Budak Main Api

Budak Main Api

Jemput Masuk

Life is Allah's most valuable gifts...Live it and appreciate it...

Wednesday, July 15, 2015

Chanteq (Prolog)

A Sci-Fi horror from me. Ada sikitlah similarities dengan movie The Stepford Wives...

___________________________________________________________________________

Prolog

Jelita naik ke bilik ibunya membawa satu beg plastik penuh dengan brosur dan pamplet. Brosur dan pamplet itu masing-masing bercerita tentang kawasan kediaman mereka.
“Jelita, kan bonda dah pesan jangan guna cara sebegini,” tegur adik lelakinya, Tampan.
Jelita membetulkan kain putihnya. Wajah Tampan masih dipandang dengan senyuman. “Tampan, dalam strategi pemasaran, inilah cara yang paling sesuai. Cuba jangan degil cakap kakak.”
“Masalahnya, Kak Jelita, nanti kalau pihak berkuasa tahu pasal tempat kita ni macam mana?”
“Tampan, Tampan, ini cara kakak. Cuba Tampan ikutkan saja. Nanti lambat-laun, bonda yang akan melutut pada kakak berterima kasih. Siapa tahu, Tampan?”
Tampan mengeluh berat. Payah perintah kakaknya hendak dibantah. Semuanya hendak ikut kepalanya sahaja. Kalau tidak, mulalah hendak mengungkit berkurun lamanya.
Jelita mengetuk kamar tidur ibunya. Dadanya berdebar-debar menanti ibunya muncul membukakan pintu. Dia lebih daripada pasti bahawa cadangannya ini akan membuahkan hasil yang positif.
“Ya, Jelita. Jelita panggil bonda ke?” Muncul ibunya di muka pintu. Lengkap dengan berpakaian kebaya putih.
“Bonda, Jelita ada satu cadangan bagus. Bonda dengar eh rancangan Jelita. Rancangannya begini…” Dan Jelita mula membentangkan perancangannya kepada ibunya. Ibunya juga turut mendengar penuh setia.
“Jelita, nampaknya anak bonda ni masih belum memahami konsep Chanteq. Jelita, Chanteq ni bukannya macam yang Jelita fikirkan. Chanteq ni bukan untuk calang-calang orang, Jelita. Hanya mereka yang benar-benar terpilih sahaja boleh tinggal di sini. Bukan semua orang boleh.”
Senyuman Jelita mula menjadi linear. Hatinya hampa. Ternyata bahawa secara hakikatnya dia sendiri tidak memahami fahaman dan ideologi yang cuba dibawa oleh ibunya.
“Kan Tampan dah bilang. Kakak tidak mahu percaya cakap Tampan. Hanya kita-kita sahaja.”
Jelita mengulum wajah masam. Kalau bondanya melihat wajahnya yang masam ini, boleh jadi dia dihalau daripada Chanteq ini. Tapi biarlah, memang itu impiannya daripada dulu lagi.
“Jelita,” seru ibunya daripada muka pintu. Jelita menoleh.
Ibunya meletakkan jari telunjuk di bibir. Ritual itu kemudiannya diikuti oleh Tampan. Jelita dalam ketidakrelaan hati turut melakukan perkara yang sama. Satu ritual yang dia sendiri tidak memahami sebarang erti di sebaliknya.
“Jelita, makan biskut ni.”
Jelita merenung biskut di tangan ibunya itu. Dia tahu ada sesuatu yang akan berlaku sekiranya dia memakan biskut itu.
“Lepas makan, sediakan lagi. Makan malam nanti, pastikan stok biskut ini mencukupi. Kalau tidak, berlaku lagi peristiwa dulu.”
Tampan mengangguk lagi. Jelita berwajah neutral. Tiada kerja dia hendak senyum.
Selepas itu, Jelita ke dewan besar. Dia masuk ke bilik persediaan. Hanya di situ sahajalah semua pantang-larang Chanteq dapat dilanggar. Ya, Chanteq ini sebenarnya komuniti orang sakit jiwa!


No comments:

Post a Comment