Perlahan, mata pisau itu
ditekankan ke tangan kiri putihnya. Darah mula memercik keluar. Ditorehnya satu
garisan tegak dan satu garisan melengkung di sebelahnya membentuk huruf D.
Ditorehnya pula kepada garisan horizon kecil berserta dua garisan berpancang
membentuk huruf A. Selepas itu, digarisnya dua garisan tegak berserta satu
garis sendeng membentuk huruf N.
Air matanya menitis
sedikit tetapi kerana nama cinta dia teruskan juga. Diambil tuala dan
digigitnya sekuat hati. Di sebelah huruf N itu ditorehnya satu garisan linear
tegak. Semakin kuat gigitannya. Kemudian, di sebelah huruf I, dia meliukkan
pisau itu membentuk sebuah huruf lain iaitu S. Sabar, sikit lagi nak habis.
Akhir sekali, dia
membuat dua garisan vertikal dan satu garisan horizon di tengah-tengah garisan
itu tadi. Selesai. Dia meletakkan pisau itu ke tepi. Cawan di tepi katil tersebut
diambil.
Dipicitnya perlahan
kesan torehan tadi membuatkan darah memancut-mancut keluar. Darah tersebut pula
dimasukkan ke dalam cawan tadi. Diteguknya sedikit. Suam. Sesuam cintanya
kepada Danish.
Pintu diketuk. Pantas
disorokkan cawan tadi di dalam loker dan mencari sehelai kain untuk membalut
tangan. Sehelai kain anduh di dalam first aid diambil dan diikatnya pantas. Dia
membuka pintu.
hahahax agak2 siapa yang buat n apa jadi lepastu...? bawak bersabar ya tuan puan...
Hi.Just want to ask.Are you still active in writing or if there any way I can follow your work?
ReplyDelete