Budak Main Api

Budak Main Api

Jemput Masuk

Life is Allah's most valuable gifts...Live it and appreciate it...

Sunday, January 4, 2015

Aku dan Nama Natasha

Ada beberapa orang kawan aku yang asyik dok tanya aku, kenapa dalam setiap novel, cerpen even karangan aku, mesti ada nama Natasha. Ada sebab dia. Tapi bukan sebab-sebab berikut:

1) Natasha bukanlah nama girlfriend aku. Besides, aku malas nak couple. Hati yang ada syurga kat kaki dia tak jaga ada hati nak jaga hati rusuk kiri.

2) Bukan sebab drama Natasha (90s kids mungkin ingat drama ni)

3) Bukan sebab crush aku nama Natasha

4) Sebab kalau aku perempuan, itu nama aku.

Maksud nama Natasha menurut maklumat yang aku tahu adalah 'kesejahteraan'. Tapi dalam novel or cerita aku, Natasha ni pemusnah kesejahteraan. 

Bagi aku, nama Natasha tu sendiri ada aura yang tersendiri. Bagiku, nama itu cukup gah. Nama Natasha itu bagaikan punyai satu magnet yang membuatkan aku terpana mendengarnya disebut. Dan bagiku, nama Natasha itu bagaikan satu kecantikan nama.

Ya, aku tahu ianya agak over.

Kalau korang baca novel yang aku tulis or cerpen, nama Natasha akan aku bayangkan sebagai seorang yang cantik dan jelita. So, sesiapa yang bernama Natasha tu, aku harapkan korang ni pun cantik orangnya.

Begitulah sahaja yang aku boleh gambarkan tentang betapa sukanya aku kepada nama Natasha itu.

p.s.nama anak aku nanti nak letak Natasha jugak ke?


No comments:

Post a Comment