Aku Bukan Afiq!!!
Daniel Darwisy
Sekali kau memilikinya, kau tidak akan dapat lari…
Afiq menangis lagi. Dia berasa malu yang teramat kali ini. Ya, apa yang
baru sahaja berlaku ini mungkin biasa baginya tapi kali ini ianya keterlaluan.
Maruahnya digadaikan sekali lagi.
Cyberbullying. Itulah yang Afiq terima lagi kali ini. Beberapa orang
pelajar sekelasnya telah menggunakan gambarnya sebagai bahan jenaka di dalam
Internet. Tolonglah, dah takde benda lain sangat ke yang boleh hiburkan hidup
korang yang lame tu? Kenapa mesti aku?
Afiq keluar daripada tandas. Matanya masih merah tapi langsung tidak
dipedulikan. Hatinya sudah cukup tepu dengan penghinaan dan kesedihan. Dunia
ini benar-benar kejam kepada dirinya. Tiada
pembelaan langsung.
“Hoi, dah puas menangis?” Ayat itu keluar daripada mulut Arif, mulut
paling celabai laut dalam kelas Afiq.
“Alah, menangis ke?”
“Ala ucuk ucuk.”
Afiq sedikitpun tidak melawan. Dia kemudian duduk di tempat duduknya.
Memandang ke arah papan putih yang masih kosong tidak bertulis. Semua yang
diterimanya ini sudah lebih daripada kebiasaan. Malah, ruji hidupnya.
“Afiq, balaslah balik.” Nabila, pelajar sekelas Afiq cuba menyuruhnya
melawan semula. Untuk kali keberapa, masing-masing dah tak terkira.
“Malaslah, Nabila. Orang bodoh macam dorang tak cukup pandai untuk aku
lawan.”
“Tak bolehlah macam tu, Fiq. Nanti dorang naik lemaklah,” celah Sofea,
seorang lagi rakan sekelas Afiq.
“Alah, anjing kalau dah penat menyalak, berhentilah.”
Nabila baru hendak membuka mulut ketika Sofea meletakkan jarinya ke
mulutnya. Dia bukannya apa. Cuma kesian kepada Afiq. Tak habis-habis
diperlakukan tanpa memikirkan perasaannya.
“Wey, Afiq. Kau bawak balik buku pemantauan ni, balut. Esok aku nak.” Si
Fara becok datang dan menghempaskan buku pemantauan kelas mereka di atas meja
Afiq.
“Kau kan ketua kelas…”
“Aku malas. Bawak je balik. Faham?!”
Afiq mengangguk. Malas hendak melawan lagi. Bukan dia tak kenal dengan
Fara, ketua kelas tak boleh diharap tu. Fara, Arif, Aqmal, Emma dan seorang
lagi pelajar lelaki yang tidak hadir hari itu, Naim. Jahatnya mengalahkan
Firaun.
Selepas waktu persekolahan tamat, Afiq masih duduk di tempatnya. Dia
mengeluarkan sehelai kertas yang mengandungi nama-nama lima lanun tadi. Dia
merenyukkan sekuat-kuat hati kertas tersebut kemudian membukanya semula.
Tak mengapa, deritanya tak lama sahaja lagi…
Afiq meletakkan novel Dr. Jekkyl and Mr. Hyde itu di almari bukunya
semula. Kemudian dia berbaring semula di perbaringannya yakni katilnyalah.
Matanya memandang siling. Menerawang entah ke mana.
Sebagai manusia, kita mestilah mempunyai satu sifat iaitu suka melihat
sesuatu yang cantik dan kacak. Tapi lain pula dengan si Afiq ni. Dia masih
straight. Tapi, dia suka memandang mana-mana rakan lelakinya yang kacak.
Pelajar yang paling dia suka sekali tengok adalah Harith, budak kelas
sebelah. Dia tak cinta, cuma suka melihat mukanya. Yang kedua, Danish. Ini
memang dah lama dia usha. Sebelum pindah ke sekolah itu lagi. Awalannya, sepupu
yang crush tapi dah hari-hari tengok, dia pun suka tengok.
Dengan Danish, memang dia tak pernah bercakap. Entah si Danish tu sedar
ke tak kewujudan Afiq ni kat sekolah tu. Tapi dengan si Harith ni problem
sikit. Sebab Harith ni punya group selalu gelak-gelakkan Afiq bila lalu sebelah
Afiq. Haih, stres hidup bai.
Punyalah si Afiq ni kemaruk nak jadi macam Danish, gambar si Danish tu
pun disimpannya di dalam handphone. Siap buat wallpaper lagi. Haa kau! Tapi
ingat, dia tak cintakan Danish tu pun. Malah, Afiq juga ada crush.
Nabila. Tapi, disebabkan si Nabila ni girlfriend orang, Afiq melupakan
niat suci murninya itu. Memang takkan dapat pun rasanya. Sebab Nabila tu
awal-awal lagi dah anggap Afiq ni tak lebih daripada kawan.
Zahira. Senior tingkatan lima. Serius cun. Serius memikat. Serius perfect 10, kata kau. Tapi, Afiq
pernah sekali memberanikan diri bertanya kepada Zahira sama ada dia single atau
taken. Dan jawapannya adalah…
“Taken kut.”
Just accept the fact, Afiq Daniel.
Kenapa? Kenapa dunia ini begitu kejam kepadanya? Tidak pernah sekalipun
apa yang Afiq inginkan menjadi kenyataan. Tidak pernah sekalipun Afiq dapat
menuntut bela terhadap apa yang terjadi kepadanya.
Afiq bangun dan menuju ke arah cermin. Dipandang bayangnya sendiri di
cermin dengan rasa jelak yang memuncak. Rasa benci memandang wajahnya sendiri.
Ya, Afiq Daniel tiada apa yang ingin dibanggakan. Dia ingin menjadi seseorang
yang lain. Bukan lagi dirinya.
Prang!
Pecah cermin itu ditumbuk. Jarinya dipandang. Berdarah dan mengalir
pekat. Tidak tahu dari mana kudratnya datang lalu memecahkan cermin itu sekuat
hati. Malah, langsung tidak sakit.
Dr. Jekkyl and Mr. Hyde.
Bruce Wayne.
Nina Sayers.
Nama-nama itu melintas di kepala Afiq. Nama-nama tersebut masing-masing
mempunyai pendua. Menjadikan mereka mempunyai dua watak tetapi masih orang yang
sama. Sama seperti dua orang yang berkongsi satu badan yang sama.
Afiq menjilat kering darah di tangannya. Dia sudah menjadi ‘Afiq’ yang
lain. Menyedari akan itu, dia mula memikirkan nama-nama yang sesuai. Apa yang
pasti, nama Daniel masih akan diletakkan. Ya…
Adi Daniel.
Afiq tidak sedar dan mungkin tidak tahu. Dia
kini menempah ajalnya sendiri. Adi Daniellah yang bakal menjadi Izrailnya. Atau
mungkin dia sememangnya sudah mati. Dia sendiri yang tidak tahu.
Afiq aka Adi tiba awal ke sekolah hari itu. Ketika dia tiba, Fara sudah
pun tiba walaupun dia tiada di dalam kelas. Afiq aka Adi tahu kerana beg
sekolah Fara sudah ada di situ. Lalu Afiq memulakan rancangannya.
Adi memandang sekeliling memastikan line clear. Setelah pasti bahawa
tiada sesiapa berada berhampiran, Adi mengeluarkan botol asid pekat dari dalam
begnya. Botol air hijau Farah dikosongkan. Adi melakukannya dengan menggunakan
sarung tangan untuk memastikan tiada cap jari yang ditinggalkan.
Adi mengisi penuh botol air Fara tadi dengan asid pekat yang dibawanya
tadi. Oh ya, dari mana si Adi ni dapat asid tu? Well, lab sekolah tu taklah
susah sangat nak sneak in.
Semasa perhimpunan bersurai, Farah menumbuk belakang Afiq.
“Kau dah balut buku pemantauan tu?!”
Afiq mengangguk.
“Bagus. Lagi satu. Pergi hantar register ni kat cikgu.”
Afiq menurut. Tidak lama sahaja lagi dia harus menurut perintah si Fara
ni.
Si Emma sekadar ketawa melihat Afiq dibuli Fara. Agaknya takde bahan lagi
kut nak kenakan Fara ni.
Selepas memberikan kedatangan kepada guru kelas, Afiq kembali ke kelas.
Sebelum duduk, dia memastikan tempat duduknya bersih dari gam, kapur dan
seumpamanya. Selepas pasti bersih barulah dia duduk.
Ketika itu, Fara, Emma dan beberapa orang pelajar lain dengan hilai tawa
mereka.
“Macam tulah, Afiq. Good dog.”
Good dog, ya. Memang patut mulut kau kena basuh.
“Girls, aku dahagalah. Minum eh.”
Afiq memandang dengan ekor mata. Fara membuka botol airnya. Masih tiada
tanda-tanda atau mengesan apa-apa. Ketika bibirnya tiba di botol juga, masih
tiada apa-apa. Tapi, sebaik sahaja air@asid itu masuk ke dalam mulutnya…
“AAARRRGGGHHH!!!”
Semua pelajar kelas mereka berdiri dan tergamam. Melihat Fara yang masih
berjerit. Mulutnya memuntahkan darah. Botol di genggaman pecah kerana jatuh di
atas lantai. Berasap permukaan lantai. Mulut Fara masih basah dengan darah.
Fara memegang dadanya sendiri dengan matanya ke atas. Tiga saat sebelum dia
jatuh dan pipi putihnya jatuh ke atas asid tadi. Lalu terhakislah kulit
wajahnya.
Afiq tersenyum puas. Serentak itu juga,
semua lampu dan kipas di blok mereka terpasang dengan sendirinya.
Selepas tiga hari ditahan di ICU, Fara meninggal dunia. Ini kerana
sebahagian daripada organ dalaman telah terhakis oleh asid tersebut. Keluarga
Fara bertindak dengan menyuruh pihak polis dan sekolah menutup kes tersebut
lantaran tidak mahu ianya berpanjangan.
Afiq semakin seronok menjadi Adi. Penampilannya juga semakin kacak. Tapi,
memang ada sahaja yang tidak menyenanginya.
“Fikir handsomelah sial macam tu.” Ayat itu terpacul keluar daripada
mulut Aqmal. Macam tak sedar yang dia juga hitam legam kalah bontot kuali.
Adi hanya menggaris senyuman licik. Dan itu disedari oleh Nabila. Ketika
berjalan pulang, Nabila menegur Afiq tetapi Adi mengawalnya.
“Afiq, we need to talk.”
Adi berhenti berjalan.
“Kau nampak lain sekarang. Macam bukan Afiq yang dulu.”
Adi tergelak. Memang bukan, Nabila. Ini Adi, bukan Afiq.
“Aku nak yang dulu. Bukan sekarang.”
Pintu tandas berhampiran tertutup dengan sendirinya sekuat hati. Tong
sampah juga terbalik dengan sendirinya. Malah lampu koridor itu juga pecah
dengan sendirinya.
“Afiq…”
Adi tidak menjawab. Dia sebaliknya terus berjalan berlalu dari situ.
Secara tiba-tiba, pasu-pasu bunga bergerak sendirinya. Bergolek-golek jatuh di
tengah koridor.
Nabila berlari meninggalkan tempat tersebut.
Hari kemudiannya berlalu dengan mulut orang yang asyik bercerita tentang
kematian Fara. Kiri kanan depan belakang, pasti akan ada manusia yang asyik
berbicara atau membincangkan tentang kematian Fara. Afiq pula sekadar bereaksi
biasa. Bagaikan tidak bersalah.
Anjing-anjing masih menyalak. Emma masih tidak sedar dengan kematian
rakannya. Tiga nokharom jantan itu pun masih rancak membuli. Memang tak pernah
nak ambil iktibar akan kematian Fara.
Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang berubah. Nabila sudah kurang
bercakap dengan Afiq. Agak janggal dan pelik situasi ini. Biasanya, gadis
itulah yang akan membelanya ketika dia dibahan Arif, dipeluk Naim dan dikutuk
Aqmal. Tapi kini Sofea yang mengambil alih tugasannya itu.
“Afiq, kenapa kau dah macam tak rapat dengan Nabila?” Sofea bertanya juga
akhirnya.
Afiq memandang kepada Nabila yang sedang duduk di tempatnya. “Entah. Aku
okey je.”
“Tapi sejujurnya, kau memang dah lain aku tengok. Tak macam yang dulu.”
“Diamlah!!!” Adi menjerit. Afiq dan Adi bertukar watak.
Sofea bangun dan berlari anak ke tempat duduknya. Suasana bagaikan
dilanggar garuda. Hening dan sunyi. Guruh di luar mula berdentum. Angin mula
bertiup kencang.
“Fuiyoh, abang besar sudah datang. Wa ingat lu tak berani.” Arif
memulakan projek menyakatnya.
Adi memandang dengan pandangan tajam. Ketika itu jugalah di padang,
seketul batu besar jatuh dari langit dan diikuti dengan batu-batu lain dari
langit. Suasana menjadi agak kecoh.
Semua orang menyorok di bawah meja ataupun menyelamatkan diri ke tempat
yang selamat. Arif bagaimanapun, membuat keputusan kurang bijak melarikan diri
ke luar kelas. Dia berlari menuju ke bilik stor yang terletak di belakang blok
mereka.
Adi hanya memandang sahaja bilik stor yang berukuran 3x3 meter itu.
Ketika itu jugalah, satu batu besar dari langit menghentam kuat bilik stor kayu
itu. Kedengaran kuat jeritan Arif di dalamnya. Semua yang melihat, ada yang
pengsan, muntah, menjerit juga dan ada yang terbeliak matanya.
Arif. Mati dihentam batu misteri dari langit.
Setelah itu, keadaan kembali reda. Peliknya lagi, hanya di kawasan
sekolah itu sahaja batu misteri itu datang menghentam.
Adi menggaris nama Arif dari kertas dendamnya. Dia langsung tidak
menyangka, dengan menjadi Adi, dendam kesumatnya terhadap pembulinya dapat
direalisasikan dengan sangat pantas. Bagaikan mimpi yang jadi kenyataan.
Di rumah, Adi cuba mencari lagi kuasanya yang boleh diaplikasikan. Kini,
dia sudah menghidupkan api dengan mindanya. Kemudian dia boleh mengawal aliran
voltan elektrik. Dan paling baru, dia boleh mengawal angin.
“Bakar kau majalah.”
Spontan api menjulang menjilat majalah yang dimaksudkan Adi tadi. Ya,
Afiq sudah sepenuhnya menjadi Adi. Tiada apa lagi yang boleh menghalangnya
termasuklah dirinya sendiri.
“Pecah kau tingkap.”
Spontan tingkap itu pecah
berderai. Ketika itu jugalah pintu bilik Afiq diketuk.
“Afiq…” Puan Arinah menegur di muka pintu. “Jom makan.”
Afiq menurut. Ketika makan, Afiq perasan yang kakaknya, Afiara
memandangnya atas bawah. Seperti sedang melihat orang asing yang turut makan
bersama mereka.
“Apahal akak pandang semacam je?” Afiq akhirnya bertanya.
“Sejak bila kau sado semacam je akak tengok? Macam bukan Afiq yang akak
tengok dulu.”
“Ha’ah Fiq. Mama pun rasa macam tu jugak.” Puan Arinah turut menyokong
pendapat Afiara.
“Mana ada. Pandailah mama dengan kakak.”
“Nak berubah tu boleh. Tapi jangan sampai hilang identiti kau yang
sebenar.”
Adi mengukir senyuman licik. Airnya dipandang tajam. Spontan buih-buih
naik ke permukaan cawan. Air milo yang sudah suam itu kembali panas. Berasap
semula menyebarkan aroma.
Tapi Adi minum selamba sahaja. Bagaikan air
itu air milo yang berada pada suhu bilik. Afiq sudah 70% menjadi Adi.
Aqmal terikat di atas katilnya. Kedua-dua belah tangannya diikat di tiang
katil. Kakinya tidak boleh bergerak. Di dinding depannya terpapar imej di dalam
rumahnya oleh sebuah projektor yang dipasang. Imej itu menunjukkan keadaan
setiap ahli keluarganya yang dibunuh secara sadis.
Ayahnya mati di dalam kereta. Dengan paip yang dihubungkan daripada ekzos
ke mulut. Tanpa penapis. Ibunya ditemui di dapur. Bersama kakaknya. Mati dengan
garpu ditikam di atas badan. Adik-adiknya digulung di dalam selimut
bersama-sama. Melihat di dalam video itu, mereka sudah tidak bergerak.
Pintu bilik dikuak. Seorang lelaki masuk dengan memegang gandin besi.
Samar-samar sahaja pada pandangan Aqmal. Masuk dalam lagi, barulah Aqmal nampak
dengan jelas.
“Afiq…”
“Afiq who? Aku Adilah.”
“Lepaskanlah aku, sial. Apa yang kau dah buat?”
“Mintak nak lepaskan diri macam tu. Noobshit sungguh kau ni, Aqmal. Well,
kau kenal apa benda kat tangan aku ni?”
Gandin besi. Apa yang Afiq nak buat ni?
“Kejap eh.” Adi mengambil sesuatu di bawah katil Aqmal. Sebuah bongkah
kayu dibawa keluar. Diletakkan di antara kedua-dua kaki Aqmal. “Are you ready,
bitch?”
Shit! Apa benda ni? “Afiq, please jangan. Aku mintak maaf, Fiq. Aku
merayu.”
“Huh, yelah tu.” Adi menghentam kuat kaki kanan Aqmal. Aqmal menjerit dan
meraung kesakitan. “Baru sikit tu, bang.”
“Afiq, please…” Air mata berjuraian dari tubir mata Aqmal.
“Jap eh.” Kaki kiri Aqmal pula dihentamnya kuat dengan gandin besi itu.
Diulanginya lagi berulangkali ke kedua-dua belah kaki remaja itu. Sehingga
kelihatan tulang kering Aqmal sudah tidak berada dalam keadaan lurus. “Sakit?”
Aqmal tahu yang menjawab hanya akan menerukkan keadaan. Jadi dia hanya
mendiamkan mulutnya sambil merelakan apa yang akan terjadi.
“Senyap ya?” Adi memprovok. Kemudian dia keluar daripada bilik itu. Tidak
lama selepas itu, dia masuk membawa cangkul dan gam kuat. Aqmal sudah menangis
mendayu-dayu.
“Takut ke, bang?”
“Tolong, Fiq, or Adi, atau apa-apa je nama kau. Lepaskan aku. Cukuplah
ni.”
Adi mencemik muka. Sorry, bitch. No forgiveness.
“Kau dah seksa aku lama tau. Apa salahnya aku seksa kau untuk kali ni je?
Aku janji just untuk kali ni. Sebab lepas ni memang kau akan mati.”
Aqmal memejamkan matanya. Dia tahu, bergerak sudah tidak akan mampu
menolongnya daripada kegilaan Afiq@Adi. Ini semua adalah bayaran yang harus dia
berikan.
Adi meletakkan hujung cangkul ke leher Aqmal. Betul-betul di halkum.
Kemudian dia meletakkan semula ke lantai. Aqmal terkejut dan agak lega.
“Aku lupa…” Adi membuka botol gam tadi dan meletakkannya ke atas jarinya.
Disapunya ke bibir Aqmal dan disatukan kedua-dua lapis bibir itu. Dipegangnya
seketika sebelum dia menarik semula. “Now we can start.”
Air mata jantan Aqmal jatuh menuruni pipi juga akhirnya. Mulutnya digam
serapat-rapatnya. Hujung tajam cangkul sudah mengenai lehernya. Adi mengangkat
kakinya dan diletakkan di pangkal mata cangkul. Diangkat sedikit, dan sekuat
hati dia menendang pangkal mata itu.
Shrap! Memercik darah keluar dari leher
Aqmal. Adi menjilat darah yang mengenai tangannya. Dia menukar pakaian dan
membasuh badannya di bilik mandi. Kemudian, dia berlalu dari rumah itu bagaikan
tiada apa yang berlaku.
Kecoh juga semua orang apabila Aqmal dan keluarganya ditemui dalam
keadaan yang sadis. Masuk surat khabar lagi. Tapi Afiq rileks sahaja. Bagaikan
tiada apa-apa yang berlaku. Yalah, sebab yang bunuh tu Adi.
“Okey, jadi perhimpunan hari ini kita adakan di dewan untuk meraikan
majlis penyampaian hadiah sekaligus.”
Dan sepanjang-panjang waktu kokurikulum itu diadakan majlis penyampaian
hadiah. Kemudian diadakan beberapa acara di dalamnya. Mereka tidak sedar itulah
majlis terakhir akan diadakan.
Yang tinggal kini hanya pelajar. Guru-guru semua akan menghadiri
mesyuarat di bilik persidangan.
Tiba-tiba, semua lampu di dalam dewan ditutup. Afiq masih duduk relaks.
Bukan kerjanya. Rupanya ada tayangan video. Dia silap. Satu persatu gambar Afiq
yang selama ini menjadi bahan tawa dipertontonkan di projektor. Slaid putih itu
kemudian menjadi bahan tawa pelajar.
Afiq mencari siapakah dalang semua ini. Rupanya Naim. Turut ditayangkan
gambar diari Afiq yang mempunyai nama pelajar lelaki yang dia usha selama ini.
Alangkah malunya Afiq ketika itu.
Kemudian, suasana dewan tiba-tiba berbahang. Pendingin hawa bagaikan
hilang kuasanya. Semua pelajar mula berlari mengejar pintu. Terlambat. Pintu
sudah terkunci. Entah macam mana ianya berlaku.
Dari tengah dewan, satu bola api tiba-tiba muncul dan menuju ke slaid
putih itu. Berlubang. Tapi apinya masih ada. Satu lagi bola api muncul dari
tengah dewan dan menuju ke pentas. Semua pelajar mula lari bertempiaran.
Alat pemadam api di siling pula tiba-tiba memercikkan air. Menjadikan
pelajar-pelajar ada yang terjatuh dan dipijak. Mereka ini termasuklah Sofea
yang dilanggar dan dipijak. Kepalanya pecah akibat hentakan yang kuat.
Naim mula turun ke bawah pentas. Kemudian dia melihat Adi tiba-tiba di
hadapannya. Baru sahaja dia hendak berlari ke arahnya, Adi hilang lagi. Dia
muncul pula di atas pentas.
Adi mengangkat kain langsir yang sudah terbakar menggunakan kuasanya.
Kemudian dia mencampakkan kain itu ke arah Naim. Naim cuba berlari tetapi tersungkur kerana lantai yang
dipijak tiba-tiba menjadi terlalu licin. Kain itu jatuh betul-betul ke atas badannya. Membakar
badannya.
Adi mencari Emma. Dilihatnya Emma sedang bersesak-sesak merempuh yang
lain di pintu. Menggunakan kuasanya, Emma ditariknya ke belakang. Dia melihat
Emma memandang ke arahnya. Kemudian Emma berlari ke arah pintu lagi satu. Adi
mengalihkan semua yang turut merempuh pintu itu. Kemudian dia menolak Emma
merempuh pintu itu dengan kuat. Muka Emma hancur.
Adi menggunakan kuasanya mengangkat badannya ke atas. Dia memutuskan
semua wayar elektrik dan menjatuhkannya ke lantai yang berair. Semua yang
memijak kawasan yang berair mula tergelejat dan jatuh menyembah bumi.
Dewan terbakar. Pelajar-pelajar seorang demi
seorang mati. Adi tiba-tiba hilang.
Polis menyiasat kawasan kejadian. Kes tersebut menjadi sebutan dalam masa
yang sangat singkat. Kehilangan Afiq juga menjadi salah satu faktor kes ini
menjadi viral dalam masa yang pantas. Well, Malaysians.
“Anak saya bukan pembunuh.”
“Adik saya tu baik. Mustahil dia.”
Kecoh di dewan sekolah itu tatkala ibu dan kakak Afiq muncul. Puan Arinah
dan Afiara beria-ia meyakinkan pihak sekolah dan polis bahawa anaknya tidak
bersalah.
“Tapi, puan. Semua pelajar mengatakan bahawa anak puan yang
memulakannya.” Pegawai polis cuba menenangkan keadaan.
“Tak!”
Suasana tiba-tiba berangin. Keadaan dewan yang baru sahaja menjadi saksi
pembunuhan ratusan pelajar itu tiba-tiba bagaikan dilanda ribut. Guruh mula
berdentuman di langit.
“Beginilah, kalau Afiq…”
Guruh berdentum.
“Kalau Afiq…”
Angin bertambah kuat. Bagaikan ada yang tidak bersetuju bila nama Afiq
disebut.
“Kalau Afiq…”
Petir pula menyambar. Secara tiba-tiba, projektor LCD hidup. Mula
menyiarkan sesuatu di slaid putih. Sebaik apa yang ingin disampaikan kelihatan
dengan jelas, semua terkejut.
Pengetua menutup muka. Afiara pengsan. Puan Arinah meraung. Pegawai polis
yang masih tidak dapat menghabiskan ayatnya terkejut. Masing-masing kaget
dengan apa yang baru terpapar.
“AKU
BUKAN AFIQ!!!”