Budak Main Api

Budak Main Api

Jemput Masuk

Life is Allah's most valuable gifts...Live it and appreciate it...

Tuesday, February 3, 2015

Short Story (Seri)

Next cerpen drpd aku. Aku copycat sikit drpd movie The Babysitter yg Alicia Silverstone berlakon tu. So, terpulang koranglah nak judge citer ni ya.
_________________________________________________________________________________

Seri


Apa yang kita bayangkan, tak semestinya sama dengan apa yang sebenarnya terjadi…






















Seri memandang keliling rumah yang baru dibelinya untuk dijadikannya tadika. 20 tahun dahulu, rumah yang sama itulah pernah menjadi saksi kepada satu pergaduhan ngeri yang berlaku betul-betul di hadapannya. Dan tanpa disangkanya, dia merupakan punca semuanya.
Mental. Ya, kerana mental kita. Mental kita ni pengaruh terbesar kepada refleksi badan kita. Kerana apa yang kita fikirkan dalam satu-satu masa, mampu mendorong kita untuk melakukan sesuatu di luar jangka. Kerana daya mental jugalah, kita kadangkala tersilap membuat keputusan yang akhirnya menjerat diri sendiri.

Januari 1995
Seri berjalan pulang dari terminal bas menuju ke rumahnya. Biasalah lepas SPM, Seri mulai membuang masa dengan bekerja secara sambilan. Inipun pada malam itu, dia akan memulakan khidmatnya sebagai pengasuh di rumah seorang pasangan doktor dan pensyarah. Katanya, malam ini mereka ingin menghadiri majlis di rumah rakan karib mereka. Jadi, Seri diupah untuk menjaga empat orang anak mereka.
“Seri!” seru satu suara lelaki di belakangnya.
Seri menoleh. Kemudian dia mengeluh. Bekas teman lelakinya, Zaki.
“Zaki, kan aku dah cakap. Kita dah takde apa-apalah.”
“Tak. Bagi saya, kita belum lagi. Malam ni apa program you. Jom kita keluar.”
“Aku tak freelah malam ni. Aku kena jaga budak. Jaga anak orang.” Seri masih berjalan tanpa langsung memandang wajah Zaki.
“Awak tipu, kan.” Zaki masih tidak mempercayai kata-kata Seri.
“Look, Zaki. Kalau aku cakap betul ke, tipu ke, kau akan tetap cakap aku ni tipu. So it’s up to you lah, Zaki.” Seri hilang sabar. Dulu masa SPM sibuk nak mintak putus sangat. Sekarang terima sahajalah.
Zaki hanya melihat sahaja Seri berjalan sehingga Seri membelok di sebuah persimpangan.  Memang salahnya kerana memutuskan hubungan dengan gadis secantik Seri itu. Kini menyesal sendirilah.
“Alah, weh. Aku tahu kat mana si Seri tu kerja. Nanti malam aku bawakkan kau.” Seorang rakan baik Zaki, Azim namanya membuka cerita.
Zaki tersenyum memandang rakannya. Mindanya masih tidak dapat meneka apakah agenda tersembunyi Azim.

Seri mengetuk pintu rumah itu tepat jam 6.30 petang. Dia sudah berjanji akan tiba tepat pada masanya. Sepanjang dia berkhidmat dengan keluarga ini, belum pernah sekalipun Seri memungkiri janjinya. Dan harap-harap takkan pernah berlakulah.
“Kejap, Seri.”
Seri menunggu di hadapan pintu untuk lebih kurang 20 saat sebelum pintu dibuka oleh Mona, tuan rumah itu. Mona merupakan seorang wanita lingkungan pertengahan 30an yang pada pandangan Seri tidak ubah seperti seorang wanita pertengahan usia yang mempunyai saiz badan seperti buah pear.
“Masuklah, Seri.”
“Seri lambat ke, Kak Mona?” tanya Seri sambil melangkah ke dalam rumah itu.
“Eh, takdelah. Eloklah ni. Akak dengan abang pun dah nak gerak dah ni.”
Seri meletakkan begnya di atas sofa. Kemudian dia melangkah ke dapur untuk mengambil segelas air. Lima kali menjaga budak di rumah itu, Seri sudah hafal kedudukan rumah itu. Ketika itulah Seri bertembung dengan suami Mona, Marzuki.
“Hai, Seri. Awal sampai?”
“Haha. Seri dah biasa bila jaga budak, mesti kena datang awal. Abang dengan Kak Mona nak gerak pukul berapa?”
“Pukul tujuh kami pergilah.”
Tiga orang anak Mona berlari menuruni tangga. Seri kenal mereka bertiga. Mukhriz, Marissa dan yang bongsu, Marina.
“Kak Seri.” Si sulung Mukhriz terus memeluk Seri. Punyalah sayang dengan babysitter kesayangannya.
Ketika Marzuki dan Mona meninggalkan rumah, minda Marzuki masih kepada Seri. Kecantikan Seri itu sama seperti namanya juga. Mental Marzuki kini hanyalah mempunyai nama pengasuh anak-anaknya, Seri.

9.00 malam
“Kau pasti ke, Zim? Macam takde orang je?” Zaki ragu-ragu dengan informasi yang diberikan Azim.
“Dah sah-sah tuan rumah ni takde. Tingggal si Seri dengan budak-budak tu je. Memanglah macam takde orang. Bodohlah kau ni.”
Seri yang ketika itu sedang melayan Mukhriz membuat kerja sekolah perasan akan suara orang bercakap-cakap di luar tingkap. Dia meletakkan Marina yang ketika itu sedang tidur di atas ribaannya ke tepi. Kemudian dia melangkah ke tingkap.
“Zaki.”
“AAARRRGGGHHH!!!” Kedua-dua pemuda itu terperanjat.
“Zaki, Azim, apa korang buat kat sini?”
“Zaki, aku lepaskan kau kat sini.”
Azim meninggalkan tempat tersebut. Membiarkan Zaki dan Seri menyelesaikan masalah ‘rumahtangga’ mereka.
“So, you’re babysitting?”
“As you see, Zaki. Kenapa kau datang?”
“Just nak make sure.” Zaki tersengih.
“Pergilah balik.” Seri menutup tingkap itu dengan kasar. Dan Zaki kembali ke keretanya semula.

8.35 malam.
“Anak-anak you tinggal dengan siapa, Zuki?” tanya tuan rumah pengerusi majlis, Dato’ Sufyan.
“Oh, dia tinggal dengan Seri. Cantik pengasuh anak-anak I tu, Sufyan. You patut tengok, Sufyan.”
“Tak jealous ke si Mona tu, Zuki?”
Marzuki melihat keliling sebelum mula berkata, “Alah, si Mona tu. Kalau dia nak cemburu pun apa yang dia boleh buat?”
Kedua-dua mereka meletus tawa. Di satu sudut, Mona sedang berbual dengan isteri Dato’ Sufyan, Datin Salina.
“Kenapa you nampak macam tak happy je, Mona?”
“I risau kat Seri tulah.”
“Who’s Seri?”
“My kids babysitter. Budak tu budak muda. I risaulah, Salina.”
“Apa yang you nak risaukan? Kira okeylah anak-anak you ada orang yang nak tengok. Kalau takde tu yalah jugak. Ke you takut dia ambik Zuki daripada you?”
Mona tak tahu sama ada dia ingin mengiyakan statement Datin Salina ataupun tidak. Nak kata ya, mungkin jugaklah kut.
“Jangan fikirkan sangatlah apa yang I cakap tu, Mona. I gurau aje.”

10.15 malam.
Selepas menidurkan semua budak-budak itu, Seri masuk ke dalam bilik air. Niatnya ingin mandi di dalam tab mandi. Maklumlah rumah sendiri tiada kemudahan seperti itu. Jadi masa macam nilah nak merasa.
Pintu bilik terkuak sedikit ketika Seri baru memejam mata untuk relaks dengan keadaan air yang berbuih dan suam. Seri tidak menyedari akan itu. Dia berasa cukup nikmat apabila aroma lavender daripada buih itu masuk ke rongga baunya.
Dua tapak kaki kecil perlahan masuk ke dalam bilik air itu. Pemiliknya sekadar berdiri memandang Seri yang sedang menikmati kenikmatan berendam di dalam tab mandi.
“Kak…”
“Aaarrggghhh!!!” Seri terperanjat serta lekas menutup badan telanjangnya yang masih dilitupi buih sabun itu. “Mukhriz! Kenapa tak ketuk pintu dulu?”
“Kenapa akak mandi dekat sini?”
Seri tidak menjawab. Dia terpaksa mengakui kesalahannya yang satu ini. Sepatutnya sebagai pekerja, dia tidak boleh sewenang-wenangnya mandi di rumah majikannya.
“Boleh akak mandikan Mukhriz sekali?”
Seri tiada pilihan. Lantaklah budak darjah empat je pun. “Boleh. Bukak baju tu. Masuk sekali dalam ni.”
Mukhriz menurut perintah Seri. Budak kecil, apa sangat yang diketahuinya sangat tentang maksud malu. Lagipun Seri pun rasanya taklah bernafsu sangat dengan budak 10 tahun tu.
“Dah, Mukhriz bangun, tukar baju, keluar dulu. Kak Seri malu nak keluar kalau Mukhriz ada kat dalam ni.”
Mukhriz sekali lagi menurut perintah Seri. Dia memakai bajunya dan keluar daripada bilik mandi itu. Kemudian, barulah Seri turut keluar daripada tab mandi itu.

11.15 malam
“Aku tak kira, Azim. Aku nak masuk jugak dalam rumah tu. Aku nak cakap dengan Seri sendiri. Face to face.”
“Dah tu pergi jelah.”
“Ikut aku.”
Azim sekadar menurut permintaan Zaki itu. Loceng rumah itu ditekan beberapa kali. Tapi tiada jawapan. Zaki dan begitu juga Azim sudah risau bukan kepalang. 20 saat setelah kerisauan menyerang, barulah Seri membuka pintu.
“Zaki, Azim, kan aku dah suruh korang berdua balik? Baliklah.”
“Seri, we need to talk.”
Seri memeluk tubuh. “Nak cakap apa lagi?”
“Seri, kut ye pun ajaklah kami berdua ni masuk. Takkan nak biarkan kami berdua ni terpacak depan pintu ni je.”
Seri kemudian mempelawa kedua-dua anak muda itu masuk. Tanpa menyedari yang dia akan membuat satu keputusan maha salah pernah dilakukannya.
“Seri, saya sayangkan awak lagi tau.”
“Tapi aku tak lagi, Zaki. Kau yang cakap yang kau dah tak sayangkan kau lagi. Sekarang kau nak cakap yang kau sayangkan kau lagi. Kau nak jilat ludah kau balik,” bengkeng Seri sambil memeluk tubuhnya lagi. Azim pula duduk di atas sofa dan melihat sahaja drama di hadapannya.
“Kita boleh baiki balik, Seri.”
“There’s no more to be fix, Zaki.
“Saya tahu yang awak masih cintakan saya, Seri.”
“Korang boleh stop tak?” Tiba-tiba, Azim mencelah. Zaki dan Seri masing-masing membisu sejenak. “Bro, kau dah kena tipu. Minah ni tak pernah sayangkan kau pun selama ni. Dia sayangkan aku.”
Apa si Azim ni merepek, bisik hati Seri. Zaki sudah memandang garang ke arahnya.
“Betul ke, Seri?!”
Seri pantas menggeleng. Ketika itu jugalah, Seri melihat yang Azim sudah mengangkat payung separas bahunya di belakang Zaki.
Seri langsung tidak terfikir.
12.05 pagi
“You nak pergi mana tu, Zuki?” tegur Mona ketika melihat suaminya bergegas ingin meninggalkan rumah Dato’ Sufyan dan Datin Salina.
“I nak tengok Seri kat rumah tu. Entah apa jadi kat dia.”
“You, dia okey jelah. You risau sangat ni kenapa?” Mona mulai hairan. Sedari mereka meninggalkan rumah tadi, dia melihat Marzuki bagaikan cacing kepanasan.
“Ah, you diamlah.”
“I ikut.” Kerana dasar kasih seorang isteri, Mona mengikut suaminya. Sebenarnya taklah kasih sangat, dia lebih risau sekiranya suami ingin bersenggama dengan Seri itu nanti.
Tanpa mengucapkan apa-apa kepada Dato’ Sufyan dan Datin Salina, Marzuki membawa Mona pulang ke rumah. Di dalam kereta, sepatah ayat tidak keluar daripada mulut mereka.
“Apa tujuan you nak balik ni sebenarnya, Zuki?”
“You diamlah, Mona.”
“Sebenarnya you nak mengurat budak Seri tu kan. I tahulah, Zuki. Memang I dah fikir macamtu daripada tadi. You ni memang celaka.”
Marzuki tidak peduli apa yang dikatakan. Yang pasti balik nanti, dia akan membunuh Mona dan … dengan Seri walau apa yang akan terjadi. Tapi…

“Azim! Apa yang kau buat ni?” Seri menjerit semahu-mahunya tatkala melihat Zaki terjatuh selepas kepalanya ditetak dengan payung oleh Azim.
Melihat kepada keadaan Zaki yang lemah itu, Azim mula mengambil kesempatan. Dia menolak Seri ke atas sofa dan mulai baring di atas badan gadis itu. Tali pinggangnya mulai dibuka ikatannya. Seri sudah menangis dan merintih.
Ketika itu jugalah, Azim seperti diangkat oleh seseorang dan badannya dihempaskan ke atas meja kopi kaca. Pecah berderai meja itu. Seri bingkas lalu segera menuju ke telefon sambil menyaksikan persembahan ‘wrestling’ daripada dua orang pemuda itu.
Rupa-rupanya, Mukhriz yang terdengar bunyi tetakan itu sudah turun ke bawah dan menyaksikan pergaduhan itu. Dan Seri menjumpainya sedang menelefon pihak polis di dapur.
“Mana kau nak lari, Seri?!”
Pantas Seri menyuruh Mukhriz naik semula ke tingkat atas sementara dia berlari semula ke ruang depan. Dia melihat Zaki sudah hilang kudrat. Seri mengambil risiko dengan segera berlari ke pintu utama.
Azim mengejar. Zaki (yang sudah nyawa-nyawa ikan) juga cuba mengerah semua tenaganya untuk mengejar Seri dan Azim.
Seri berlari ke tengah jalan. Menyaksikan cahaya yang datang dari sebuah kenderaan di hadapannya, dia segera berlari ke seberang jalan. Azim yang tidak perasan, langsung dilanggar oleh kereta itu. Dan kereta itu adalah pemilik majikannya, Marzuki. Azim menemui takdir bernama ajal di situ.
Polis datang 15 minit kemudian. Begitu juga dengan ibu bapa Azim. Nasib baik, mereka tidak ingin memperbesarkan kes itu. Ketika Seri hendak dibawa ke balai polis, Zaki menahan.
“Seri,…”
“Cukup, Zaki. Aku tak nak dengar apa-apa malam ini. Mungkin bukan untuk sekarang.”
Seri dibawa ke balai polis.

2015
Hari itu adalah hari pertama Taska Seri Ceria dibuka. Seri lega yang proses perasmian itu berjalan dengan lancar. Tapi ketika itu jugalah, dia melihat seseorang yang sangat dikenalinya.
“Seri, I can explain this.” Lelaki itu menegurnya ketika Seri sendirian di satu sudut.
“It’s okay, Zaki. Bos saya pun dipenjara masa tu sebab memandu berbahaya. Dan saya trauma untuk sepuluh tahun. Saya akan jadi professional pada anak awak, jangan risau. Cuma…”
“Cuma…”
“Cuma apa, Seri?”
“I’m just curious, what were all of you thinking?”
Seri berjalan meninggalkan Zaki tertanya-tanya. Biarlah, semua itu kekal dalam memori mereka.

Kadang-kadang, apa yang kita fikirkan tak sama dengan apa yang sebenarnya terjadi…

No comments:

Post a Comment