreciate it...

Sunday, January 25, 2015

Short Story (The Crush)

THE CRUSH

Cinta itu suci… Cuma terpulang kepada kita untuk menjaga kesuciannya…



Daniel Darwisy





























Kalau dia tahu semua ini akan berlaku, sumpah dia tidak akan pernah bercakap langsung dengannya. Semua ni hanya akan menjadi satu mimpi ngeri yang tak pernah terjadi di alam realiti. Siapa yang menjangka kuasa cinta mampu menjadi sesuatu yang ngeri seperti apa yang terjadi kepadanya lima tahun dahulu?
Nina Amarietta. Nama itu akan sentiasa tersimpan di dalam lipatan sejarah hidup Adif Darwisy. Nama itulah panah asmara. Nama itulah racun berbisa. Merubah hidupnya dengan cintanya.
Hidup ni persinggahan. Untuk menentukan siapa diri kita. Tempat mencari makna cinta. Tapi bagi Adif, tiadalah lagi kesucian cinta bagi dirinya. Semua yang ada hanyalah cinta yang diracuni oleh kekejian dan kekejaman.
Nina. Senior gila yang pernah CRUSH kepadanya suatu ketika dahulu. Sekaligus merubah hidupnya 180 darjah.

Lima tahun dahulu-SMK Taman Bitara
Pelajar-pelajar berpusu-pusu memasuki perkarangan sekolah. Hari pertama persekolahan selepas seminggu cuti pertengahan penggal, semua pelajar masih mengalami ‘school lag’. Mamai dan masih ‘sekolah kata mari, rumah kata pergi’.
Nina seperti pelajar yang lain. Mata terpisat-pisat. Agak selekeh riak wajahnya. Ketika melalui barisan pelajar-pelajar tingkatan tiga, pandangan Nina mula melekat pada seorang budak lelaki yang berbaris di situ.
Kacak wajahnya tahap tak hengat. Rambutnya sikat tepi. Muka dia ada ala-ala mixed sikit. Memang terliur Nina dibuatnya. Nak pulak budak tu budak kelas yang agak belakang, mesti bad boy. Memang Nina taste habislah.
Di dalam, Nina langsung tidak dapat menumpukan perhatian ke papan putih. Imaginasinya merayap terbang ke blok sebelah yang menempatkan semua pelajar tingkatan tiga. Dalam hatinya mulai berbunga-bunga dan penasaran, siapakah pelajar lelaki itu?
Nasib Nina baik. Pelajar tingkatan tiga, empat dan lima akan mempunyai rehat pada masa yang sama. Jadi ini adalah peluang untuk Nina mengintip budak itu sehabis mungkin. Satu peluang pun tidak akan dipandang sebelah mata.
“Woi, Nina. Kau usha siapa? Dok pandang bahagian meja budak lelaki je daripada tadi.”
Nina tidak peduli langsung teguran rakannya itu. Matanya masih leka memandang kekacakan makhluk Tuhan itu. Nina bingkas. Berpura-pura menuju ke tempat membeli makanan. Ketika itu, pelajar lelaki itu juga sedang berada di situ.
Menggunakan pancaindera bernama mata sebaik mungkin, Nina cuba membaca tag nama remaja itu.
Adif Darwisy.
Sedapnya nama dia. Itulah yang melintas di benak Nina ketika itu. Sesedap rupanya juga. Mata Nina sekadar memandang sahaja Adif sehinggalah remaja itu duduk menyertai rakan-rakannya yang lain.
Senyuman mulai terukir di wajah jelita Nina. Adif tidak tahu. Ada satu bala maha besar yang akan datang kepadanya.

Seminggu berlalu dengan penuh peristiwa.
Adif Darwisy
Itulah kata kunci yang digunakan Nina dalam mengGoogle sebarang maklumat tentang Adif. Dalam sekelip mata, Facebook, Twitter, Instagram dan segala jenis laman sosial yang Adif punyai, sudah dapat diperoleh Nina. Taklah susah sangat sebenarnya.
Setiap satu gambar Adif yang ada di Instagram dicetak Nina dan ditampal di dalam biliknya. Menggunakan kemahiran menyulam yang memang selama ini dimilikinya, dia menyulam nama Adif di bantal dan bantal peluknya.
“ADIF DARWISY
           <3
NINA AMARIETTA”
“AD <3 NA”
“ADINA DARIETTA”
Itulah antara hasil kreatif Nina yang dizahirkannya ke atas bantal, lukisan, buku conteng dan segala apa yang boleh ditulis atau boleh dilukis. Pendek kata, setiap apa benda miliknya, semuanya ada nama Adif Darwisy.
“Nina, kenapa esei awak semua asyik ada nama Adif Darwisy je ni?”
“Nina, who’s Adif? Why every of your composition must have his name?”
Itulah ayat-ayat yang keluar daripada mulut Cikgu Zarina dan Cikgu Raani. Sebenarnya, bukan guru-guru sahaja yang pelik, rakan-rakan Nina juga sudah naik hairan. Nina semakin renggang dengan mereka. Nina yang mereka kenali bukan lagi Nina yang dahulu.
Suatu hari, ibu Nina terlewat untuk mengambilnya daripada sekolah. Sehinggalah ketika itu, tinggal lima orang sahaja yang sedang menunggu. Dan dalam jumlah lima orang itu termasuklah Adif Darwisy.
“Hai, Adif.”
Adif sekadar menjongket kening. Sedikit pelik bagaimana Nina boleh mengetahui namanya.
“Selalu awal. Kenapa hari ni balik lambat?”
“Oh, mummy meeting.”
Adif dan Nina berbual-bual. Ketika itu, Nina berharap bahawa kereta mamanya dan kereta mummy Adif rosak pada masa yang sama. Dia seperti sedang di syurga. Dan bidadaranya ialah Adif Darwisy.
“Can I have your phone number?”
Ketika inilah, Adif membuat satu kesilapan yang maha besar. Dengan mudahnya, dia memberikan nombor telefon kepada Nina. Dia tidak tahu bala apa yang akan mendatang.

“Adif.”
“Adif…”
“Adif, answer me…”
“Adif Darwisy…”
Agak-agak kenapa Adif tak angkat. Sebab itu adalah panggilan ke-38 untuk hari itu sahaja yang Adif terima daripada Nina. Campur semalam dan sebelum semalam, itu adalah panggilan yang ke-131 kali. Nina tidak sedikitpun menunjukkan rasa jemu.
“Angkat jelah phone tu. Dari tadi bunyi.”
Oh ya, kenapa si Adif ni tak silentkan je kan? Sebabnya…
Kring! Kring!
“Hello…”
“Miss me?”
Adif menghempaskan gagang telefon itu semula. Mana pulak si Nina ni dapat nombor telefon rumah itu? Sehingga jam 1.30 pagi, telefon rumah berdering. Tiada seorang pun yang dibenarkan untuk menjawabnya.
Malam esoknya, Adif mencabut talian telefon. Kusangkakan panas ke petang, rupanya Taufan Nina di tengahari. Telefon ibunya yang tidak putus-putus menerima panggilan. Bila tak diangkat, setiap telefon bimbit penghuni rumah itu akan berbunyi. Dan semua panggilan itu diperoleh daripada pemanggil yang sama. Nina Amarietta.
Satu hari, Adif sudah tidak dapat menahan sabarnya lagi. Dia mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Nina sendiri di rumahnya. Menggunakan bantuan seorang rakan yang boleh dipercayai, Adif meminta alamat rumah Nina.
Dari luar pagar, Adif cuba mengintai-intai ke dalam rumah Nina. Tiada sesiapa yang kelihatan. Adif melihat pintu rumah juga terbuka luas. Ketika mulutnya hendak dibuka untuk memberi salam, dia mendengar bunyi sesuatu yang diketuk dengan kuat di dapur.
Kakinya dibawa ke dapur. Ketika itulah dia melihat Nina sedang mencincang sesuatu sambil mulutnya tak henti-henti menyebut.
“He’s mine. He’s mine. He’s mine.”
Jelas di mata Adif yang daging-daging itu sudah hancur dicincang Nina.
“Nina, apa kau buat ni?”
Nina mengangkat muka. Wajahnya terukir sedikit senyuman. “Buat daging cincang… nak sikit?”
“Nina, we need to talk.”
Nina memacakkan parangnya di atas papan landas itu dengan kasar. Memeranjatkan sedikit Adif.
“What, sayang?”
Adif mendekatkan dirinya dengan Nina. Tapi dengan sedikit berhati-hati.
“I really like you, Nina.”
“I really like you too.”
“No, as a friend. That’s a big different.”
Senyuman Nina bertukar menjadi satu garisan linear. Parang tadi diangkat semula. Bagai lipas kudung, Adif berlari meninggalkan rumah itu.

Adif menyangkut semula tualanya di atas penyidai. Ketika itulah, dia terdengar bunyi berkeresek di luar rumah. Perlahan-lahan, dia melangkah ke tepi tingkap.
“Hai,” tegur Nina ketika tingkap dibuka Adif.
Adif kaget membuatkan badannya terlangkah ke belakang. Okey, ini bukan mimpi.
“Tak nak bagi I masuk?”
Laju sahaja tangan Adif menutup semula pintu kaca tersebut. Sah, perempuan ni memang dah gila. Bayangkan sahajalah. Sehingga jam dua pagi, Nina menunggu di luar bilik Adif. Ketika Adif hendak menutup langsir, Nina menggertak agar jangan menutupnya sekiranya tidak mahu cermin tingkap dipecahkan. Malam itu sahaja, pelbagai posisi Adif tidur ditangkap Nina gambarnya.
Oh ya, mana parents Adif? Mereka pergi melawat nenek Adif di kampung. Jadi, sehingga jam dua pagi barulah Nina pulang ke rumah.

“Dia gila, cikgu. Saya tak tahu nak buat apa lagi dah.” Adif mengadu kepada seorang guru disiplin, Puan Kartini. “She’s so obsessed with me. Sampai saya langsung takde privasi. She stalking me all the time.”
“Baiklah, cikgu akan cuba siasat tentang masalah kamu ini.”
Sangkaan Adif, semuanya akan selesai. Ya, ianya memang selesai. Dua minggu setelah membuat aduan, semuanya berlalu bagaikan tiada apa-apa. Tetapi kemudian, Nina kembali.
Adif mengajak beberapa rakan-rakannya untuk memecah masuk ke dalam rumah Nina. Ketika mereka memasuki bilik Nina, semua yang ada seolah-olah tidak mempercayai apa yang sedang mereka lihat.
Sebuah bantal dan bantal peluk bersulam nama Adif Darwisy.
Sebuah poster gambar Adif diletakkan di atas kepala katil.
Gambar A4 Adif di setiap inci dinding bilik.
Cover laptop gambar Adif.
Nama Adif dan bingkai gambar Adif di atas meja belajar.
“What a crazy girl she is.”
Adif menggeleng tatkala mendengar pendapat rakannya. Ya, Nina memang gila.
“Hai.”
Semua mereka berpaling. Riak mereka terkejut dengan siapa yang berdiri di hadapan mereka ini. Ya, Nina Amarietta.
“Adif.” Nina menolak yang lain kemudian mencampak Adif ke dinding. “I love you, Adif. You love me. I know that.”
Adif menolak Nina semula. Dia tidak sanggup lagi menjadi mangsa kegilaan perempuan gila ini. Perempuan gila ni perlu diajar. “Kau dengar sini, Nina. Aku tak suka kau dan sampai mati pun takkan suka.”
Nina menampar muka Adif sekuat hati. Kukunya yang agak tajam telah mencalarkan sedikit pipi kacak anak muda itu. Pantas Adif dan yang lain berlari meninggalkan bilik itu.
Ketika menuruni tangga, Adif tersilap langkah membuatkan dia tersungkur. Yang lain pula bagai lipas kudung, semua lintang-pukang.
“Sayang.” Nina memijak kaki Adif. Adif masih meronta-ronta cuba melepaskan diri. “Kau milikku selamanya. Faham!”
“AAARRRGGGHHH!!!” Sedaya-upaya Adif mengerah kudratnya menarik kakinya.
Tindakannya itu telah menyebabkan Nina hilang keseimbangan. Kepalanya terhantuk di dinding. Kakinya tergeliat. Dia terjatuh dari tingkat atas berguling ke tingkat bawah.
Nina tidak lagi bernyawa. Perbuatannya kini memakan diri. Adif hanya memandang dengan pandangan kosong. Apapun yang akan terjadi, dia redha dan lega.

Lima tahun ianya berlalu. Tapi bagaikan baru semalam sahaja ianya berlaku. Bagi pelajar SMK Seri Bitara, itu semua bagaikan tidak pernah berlaku.
Ya, cinta itu suci. Cuma terpulang kepada kita untuk menjaga kesuciannya.

Cuma bagi Adif, cinta itu tidak lagi suci. Dia fobia dengan cinta. Dan nama Nina Amarietta akan kekal berada di dalam hatinya. Betapa hebat kuasa cinta.

No comments:

Post a Comment