Budak Main Api

Budak Main Api

Jemput Masuk

Life is Allah's most valuable gifts...Live it and appreciate it...

Thursday, January 1, 2015

Novel Cinta VS Novel Indie

Menurut statistik, populasi manusia dalam Malaysia ni adalah barang 30 juta gitu. Tapi tujuan aku hari ni bukanlah nak bercerita sangat pasal 30 juta manusia tu, sebaliknya aku nak membebel pasal novel dalam pemikiran masyarakat Malaysia.

Terus terang aku cakap, kalau tidak kerana kewujudan Fixi, Lejen, Dubook, Buku Hitam and so on publisher house yang lain, Malaysia ni hanya akan penuh dengan novel cinta-cinta je. Kalau nak genre lain, harapkan Ramlee Awang Murshid jelah. So dari situ aku terfikir, adakah orang Malaysia ni hanya baca novel cinta semata-mata? Sedangkan banyak je cerita lain yang boleh dibuat. Bila aku tengok kat certain publication house punya panduan hantar manuskrip, aku tengok perkataan 'jalan cerita mestilah baik', 'tidak ada unsur ciplak', padahal lima novel yang aku baca dari pihak mereka, hampir semua mempunyai plot yang sama. Sampaikan ada satu tu aku rasa, just tukar nama watak and setting tempat je. So dimanakah 'tiada unsur ciplak' itu?

Next, mostly cerita cinta dalam novel tu mesti ada pasal kahwin paksa. Ya, aku sengaja boldkan frasa tu. Come on, we're in 2015 already. Kalau nak buat masa 80s or 90s, memang wajarlah sebab masa tu memang banyak. Pernah lagi ke anda semua dengar kes kahwin paksa sekarang? Memang ada, tapi banyak ke?

Lepas tu, isu masyarakat berkasta dalam novel cinta. Si kaya bercinta dengan si miskin. Si miskin bercinta dengan si kaya. Benci jadi cinta. And that is. Dulu ya, its okay to me. But now, aku rasa macam nak termuntah hijau bila hadap benda yang sama je. Tak salah kalau kau nak buat ada unsur macam tu, but janganlah sampai sepuluh novel dalam satu rak yang sama, ada elemen yang sama.

Jadi aku sangatlah bersyukur kepada beberapa syarikat penerbitan bawah tanah yang menjadi hero kepada bidang penulisan kreatif Malaysia. Di saat Malaysia dilanda tsunami novel cinta, korang pun datang. Ya, aku akui yang perkataan dalam novel-novel mereka yang agak lari grammarnya dan agak inappropriate, but at least dorang ada storyline yang fresh. Luar kotak and unimaginable. Instead of novel cinta yang so-called till Jannah tu.

Bukan main panjang aku membebel so aku pun dah penat. Aku bukanlah nak mengcondemn teruk novelis-novelis cinta di luar sana tu. Aku akui cerita korang best. Just perlu add a little bit of improvement and refreshment je. 

Jadi aku berharap agar bidang penulisan kreatif di Malaysia ni tidaklah menjadi terlalu jumud. Ingat, masyarakat kita ni terdiri daripada lelaki dan perempuan. Jadi silalah pastikan yang karya anda itu mampu mengambil hati setiap lapisan usia dan jantina.

p.s.Majulah Novel Untuk Malaysia

xoxo.

No comments:

Post a Comment