Syerah
Sekali cintaku dikorbankan, takkan ku biarkan ianya lepas begitu
saja…
Daniel Darwisy
Natasha merenung skrin laptopnya dalam-dalam. Kertas-kertas yang
mengandungi maklumat tentang banglo berpuaka itu dipandangnya lagi. Tidak
habis-habis tentang banglo berpuaka itu.
Natasha tidak takut hantu. Sebab itulah dia sanggup berkerja sebagai
wartawan untuk Majalah Seram. Dan banglo berpuaka itulah bahan artikelnya untuk
keluaran kali ini. Sampai dia sanggup membuat keputusan untuk menyewa di situ.
Tetapi, tuan rumah itu berniat untuk menukarkan namanya kepada Natasha
secara kekal. Dan Natasha tidak perlu membayar waima sesen pun. Ini kerana
pemilik rumah itu sendiri tidak sanggup menjaga rumah itu lagi.
“Akak sure nak pindah banglo tu? Kan banglo tu berhantu. Akak berani?”
Nadira, adik Natasha meminta kepastian daripada kakaknya.
“Kenapa? Nak ikut?”
Nadira tidak terus menjawab. Seperti kakaknya, dia juga seorang penulis.
Dia merupakan penulis novel misteri yang biasanya karyanya best-seller. Jadi
mungkin dia akan mendapat ilham. Siapa tahu?
“Boleh jugak. Boleh teman akak kan?”
Natasha sekadar menurut. Elok juga.
Sekurang-kurangnya dia ada teman bercakap. Bosan juga kalau tinggal seorang
diri di banglo besar itu nanti.
Di dalam kereta, dalam perjalanan ke banglo itu, Natasha dan Nadira mula
berbual-bual.
“Define this bungalow.”
“Banglo ni dibina pada tahun 1923 dan siap pada tahun 1925 kalau tak
silap. Means dah 90 tahun umur banglo ini. Pemilik banglo ni namanya Tuan
George Hampton dan isteri dia namanya Emmeline Hampton. Dorang ada tiga orang
anak. Linda, Mary Rose dengan yang bongsu, Sarah. Tak silap ada seorang lelaki,
Thomas tapi dia tak ikut datang Malaysia.”
“Sampai tahun bila dorang duduk sini?”
“Oh, dorang duduk sini sampai tahun 1954 kalau tak silap. Lepas tu anak
dorang Sarah tu duduk sini. Sebab dia tak nak pindah ikut ayah dia balik UK.
Dia kahwin dan beranak-pinak kat banglo tu. Tapi entah macam mana tahun 1959
macam tu, dorang tiba-tiba hilang.”
“Kenapa dorang hilang?”
“Entah. Takde siapa tahu. Dorang just jumpa anak bongsu Sarah, Miranda
yang masa tu baru setahun umurnya. Apa je yang budak tu tahu?...”
“Kejap. Berapa orang anak si Sarah tu?”
Natasha jeda seketika. Cuba mengingat sebarang fakta. “Dua je. Margaret
dengan Miranda.”
Nadira senyap kembali. Malas hendak bertanya dengan lebih detail tentang
rumah itu. Soalan terakhirnya…
“Berapa umur Sarah tu?”
“Kau kiralah. Dia lahir tahun 1926 dekat dalam rumah tu.”
Nadira mencebik bibir. So what kalau lahir kat dalam rumah tu? Takde
apa-apa faedah pun rasanya.
Mereka berdua kemudian senyap sahaja sehinggalah tiba di perkarangan
banglo itu. Banglo itu mempunyai rekaan Inggeris yang sangat ketara pada seni
bina dan bentuknya. Mempunyai sebuah halaman yang luas dan kolam renang. Cuma
kolam renangnya itu sudah kering dan berlumut.
Menunggu mereka adalah seorang wanita dan budak perempuan belasan tahun
yang pada hemat Natasha dan Nadira adalah anak wanita itu. Wanita itu katanya
merupakan anak kepada pemilik rumah banglo besar itu.
“Assalamualaikum, Puan Aishah ke ni?” Natasha menghulurkan salam sebaik
turun daripada kereta.
“Ya, saya Aishah. Ini anak perempuan saya, Aina.”
Mereka berempat saling bersalaman. Pada pandangan Natasha, Aishah berusia
lingkungan pertengahan 30an dan Aina masih berada di sekolah menengah. Seusai
perkenalan, Aishah membawa Natasha dan Nadira masuk ke dalam banglo besar itu.
“Penghuni terakhir banglo ni keluar sepuluh tahun dahulu. Sejak daripada
itu, Nyonya Amira, mak saya buat keputusan untuk jual rumah ni. Tapi kerana Internetlah
tiada siapa yang nak beli banglo berhantu ni. Entah, selama saya jaga banglo
ni, tak pernah pulak dengar apa-apa. Tapi dah mak saya nak jual, saya jualkan
jelah.”
Natasha dan Nadira hanya mengangguk. Mereka terfikir juga, kenapa mereka
sahaja yang tidak mahu tinggal di situ kalau betul banglo itu tidak berhantu
seperti dakwaan orang.
“Kak, mana anak bongsu Sarah Hampton tu?” Tanpa rasa bersalah, Nadira
membangkitkan persoalan. Pantas Natasha mencubit lengan adiknya.
“Kenapa nak tahu?” Aishah seolah marah.
“Saya mintak maaf, Kak Aishah.”
Nadira menggerakkan bola matanya ke atas. Kemudian dia menggunakan kamera
DSLR miliknya dan mula merakam gambar rumah itu. Aina yang menyedari terus
mengambil kamera itu dari tangan Nadira.
“Jangan tangkap gambar or video kat ruang tamu ni. Please, kalau korang
berdua nak stay lama kat sini.”
Natasha kelihatan berminat. Tetapi Aishah memotong minatnya.
“Aina, jangan takutkan dorang. Tapi betul kata Aina, jangan. Kami tak
boleh beritahu.”
Tetapi malam itu, dia datang juga.
Malam itu, Nadira tiba-tiba berasa sangat dahaga. Dia turun ke dapur
seorang diri. Melintas di ruang tamu, darahnya seriau sekejap melihat potret
mendiang Sarah Hampton tersenyum memandangnya. Mujurlah potret.
Ketika dia memasuki dapur, Nadira terlihat kelibat seorang budak kecil
berlari-lari di tingkap di luar rumah. Tapi Nadira biarkan sahaja. Rumah buruk
lama begini, memang banyak penumpangnya.
“The French are glad to die for love… They delight in fighting duels…”
Tersembur air yang dihirup Nadira ketika lagu Marilyn Monroe itu lantang
berbunyi seisi banglo itu. Cepat dia berlari ke ruang tamu. Dia melihat kamera
DSLR miliknya pecah berderai di atas meja kopi. Bila pula dia bawa kamera itu
turun ke bawah.
Spontan itu jugalah lagu Marilyn Monroe itu bertukar dengan lagu Sway
daripada Dean Martin. Kemudian bertukar ke lagu Doris Day iaitu Que Sera Sera.
Semuanya lagu lama. Dan ianya datang daripada sebuah radio lama di atas almari.
Nadira cuba mematikan radio itu tetapi tidak berjaya. Bagaikan radio itu
‘hidup’. Akhirnya Nadira bertindak berlari naik ke dalam biliknya. Ketika
hampir sampai di puncak tangga, jelas di mata Nadira seorang budak perempuan.
Budak perempuan itu sedang memegang teddy bear berwarna pink. Dia pula
memakai gaun beropol berwarna putih dan terdapat tompokan darah di perutnya.
Nadira terjatuh dari tangga kerana terlampau terkejut.
Budak itu berjalan menghampirinya. Nadira tidak boleh bangun. Kemudian,
semuanya gelap. Ayat terakhir yang didengarinya…
“I’m bored. Can play with me?”
“Tulah. Kakak dah kata. Pergi cabar sangat benda tu siapa suruh. Ni dah
demam, menyusahkan aku,” bebel Natasha tanpa henti. Daripada dia menjumpai
adiknya pengsan di tingkat bawah, mulutnya tak henti-henti membebel.
“Betul, kak. Nadira nampak dengan mata kepala Nadira sendiri. Betullah
banglo ni memang berhantu, kak. Kita pindah, kak?”
“Kepala hotak kau! 20 ribu duit aku habis beli banglo ni tau tak. Suka
hati kau je nak pindah. Nak pindah, pindah seorang. Call teksi, uruskan
sendiri.”
Nadira memuncungkan bibir. Tak kena bolehlah sembang kencang. Cuba sekali
dah kena kacau dengan benda tu. Nanti lagi teruk dari aku agaknya.
“Akak nak keluar pergi pasar ni. Tunggu rumah…”
“Nak ikut?!”
Natasha akur akhirnya.
Di pasar, semua orang memandang mereka dengan pelik. Yalah, pindah kat
banglo berhantu macam tu, memang cepatlah orang kenal. Sehinggakan ada yang
terlebih prihatin beria-ia menasihatkan mereka.
“Jaga-jaga kat banglo Orang Putih tu. Syerah tu masih ada kat situ.”
Persoalannya, siapa pula Syerah tu? Dan bukankah pemilik banglo itu
namanya Sarah Hampton. Banyak betul rahsia banglo ni.
Setibanya di rumah, kelihatan Aishah bersama seorang wanita pertengahan
umur di hadapan banglo itu, menunggu ketibaan mereka. Wanita tua itu cukup
cantik dan putih kulitnya.
“Natasha, Nadira, ini mak saya Nyonya Amira. Mak, nilah pembeli banglo
kita.”
Natasha dan Nadira bersalaman dengan Nyonya Amira.
“Eloklah. Akhirnya banglo ni berpenghuni. Saya nak tanya. Ada yang dah
jumpa Margaret?”
Natasha dan Nadira kehairanan. Siapa Margaret? Rasanya daripada semalam,
mereka berdua sahaja yang tinggal di dalam banglo besar itu. Tiada orang lain
rasanya.
“Mak, Shah rasa ini bukan masanya.”
Nyonya Amira hampa. “Takpelah. Tapi kalau kamu jumpa dengan Syerah,
tolong suruh dia move on. Dah tak guna dia tinggal dalam banglo ni lagi. Buang
masa dia je.”
Natasha mendapat satu klu manakala Nadira masih kebingungan.
“Takpe, Nyonya. Nanti kalau dia ada, saya
akan sampaikan.”
Malam itu, sehingga jam satu pagi, Natasha masih tidak dapat melelapkan
mata. Kerjanya di komputer cuba diselesaikan. Alang-alang tak boleh tidur
katakan. Jadi dengan cara apa lagi untuk membunuh masa.
“When I was just a little girl, I ask my mother, what will I be?...”
Jemari Natasha yang sedang menari di kekunci berhenti bergerak.
Telinganya cuba menangkap suara budak menyanyi itu. Memastikan sama ada realiti
atau halusinasi. Tapi dia pasti, suara itu memang ada.
Natasha menutup laptopnya. Dia menuju ke koridor. Dia keluar daripada
biliknya. Kemudian pintu biliknya tertutup sendiri. Dan berkunci dari dalam.
Kemudian dia melihat seorang budak perempuan bergaun putih berlari menuruni
anak tangga.
Natasha cuba mengejar. Tiba di pangkal tangga, Natasha melihat budak itu
di bawah memandang ke arahnya. Sambil tersenyum memegang anak patungnya.
“I’m bored. Wanna play with me? My parents are dead. I’m alone. I want to
play. My parents are dead. My sister is gone.”
Nafas Natasha mula naik turun tak tentu arah. Hairannya, tangan dan
kakinya tidak boleh bergerak. Matanya hanya dipejamkan. Spontan, terbau oleh
hidungnya bauan lavender yang amat wangi. Matanya perlahan dibuka.
Kini Natasha melihat terdapat seorang wanita Inggeris berdiri di belakang
budak perempuan itu. Rambut blondenya paras bahu dan memakai gaun malam
berwarna krim. Di perutnya terdapat botol arak pecah yang tertusuk di situ.
“Can you? My husband killed both of us. Pity Margaret. She don’t know
anything. Can you play with her?”
Natasha mengumpul kudrat. “No! This is my house. Both of you are dead so
please leave from this house. This is now my house.”
Secara tiba-tiba, Natasha terangkat melambung tercampak ke ruang tamu.
Potret Sarah Hampton itu memandangnya marah. Ya, gambar itu bergerak. Kemudian,
derapan kaki berbunyi jelas di belakangnya.
“You don’t know, little girl. I’ve been waiting for him for a long time.
He dumped me.”
“But that’s not the reason you can stay lived in this house…”
Lampu dan kipas berayun lembut bagai ditiup angin. Begitu juga dengan
langsir. Wanita misteri dan anaknya perlahan-lahan hilang. Natasha bingkas.
Kemudian matanya terpandang sekeping kertas nota di tepi meja kopi.
“Syerah, Zakwan tunggu dekat belakang rumah
petang nanti.”
“So, you figured it out?” Nyonya Amira bertanya.
“I don’t get it. Siapa Zakwan?”
“Mak, Shah rasa ni masa yang sesuai untuk beritahu cerita sebenar kat
Natasha.” Aishah menyampuk.
“Keep this off record, okay.”
Dan Nyonya Amira memulakan ceritanya.
amacam, saspens tak? tunggu eh nanti...
No comments:
Post a Comment