1954
Sarah memimpin anak tunggalnya, Margaret masuk ke dalam rumah. Penat
sungguh anaknya itu selepas menghantar datuk dan neneknya ke pelabuhan. Jadi
kini secara rasminya, banglo keluarga Hampton itu akan menjadi miliknya dan
suaminya.
“Sarah, introducing you our new gardener, Zakwan. He just 14 years old.
He will replacing Ali’s work.”
Sarah memandang ke arah pemuda yang ditunjuk suaminya, William. Di
hadapannya kini adalah seorang pemuda yang sangat kacak dan matang rupanya.
Kulitnya tidak begitu gelap seperti anak Melayu lain di kawasan ini. Rasa cinta
mulai berputik di hati Sarah.
Pertemuan pertama itu menjadi titik tolak percintaan Sarah dan Zakwan.
Sarah bagaikan lupa bahawa William suaminya begitu juga Zakwan yang bagaikan
lupa Sarah 14 tahun lebih tua daripadanya.
“What is this?” tanya Sarah ketika melihat Zakwan menyusun pokok di
belakang rumah.
“That is what we called ‘ulam’, Syerah. Ulam usually are from pucuk
betik, pucuk ubi and so on.”
Sarah selalu ingin ketawa sekiranya Zakwan memanggilnya Syerah. Zakwan
memanggilnya Syerah kerana dia tidak tahu bagaimana untuk menyebut Sarah dengan
loghat yang betul.
“I love you, Syerah.”
“I love you too, Zakwan.”
Dan begitulah kisah cinta mereka. Zakwan betul-betul kecewa ketika Sarah
memberitahunya bahawa dia mengandungkan Miranda pada penghujung tahun 1958 dan
itu adalah anak kepada William.
“You still love him, right?”
“No but I’m still his wife.”
“I resigned, Syerah.”
Semenjak hari itu, hidup Sarah diselubungi
awan kelam. Kerinduan kepada Zakwan membuak-buak. Sehinggalah dia melahirkan
Miranda.
“Dan sayalah Miranda itu.”
Dah agak dah! Natasha memang sudah menjangkakannya.
“Zakwan mengambil saya ketika saya seorang di rumah itu. Dia sendiri
tidak tahu mana ibu dan ayah saya. Saya dijaganya dan akhirnya menjadi
isterinya. Ternyata Tuhan itu memang ingin kami bersama.”
Natasha masih mendengar penuh setia. Tapi memang dia dah agak sebab wajah
Sarah Hampton memang sama dengan Nyonya Amira @ Miranda Daniels ini.
“Tapi, tolong bagitau Syerah sesuatu. Zakwan masih cintakan dia. Sehingga
hujung nafasnya pun, nama Syerah juga yang dia sebut. Mungkin saya ni pun,
Syerah yang dia bayangkan.”
Natasha pulang ke banglo dengan perasaan yang bercampur. Dia dapat
merasakan bahawa Syerah menyimpan sesuatu yang ingin benar diluahkannya. Dan
adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membiarkan roh Sarah tenang tanpa perlu
lagi bergentayangan di banglo itu.
Malam itu, Natasha sengaja duduk di ruang tamu. Mencabar kehadiran Sarah
dan Margaret. Ya, budak itulah Margaret yang dimaksudkan oleh Miranda tadi.
Bunyi budak berlari mula kedengaran. Kersikan angin mula bertiup di
telinga Natasha. Rasa keriau mula merasuk minda. Siapa tak seram kau kalau
macam tu?
“Que sera sera, whatever will be, will be…”
Natasha cuba mengawal nafasnya. Cuba memastikan ketakutan tidak merajai
segalanya. Kalau tidak, usahanya hanya akan menjadi sia-sia.
Radio mula menyanyi. Bauan lavender mula menusuk rongga hidung. Bunyi
deraian pecah pinggan di dapur mula menarik perhatian Natasha. Lampu dapur juga
turut menyala dengan sendirinya.
Natasha menelan liur. Samar-samar matanya melihat kelibat wanita bergaun
krim dan budak perempuan menuruni tangga. Mereka berdua kemudian berjalan
menuju ke arah Natasha.
“Syerah, we need to talk. I know you doesn’t mean to do this.”
Syerah masih diam. Melihat dalam-dalam mata Natasha. Seorang manusia dan
hantu cuba berbincang. Okey, pelik.
“Zakwan. He still loves you. Even till he dead, your name still on his
lips. So, please. Move on. You got another life to lived in.”
“I can’t.” Perlahan sahaja Syerah bersuara.
“Why? Tell me. This is now my house. Your daughter, Miranda told me
everything. She married…”
“I knew that. But, I can’t told you…” Jeda seketika. “But I can show
you.”
Spontan Natasha terduduk di atas kerusi dengan sendirinya. Kemudian ruang
matanya seolah bergerak merentas masa. Lima saat kemudian, Natasha masih berada
di situ. Cuma ruang masa yang berbeza.
Kalendar bertarikh Jun 1959 dan lampu kipas elektrik masih tiada. Satu
rumah berlilin. Sarah dilihat menuruni tangga sambil di tangannya memegang
beberapa keping foto.
“I love you, Zakwan. Why did you leave me here? I swear I still loves you.
Please back.”
Natasha mula merasakan yang Sarah langsung tidak mengesan insan lain di
dalam rumahnya. Anaknya Margaret pula asyik bermain dengan adiknya. Kemudian Natasha
menolak tepi anaknya, Margaret ke tepi.
Sarah mengangkat Miranda yang baru beberapa bulan itu ke udara. “You
daughter of a bitch. Because of you, Zakwan dumped me. Get away from my life,
you little Satan.”
Miranda hanya menangis. Tetapi sedikit pun rasa simpati tidak bertamu di
hati Sarah. Kebenciannya terhadap bayi itu bermula ketika Zakwan
meninggalkannya lagi. Langsung tiada sepicing pun rasa sayang.
Ketika itu jugalah, kereta Ford William masuk ke perkarangan banglo itu. Natasha
berdiri melihat siapa yang hadir ketika itu. Kelihatan William terhuyung-hayang
keluar daripada kereta dan masuk ke dalam rumah.
“Sarah Peyton Hampton…” serunya perlahan tetapi tegas. Sarah sekadar
menurut. “People at the bar said that you once have an affair with Zakwan. Is it
true, Sarah Peyton?”
Perlahan sahaja tetapi yakin Sarah menjawab. “Yes, I am. I love him.”
William menampar Sarah dengan belakang tangannya. Sarah tercampak ke atas
sofa. “You skank. You already have a husband but you still can bitching with
other guy. With your own gardener.”
Sarah bingkas lalu menjawab. “For your information, Mr. William Daniels, I
never love you. We married because of my parents. That’s why I never change my
surname to filthy Daniels. You can go to hell.”
Botol arak di tangan dipecahkan William. Sarah benar-benar menguji
kesabarannya. Botol yang sudah mempunyai bilah kaca yang tajam itu kemudian
ditusuk padu ke perut Sarah.
Sarah berdiri kaku di tempatnya. Seketika sebelum dia rebah ke bumi. Kemudian
William mengambil Margaret dan menghempasnya ke lantai marmar itu. Selepas itu,
dia memijak tubuh kecil itu berulangkali tanpa sedikit pun rasa simpati. Sarah dan
keturunannya perlu dihapuskan.
Miranda dipandangnya rakus. Tempat pemanas dihidupkan apinya. Niatnya adalah
untuk membakar hidup-hidup Miranda. Tetapi dia tak perasan yang Zakwan sudahpun
masuk ke dalam kereta.
“Mampus kau lahanat.” Zakwan menendang William masuk ke tempat pemanas
itu. Dia menutup tempat pemanas itu membiarkan William dibakar di dalamnya.
Selepas dia menyorokkan mayat-mayat Sarah
dan Margaret di dalam banglo itu, dia membawa Miranda keluar. “Jangan risau. Zakwan
ada ni. Zakwan akan jaga anak Syerah.”
Natasha kembali ke tempatnya. Sarah duduk di sebelahnya. Tetapi dalam
keadaan yang cantik.
“Satisfied?”
Natasha mengangguk ketakutan.
“I love Zakwan. Really love him. I want to be with him. I just can’t live
without him.”
“Sarah, he loves you too. And still loves you. Even till the day he died,
your name was still on his lips. So please, just go and live your next steps of
life. He marry your daughter, Miranda. He also hope that you can move on and
live with what you are destined for. So, please. This is now my house.”
Sarah terdiam. Memikirkan sesuatu agaknya. “If only you can help me.”
“What?”
Keesokkan harinya, polis sudahpun menemui semua bahagian mayat William
Daniels, Margaret Daniels dan Sarah Peyton Hampton. Mayat William agak tidak
sempurna kerana sudah menjadi abu. Mayat Margaret dijumpai di ruang rahsia di
bawah tangga. Mayat Sarah pula ditanam di belakang potret gambarnya.
“Terima kasih Cik Natasha. Kami betul-betul terhutang budi kepada kamu
semua. Mayat keluarga ini rupanya masih di dalam banglo ini rupanya.
Selepas semuanya selesai, Natasha dan Nadira tinggal dengan bahagia di
dalam banglo itu.
“Akhirnya, kita dapat hak warisan keluarga kita.”
Nadira kehairanan.
“Ya, Miranda tu sebenarnya taklah pandai sangat. Aku jugak yang kena.”
“Kenapa? Apa kau cakap ni?”
“Only the Hamptons can find the Hamptons.”
“Maksud kau?”
“Atuk kita tulah Fred Hampton. Since saudara-mara kita yang lain tu
pengecut nak balik rumah ni, aku ambillah hak kita ni balik. Jadi sekarang,
banglo ni family kita yang punyalah. Kau fikir apa bodoh aku nak leggo RM 20000
duit aku just untuk rumah ni.”
Dan mereka berdua ketawa dengan riangnya…
No comments:
Post a Comment