Sebelum aku nak bebel panjang2, layan dua video ni dulu. Coz apa yang aku nak bebelkan ni, memang relatable habis dengan video ni.
Most probably, korang semua pernah layan atau at least kenal dengan dua orang mamat dalam video kat atas tu. So, based on apa yang dorang berdua membebel, itulah tajuk aku. Topiknya adalah Judgmental
Pernah tak korang ada dalam situasi di mana kau buat salah dan semua orang menuduh kau without any inspection? Pernah tak korang terbuat salah dan orang lain tanpa segan silunya menghina kau? Pernah tak???
Pernah tak korang nampak orang lain buat salah dan korang sebagai manusia yang 'berbudi pekerti', terus mengeji dan mencerca dia tanpa menerangkan kesalahannya? Pernah tak korang terus mengutuk seseorang tanpa mengambil tahu apa yang telah terjadi pada dia sehingga dia menjadi sebegitu? Pernah tak???
Kadang-kadang, kita ni sebagai hamba Allah yang kerdil, seringkali merasakan diri ini terlalu besar. Sehingga kita terlampau mengecilkan sesiapa di sekeliling kita.
Aku tak nafikan yang aku sendiri pun kadangkala bersikap judgemental. Selalu nak menghukum. Selalu nak jadi 'ustaz' tak berijazah. Selalu nak jadi 'hakim' tanpa tauliah. Tapi apa yang aku nak sampaikan ni juga antara pandangan aku terhadap betapa jijiknya amalan suka menghukum ni.
Ada beza antara judgmental dengan concern.
Judgmental is when kau terus buat conclusion without any inspection or apa-apa kajian yang mendalam mengenai apa yang kau sedang kaji tu.
Contohnya: Kau terus mengecap jiran depan rumah kau ni gay hanya sebab dia pernah bawa lelaki datang rumah dia dua kali.
Concern is when kau buat conclusion after dah selidik maklumat dia dan dah tanya dekat sumber maklumat yang boleh dipercayai.
Contohnya: Kau stalk FB, Tw, Blog, tempat kerja, kawan-kawan jiran kau yang kau dah syak gay ni untuk tahu kesahihannya.
That's the difference. So, janganlah sesekali korang cakap yang korang ni concern sedangkan korang terus buat keputusan dan jadi hakim tanpa tauliah.
Aku nak bebel panjang lagi tapi aku takut dengan 'pahlawan kekunci' yang for sure akan judgmental dalam mengadili isi kandungan entri aku ni. So, last word from me.
Pernah tak kau musahabah diri kau dan tanya, apa dosa aku hari ni?
xoxo, DD
No comments:
Post a Comment