Bab 4
Satu demi satu topik menjadi
perbualan antara Hani dan Danny. Lagak mereka tidak ubah seperti pasangan yang
sudah lama bercinta. Bila nafsu mencapai klimaks, mereka berdua akan ke tandas.
Dalam masa dua jam, tiga kali mereka ke tandas untuk berkucupan.
“Babe, I’ve got a bad news,” ujar
Marissa kepada Hani ketika Danny pergi ke tandas.
“What?” Hani meneguk air buahan
tropika yang diambil Danny tadi.
“Aku kena pergi straight ke Taiwan
lepas ni. Flight pukul empat pagi. I must bring my car too. Kau… boleh balik
sendiri kan? Pasal baju, dorang dah sediakan. Aku pergi sana bawak badan je.
Dengan passport. Memang dah sedia ada dalam handbag dah pun.”
Hani mulai naik angin. Bukannya
dia kisah si Marissa tu ada baju ke tak. Sekarang dah pukul satu pagi
masalahnya. Kalau nak call teksi, memang boleh. Tapi siapa yang nak bayar duit
tambang. Dari sini nak balik rumah dahlah dekat 40 minit. Dahlah malam-malam
macam ni, macam-macam boleh jadi. Walaupun dia sudah tiada dara, dia tak rela
dirogol.
“Sayang, apasal stres semacam ni?”
tanya Danny ketika baru pulang daripada tandas. Haa, kau. Belum apa-apa dah
panggil sayang.
“Si Maris ni, tiba-tiba nak kena
pergi Taiwanlah, apa lah…” Hani menarik bibir. Marissa hanya mampu memberi
senyuman nipis.
“Anyway, babe. Aku gerak dulu.
Behave yourself.”
Hani dibiarkan macam orang bodoh
begitu sahaja. Memang kalau tak kerana itu housemate, dah lama melekat parang
dekat tengkuk Marissa tu.
“Sweet thing, Danny told me that
you don’t have transport. Is it true?” Datin Sue memegang lembut bahu Hani dari
belakang. Hani mengangguk. “We can pick you if you want.”
Hani mengangkat mukanya memandang
wajah model jelita itu. Serta-merta, dia terasa ada satu aliran elektrik sedang
mengalir dalam salur darahnya. Wajah Datin Sue sangat menggoncang hatinya.
“It’s okay, Datin. I can have a
cab.”
Datin Sue tertawa sinis. Wajah
Hani dipandangnya. “Are you serious? Ini KL tau. Macam-macam boleh jadi tau.
Tambah pulak kalau perempuan cantik macam you ni.”
Betul jugak tu. KL ni boleh tahan
bahaya jugak.
“You don’t have other choice.
Event will be end in 20 minutes.”
Kerisauan mula menerpa ke benak
Hani. Ya, dia tiada banyak pilihan. Kalau ada pilihan pun, hanya akan membawa
risiko kepada dirinya. Jadi, dia memilih untuk mengikut Datin Sue.
“Great, let’s follow us.”
Hani hanya membuntuti Datin Sue
dan Danny ke kereta mereka. Sekali tengok, Roll Royce kau. Tercengang sekejap
Hani dibuatnya. Kata Danny, PA ibunya, Farah sudah pulang jam sebelas tadi.
Jadi, mereka bertiga serta seorang pemandu.
“Rumah you kat mana?” tanya Datin
Sue selepas masuk ke dalam kereta. Kakinya disilangkan menampakkan pehanya yang
putih gebu.
“Damansara.” Hani menjawab
ringkas.
“Eh, dekat dengan rumah kita. I duduk dekat Mont
Kiara.” Danny menyampuk.
Hani hanya tersenyum. Tangannya
menyeluk ke dalam pursenya mencari kunci rumah. Tiada. Hani sudah diterpa rasa
takut. Mampus! Kunci rumah dekat kunci kereta si Marissa. Kunci rumah yang
disimpannya pula disangkut bersama kunci keretanya.
“Kenapa, Hani?” tegur Datin Sue
apabila melihat Hani bagaikan cacing kepanasan di sebelahnya.
“Kunci rumah saya dalam rumah.”
Datin Sue hanya tersenyum
mendengar jawapan jujur daripada Hani. Boleh tahan bendul juga skandal anaknya
itu.
“Mirul, tak payah pergi Damansara.
Terus balik rumah kami.”
Terpempan sekejap Hani apabila
mendengar arahan Datin Sue kepada pemandunya. Maknanya, dia akan menginap di
rumah Datin Sue malam ini. Sebumbung dengan Danny. Wow! Tinggi godaan tu.
“Mind?” tanya Datin Sue sambil
menjongket kening.
Hani tersenyum tawar. Dia risau
juga. Dia bukan biasa sangat pergi ke rumah orang-orang kaya dan kenamaan
seperti itu. Kalau kereta pun dah Roll Royce, bayangkanlah rumah dia besar
macam mana. Mahu istana yang akan dijejakinya sebentar lagi.
“I think she feels uneasy, mama,”
komen Danny kepada mamanya. Daripada masuk ke dalam kereta tadi, dia sudah
melihat Hani gelisah semacam.
“Why Hani?” Datin Sue bertanya
serius.
“No, I means nothing. Saya cuma
tak biasa.”
Tawa Datin Sue terletus lagi.
Kali ini turut disertai dengan tawa daripada Danny. Siap geleng kepala lagi.
Apa yang lawaknya?
“Don’t worry. We won’t use
protocol to you. We’ll acting casual. Don’t worry. Oh my God, Danny. What an
innocent girl you had.”
Innocent? Innocent ke dia kalau
bercium dengan lelaki yang baru dikenali beberapa minit sahaja seperti tadi?
Innocent ke kalau dia sudah hilang perawannya pada usia 16 tahun? What an
ironic statement.
“Just relax. Besides, takkan you
nak tidur hotel? Kalau you nak pergi tidur rumah kawan-kawan you, I think it’s
too late already. Sekarang ni dah dekat pukul dua.” Danny pula cuba menenangkan
Hani. Rasa macam ada peluang keemasan sahaja dia malam ni.
Hani tersenyum
tawar. Rasanya, ada kemungkinan dia mendapat pucuk muda. Lihat pada muka Danny,
ada riak tidak sabar dan kegersangan melampau. Best jugak ni. Tapi bila
mengenangkan yang dia akan berada di rumah seorang yang agak ternama, dia
terpaksa banyak menimbang tara.
“You kerja apa
sekarang, Hani?” tanya Datin Sue sambil memegang paha Hani. Serta-merta Hani
terasa gementar seluruh badan.
“I dulu kerja
secretary…”
“Dulu? Kenapa?
Sekarang?”
“I resigned.”
Hani menjawab senafas.
“Orang lain
sikit punya berebut nak dapat kerja, you boleh senang-senang resigned. Handal
you.”
“Stupid
decision I ever made.” Hani menggelengkan kepalanya. Danny dan Datin Sue
tergelak besar.
Tidak lama
kemudian, mereka memasuki kawasan perumahan elit di Mont Kiara. Hani dapat
melihat rata-rata rumah di situ masih menyala lampunya. Pukul berapalah orang
di sini tidur? Malah terdapat sebuah rumah yang penghuninya sedang mengadakan
parti. Bapak stail!
“There’s a
heaven on earth. Home sweet home.”
Hani memandang
ke arah yang ditunjukkan oleh Danny. Apa yang dilihatnya adalah sebuah banglo
besar yang terletak di lereng bukit. Sebaik kenderaan itu memasuki perkarangan
banglo itu, mulut Hani membentuk huruf O.
“Welcome Hani.
To our beloved casa,” ujar Datin Sue seraya turun dari kereta Roll Royce itu.
“Your house is
so big, Datin,” puji Hani ikhlas.
“I knew,
right.”
“Yeah, it so
big. Tapi penghuninya tiga orang je,” celah Danny, juga baru melompat turun
daripada dalam kereta. Dia menanggalkan kotnya dan disangkut di tangannya.
Sangat macho apabila tangannya yang berotot kelihatan fit pada kemeja putihnya.
Hani melangkah
masuk ke dalam banglo itu dengan perasaan kagum yang melampau. Tapi bila sekali
fikir balik, rasa dia hina sangat. Tidak pernah seumur hidupnya, dia
menjejakkan kaki ke dalam banglo sebesar dan secantik tambah mewah gila baban
itu.
“Dato’ takde
ke, Datin?” Terlajak mulut Hani bertanya.
Datin Sue
tampak berubah riak. Danny juga begitu. Kini Hani mulai diserbu rasa bersalah.
“Dato’
outstation, Hani. I, Danny dengan maid jelah dalam rumah ni.”
Danny dilihat
sangat mengantuk ketika itu. Rasanya, tiada peluang mereka malam ni. Bagi
Danny, rasa mengantuk boleh membuatkan aksi hebatnya menjadi hambar. Setelah
meminta izin daripada ibunya, dia terus naik ke bilik tidurnya.
“Saya nak
tidur kat mana, Datin?”
“Oh, ya. Kak
Chah! Oh, Kak Chah!”
Seorang wanita
lingkungan 40an keluar daripada dapur dan berjalan terkedek-kedek ke arah Datin
Sue. Berulangkali dia meminta maaf daripada Datin Sue kerana tertidur sebelum
kepulangannya.
“Guest room
kita kemas tak?” soal Datin Sue kepada wanita hampir separuh abad itu.
“Kemas, Datin.
Kenapa?”
Datin Sue
menepuk tangannya sekali sebelum berpaling ke arah Hani. “Great. Tonight, this
pretty young lady akan tidur kat rumah kita. I want you to bring her and show
her where is her place to sleep. She will stayed here till lusa, maybe. So,
treat her well, okay,” arah Datin Sue. Kak Chah hanya mengangguk.
Kak Chah
kemudian membawa Hani ke tingkat atas. Satu demi satu bilik dilihat Hani. Pintu
bilik Danny terbuka. Sempat Hani mengintai. Remaja itu sedang mengeringkan
rambutnya. Baru mandi, agaknya. Pakai boxer je nampak. Cepat-cepat Hani
berpaling.
“Cik…” Kak
Chah terhenti seketika.
“Hani Widara.
Panggil Hani je.”
“Cik Hani,
inilah biliknya. Kalau Cik Hani nak apa-apa, turun je dapur. Kak Chah punya
bilik kat dapur. Cik Hani berehatlah, ya. Baju salin ada dalam gerobok tu”
Selepas Hani
mengucapkan terima kasih, Kak Chah pun berlalu. Setelah Kak Chah hilang dari
pandangan, Hani perlahan-lahan melangkah ke bilik Danny.
“Gotcha!”
sergah Danny dalam nada berbisik dengan kepalanya terkeluar di muka pintu. Hani
mengurut dadanya. Terkejut.
“You!” Dia
menumbuk lembut bahu Danny yang tidak dilapik oleh apa-apa kain itu.
“I know you
missed me. But we can’t make it tonight, babe. I’m so fucking tired. Can we
make it tomorrow? Promise you the best actions from me.” Danny cuba memujuk
Hani.
Hani sekadar
memuncungkan bibir. Very the catchy.
“It’s okay. I
balik bilik I dululah kalau gitu. Bye, baby boy. Have a sweet dream.”
Mereka sempat
berciuman selama lima minit sebelum darah hampir sepenuhnya mengalir ke ‘tempat
terlarang’ Danny. Kemudian, Hani pulang ke biliknya semula. Sebelum menukar
baju, dia sempat mandi. Tambah lagi satu love bite baru kali ini. Di leher.
Sehelai blaus
berwarna pink dan tracksuit dipakainya untuk tidur. Sebelum tidur, dia mengimbau
semula dalam kepala apa yang terjadi malam itu. Pergi fashion show, jumpa
Danny, make love dalam tandas, jumpa Datin Sue, ikut dorang balik, make love
lagi. What a beautiful night ever happened. Hehehe…
No comments:
Post a Comment