Sentiasa dan selamanya…
Jika kesempurnaan yang kau cari, ternyata aku bukan untukmu…
Daniel Darwisy
Dato’ Zulfikar dan Datin Helena memandang mata anak dara mereka itu
dalam-dalam. Anak sulung mereka, Darwisy juga memberi pandangan yang sama. Adik-adik
kepadanya juga memberikan pandangan yang sama, malah lebih kepada tidak
menyokong.
“Ina dah fikir habis? Mummy tak nak Ina menyesal nanti.” Datin Helena
bertanya untuk kali kesebelas.
Gadis itu mengangguk. Lagi membuatkan kedua-dua ibu bapanya bertambah
gusar.
“Dah takde lelaki lain ke dalam dunia ni sampai budak tu yang kau nak
pilih?” Darwisy memberikan persoalan.
“Aku cintakan dia. Tolonglah faham.”
“Ini bukan soal cinta, soal hati, Dursina. Ini soal tanggungjawab. Siapa
nak tanggung makan pakai dia? Takkan nak bergantung kat gaji kamu tu je.”
Dursina mendiamkan diri. Sejujurnya, dia rasa ingin menangis sahaja. Apa
dosanya? Berdosakah dia ingin berkahwin dengan Harith itu? Harith juga lelaki.
Harith juga manusia. Mengapa dunia ini bagaikan ingin berlaku kejam kepadanya?
“Wei, Ina. Dia tu bawah daripada aku tau.” Adiknya, Daniel mencelah.
“Kawan sekelas aku masa sekolah rendah,” tambah yang seorang lagi,
Duranni.
Dursina tidak menjawab apa-apa. Kalau dia tahu ini yang akan terjadi,
memang sudah lama dia melarikan diri membawa Harith bersama. Tetapi dia
bukanlah bodoh sangat sehingga mengenepikan keluarga demi cinta hatinya.
“Mummy, daddy, tolonglah faham Ina. Ina sayangkan dia. Tolonglah faham
apa yang Ina rasa.”
Dato’ Zulfikar dan Datin Helena saling bertukar pandang. Berat sebenarnya
permintaan Dursina itu. Tetapi mereka sendiri tidak sanggup kehilangan anak
perempuan mereka itu.
“Yalah, kami restu.”
Dursina menangis kegembiraan.
Encik Kamil dan Puan Marina bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru
mereka dengar. Anak bongsu mereka, Zarith Harith Shafris yang bakal menduduki
peperiksaan SPM beberapa bulan lagi membuat keputusan ingin berkahwin. Dengan
seorang General Manager lagi.
“Harith tak takut kena queen control?” Persoalan itu datangnya dari mulut
ibunya.
Harith menggeleng.
“Jangan fikirkan nafsu semata-mata, Harith. Nanti orang tuduh kamu tu
gatal.” Papanya pula memberikan pandangan.
“Sampai bila kita nak kena dengar apa yang orang cakap? Bukannya Dursina
tu dah mengandung ke apa. Lagipun Harith nak kahwin tahun depan, bukannya tahun
ni.”
Seperti ibu bapa Dursina, ibu bapanya berpandangan.
“Kahwinlah, Harith. Janji jadi suami yang
berguna.”
Disebabkan Harith melangkah ke usia 18 tahun pada bulan Januari, dia
sempat menghadiri kursus pernikahan. Pada pertengahan bulan Februari, mereka
diijabkabulkan.
“Zarith Harith Shafris bin Zarith Ahmad Kamil, aku nikahkan dikau dengan
anak perempuanku, Dursina Masyitah binti Zulfikar dengan mas kahwinnya RM 80
tunai.”
“Aku terima nikahnya Dursina Masyitah binti Zulfikar dengan mas kahwinnya
RM 80 tunai.”
Kolam mata Dursina mulai bergenang. Percintaan yang dijalin selama lebih
kurang tiga tahun akhirnya berjaya dihalalkan dengan ikatan perkahwinan. Harith
memandang Dursina. Spontan kenangan tiga tahun dulu terimbas di ruang minda.
Tiga tahun dahulu…
Di sekolah, Harith merupakan seorang pengawas. Kacak, bijak dan menjadi
rebutan. Apa yang membuatkan ramai wanita cair kepadanya, adalah melalui
kematangannya meskipun dia anak bongsu.
Betullah jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Suatu hari, sekolah Harith
menganjurkan sebuah kem kepimpinan kepada pengawas-pengawas sekolah. Dan
semestinya Harith terpilih untuk menyertainya.
Kem kepimpinan itu telah menjemput pelajar-pelajar dari kolej tempat
Dursina menuntut. Jadi Dursina terpilih untuk menjadi fasilitator kepada
peserta-peserta yang hadir. Dan menjadi fasilitator kepada kumpulan Bitara di
mana Harith ahli kumpulannya.
“Kau perasan tak, Dursina. Budak Harith tu asyik usha kau dari awal kem.”
“Hisy kau ni, Kisya. Mana ada. Pangkat adik jelah tu.”
“Hmm yalah.”
Kisya betul. Memang ketika itu, hati Harith sudah berbunga-bunga. Cuma
menunggu masa sahaja untuk diluahkan.
“Kak Dursina…” Sebelum majlis bersurai, Harith memanggil Dursina. “Boleh
saya mintak nombor telefon akak tak?”
Sejak daripada itu, mereka sering berhubungan. Dursina acapkali
menawarkan dan menghulurkan bantuan sekiranya dipinta oleh Harith. Perhubungan
kakak-adik itu akhirnya mula menimbulkan bibit-bibit cinta dalam diri Harith
dan Dursina.
Pada suatu hari, mereka berjanji untuk berjumpa di Sunway Pyramid. Untuk
pertama kalinya, Dursina juga turut merasakan perasaan yang sama seperti apa
yang dirasakan oleh Harith.
Ketika sedang makan, Harith mengeluarkan kotak yang mempunyai sebentuk
cincin dari dalam poketnya.
“Dursina Masyitah, sudikah awak menjadi kekasih saya?”
Ternyata kuasa cinta mengatasi segala-galanya. Dursina menerimanya dengan
hati terbuka.
Dan hari ini, cinta mereka disatukan. Majlis perkahwinan gilang-gemilang
diadakan di Hotel JW Marriott, Putrajaya. Ramai yang tidak menyangka yang
Dursina, seorang pengurus syarikat membuat keputusan untuk bersuamikan seorang
lelaki yang 8 tahun lebih muda. Tapi, jodoh itu di tangan Tuhan, bukan.
Maka benarlah, perkahwinan itu membuka pintu
rezeki. Harith berjaya mendapat keputusan 10A di dalam peperiksaan SPM. Malah
dia juga ditawarkan untuk menyambung pelajaran di peringkat asasi dan ijazah.
Biasiswa sepenuhnya lagi.
Bermulalah kehidupan baru bagi Dursina dan Harith. Selepas empat tahun
berkongsi hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Zarif dan Zaqwan. Kini,
Harith sudah mendapat ijazah sarjana muda dan Dursina sudah dinaikkan pangkat
sebagai CEO syarikat.
“Murah betul rezeki kau dengan Harith, Ina. Aku tak sangka sungguh.”
Kisya memberikan pendapatnya.
Dursina sekadar tersenyum. Hanya lafaz alhamdulillah yang mampu dia
ucapkan. Syukur ke hadrat Ilahi, perkahwinannya berkekalan ke saat ini.
Tapi, ternyata kapal yang dimudik, menerima badai di pertengahan.
Dursina mengalamai kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan hendak
pulang ke rumah mereka selepas seharian di pejabat. Kereta Dursina dirempuh
oleh sebuah lori treler.
Syukur, Allah masih ingin mereka bersama. Dursina hanya koma. Menurut
doktor yang merawatnya, Dursina mengalami konkusi yang kuat di bahagian
kepalanya.
“Sabar ya, Harith. Ni semua ujian untuk kamu dengan Dursina.” Dato’
Zulfikar turut memahami kesedihan menantunya.
“Takpe, daddy. Harith tahu tu. Dia akan sedar.”
Setahun berlalu…
Harith masih setia menanti. Sedikitpun kesabarannya tidak teruji.
Baginya, menjaga isterinya merupakan satu ibadah. Juga merupakan satu
tanggungjawab. Walaupun si isteri masih melelapkan matanya.
“Happy fifth anniversary, sayang. Kalau sayang nak tahu, hari ni
anniversary kita yang kelima. Sayang ingat tak our first anniversary dulu.
Sayang ambik abang dekat kolej. Kita pergi makan dekat Menara KL. Lepas tu
sayang bawak abang tengok wayang yang kita berdua je dalam tu…”
Darwisy, Daniel dan Duranni hanya melihat sahaja betapa setianya Harith
di sisi isterinya. Baru mereka sedar yang selama ini cinta Harith kepada
Dursina bukanlah berdasarkan materialiti. Suci cinta mereka berdua.
Suatu hari, selepas solat Subuh, Harith kembali menemani Dursina. Ketika
dia baru hendak mengusap rambut isterinya, Dursina membuka mata. Dursina
bingkas duduk dan memandang sekeliling.
“Siapa kau?”
Harith terduduk.
Dursina disahkan amnesia. Kakinya juga disahkan lumpuh. Kini, dia
terpaksa diberikan pengawasan sepenuhnya.
Harith memutuskan untuk tidak bekerja dan menjaga isterinya sendiri. Ibu
bapa kedua-dua pihak turut menyokong sehinggalah Dursina mampu mengingati
semula memorinya dahulu.
“Sayang ingat tak? Ini gambar kahwin kita. Ramai gelakkan kita sebab masa
ni umur abang baru 18 and sayang dah 26 tahun. Ramai fikir abang ni pisau cukur.”
Dursina masih kebingungan. “Macam mana aku boleh kenal kau, Harith?”
Dan Harith dengan penuh sabar menceritakan bagaimana perkenalan mereka
terjadi dengan penuh sabar. Walaupun pertanyaan yang sama jugalah kerap
diulang. Setelah dirujuk kepada doktor, barulah diketahui masalah sebenarnya.
Kemampuan mengingat Dursina tidak lagi normal seperti biasa. Atau dalam
kata mudahnya, Dursina hilang kemampuan untuk mengingat sesuatu perkara. Dia
harus diingatkan selalu agar tidak terlupa.
Untuk itu, Harith menggunakan inisiatif lain. Dia menyediakan sebuah buku
skrap yang mengandungi gambar kenangan mereka berdua dan diletakkan di sebelah
Dursina setiap kali bangun tidur. Malah, Harith juga kerap membawanya
bersiar-siar ke tempat mereka biasa meluangkan masa bersama.
“Harith, awak tak penat ke layan saya? Tolak kerusi roda, siang malam
pagi petang kena jaga saya je,” soal Dursina ketika mereka makan malam di tepi
tasik malam itu.
“Kalau kesempurnaan yang saya cari, dah lama saya tinggalkan awak,
Dursina.”
Dursina menangis. Ya, lelaki seperti Harith memang satu dalam seribu.
Sukar dicari tetapi ada wujudnya.
“Terima kasih, sayang.”
Harith kemudian memasang lagu Nothing Gonna Change My Love For You dan
dia menolak kerusi roda ke kawasan yang lapang.
“Saya, Zarith Harith Shafris, berjanji akan tetap menjaga awak Dursina
Masyitah sehingga habis hayat saya.”
Dursina menangis mendengar pengakuan Harith. Tidak silap dia membuat
keputusan bersuamikan lelaki semulia itu. Ya, Harith memang hanya budak lelaki
biasa. Tetapi kesetiaan itu yang Dursina inginkan.
“Sentiasa dan selamanya… Harith cintakan Dursina…”
TBH, inilah genre pertama aku masuk sebaik sahaja aku masuk dalam bidang penulisan kreatif ini. Dah lama tak asah, so kuranglah sikit kesweetan dia tu... Haha lol. BTW, enjoy yourself, kayh...
No comments:
Post a Comment