Bab 1
Karmila menyeka lagi air mata di pipinya. Keputusan hakim yang muktamad
itu masih tidak mampu untuk ditelannya. Sangat menyeksakan bagi dirinya yang
bergelar wanita.
Karmila memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia menungkupkan mukanya
di atas stereng. Hatinya masih membengkak di dasarnya. Tidak pernah sekalipun
dugaaan yang diterimanya sehebat ini.
“Dasar jantan tak guna! Mampuslah kau jantan bangsat!” teriaknya seorang
diri di dalam kereta. Biarlah orang luar dengar sekalipun. Dia kisah apa?!
Semuanya bermula enam bulan lepas di banglo
tempat tinggal mereka…
Karmila melihat jam di dinding. Jarum pendek dan jarum panjang
masing-masing sudah bertemu di angka 12 empat jam yang lepas. Tetapi suaminya
masih belum kunjung tiba di rumahnya.
Kedengaran bunyi pagar automatik dibuka. Karmila bangun memeluk tubuh
berdiri menghadap pintu rumahnya. Menunggu bilalah suaminya hendak membuka
pintu.
Pintu dibuka perlahan. Kaki kiri sebelah masuk menyusup di pintu yang
dibuka sedikit itu. Kemudian tangan pula. Sebelah badan sehinggalah lengkap
seluruh badan.
“Lambat balik, bang?” Perlahan sahaja Karmila bersuara.
Fikri mengurut dada. Siapa tak terkejut kau kalau kena sergah macam tu?
“Mila ni. Terkejut abang. Mila tak tidur lagi?”
“Abang pergi mana?” Karmila membalas dengan soalan juga.
“Abang pergi jumpa klienlah, Mila.” Fikri memberi jawapan klise.
“Klien ke ke lain, bang? Jujurlah dengan Mila. Mila dah tak laratlah nak
dengar mulut orang bercakap. So pleaselah jujur dengan Mila kali ni. Mila
mintak sangat.”
Fikri meraup muka dengan kasar. Rambutnya mula digaru-garu kasar.
“Balik-balik mulut orang. Kau kahwin dengan aku ke kahwin dengan
orang-orang tu semua? Percaya sangat cakap dorang ni.”
“Bang, pokok tak bergoyang kalau takde angin tau. Ingat Mila ni bodoh
sangat ke nak main tuduh-tuduh gitu je?”
Mereka saling berpandangan satu sama lain. Kolam mata Karmila sudah
bergenang. Hanya menunggu masa untuk pecah empangannya. Kesabaran yang sudah
sekian lama diempang akan pecah juga hari ni.
“Apa yang Mila tak bagi kat abang? Tolong cakap kat Mila, bang. Sampai
abang cari perempuan lain. Apa salah Mila?!”
“Kau betul nak tahu…?” Fikri berdiri seinci sahaja dengan Karmila. “Sebab
kau tu dah tak cantik. Dah buruk. Mandul pulak tu. Lapan tahun kita kahwin, ada
anak yang kau bagi kat aku?! Duduk banglo ni pun sebab pusaka arwah bapak kau
je pun. Sedarlah diri kau tu sikit, Karmila. Aku ni ramai yang nak. Kau ni
dasar perempuan tak bernasib. Terima jelah.”
“Dah tu ceraikan aku, Fikri. Ceraikan aku! Kalau itu yang kau nak.”
Dan Karmila tidak menyangka bahawa tiga ayat
itu yang akhirnya menghancurkan hidupnya.
Karmila masih menangisi nasibnya. Pulang sahaja ke rumah, dia melihat
sepucuk surat berheader…
Arahan untuk mengosongkan rumah dalam tempoh 24 jam
Sehubungan dengan
perkara pada tajuk, Puan Nur Karmila binti Khairuddin dikehendaki untuk
meninggalkan banglo ini dalam masa 24 jam. Sebarang kelewatan yang dilakukan
oleh Puan Nur Karmila akan diambil tindakan tegas dan akan dituduh atas dakwaan
menceroboh. Puan Nur Karmila dilarang untuk mengambil apa-apa barangan atau
perabot melainkan pakaian dan barangan peribadinya sahaja. Surat pemberitahuan
ini sah untuk didakwa di mahkamah. Atas arahan Encik Mohamad Fikri bin Fadlan.
Yang menurut perintah,
Shazani
Peguam hartanah
Karmila merenyukkan surat tersebut dan dicampak ke dinding. Tak sampai
beberapa jam aku kau ceraikan, aku kau halau dari rumah ni. Memang dasar jantan
sial! Sekurang-kurangnya itulah monolog Karmila sendirian.
Dia masuk ke bilik tidur mereka dan memandang seisi bilik itu buat kali
terakhir. Ini adalah rumah yang diturunkan keluarganya kepadanya. Lima tahun
lepas, dia menukar nama pemilik kepada Fikri. Tidak menyangka perkara sebegini
akan terjadi.
Dia membuka almari pakaian. Sebuah bagasi diambil dan diletakkan di atas
katil. Satu per satu pakaiannya diambil. Satu pun tidak ditinggalkan. Memang
tidaklah dia ingin tinggalkannya untuk perempuan perampas itu. Dah rumah dia
dapat, baju seluar pun nak ke?!
Sebelum keluar daripada rumah itu, Karmila sempat memecahkan cermin dan
menyepahkan ruang tamu. Sebuah kerusi meja makan juga dia patahkan kakinya.
Puas hati dia kerana dia membayangkan yang dia patahkan itu adalah kaki
perempuan jalang punca perceraiannya itu.
Karmila masuk dalam kereta. Air matanya masih laju menuruni pipi
putihnya. Hatinya masih sakit diperlakukan begitu. Like hello, apa salah dia
yang besar sangat tu?
Radio dihidupkan. Channel yang biasa memainkan lagu-lagu lama Amerika
menjadi pilihan menjadi halwa telinga. Lagu lama menenangkan dan bukannya macam
lagu-lagu sekarang.
Ketika itu, lagu Perhaps Perhaps Perhaps daripada Doris Day sedang
dimainkan. Karmila agak jelak dengan isi di dalam lagu itu. Well, women. Mens
only say that they love us just when they need us, okay.
Kemudian, lagu Diamonds Are A Girl’s Best Friend daripada Marilyn Monroe
pula dimainkan. Mengenai dengan lagu ini, isinya dipersetujui oleh Karmila. Hal
ini adalah kerana ianya adalah tepat sekali. Nafsu perempuan terhadap barang
kemas lebih tinggi daripada terhadap lelaki. Well said, Marilyn!
Jam menunjukkan pukul sebelas malam. Karmila memberhentikan kenderaan di
tepi lebuh raya. Hatinya masih dihambat kesedihan yang berbuku. Di mana dia
sekarang pun dia tidak tahu. Yang dia tahu di sebelahnya terdapat papan tanda
yang menunjukkan telefon kecemasan berada 250 meter daripada situ.
Panggilan telefon masuk ke telefon Karmila. Panggilan itu daripada
adiknya, Kartini. Karmila memandang seketika skrin itu sebelum meletakkannya
dalam mod senyap dan disimpan ke dalam tas tangannya.
Karmila meneruskan pemanduannya semula. Dalam dua kilometer meninggalkan
tempat tersebut, hujan turun selebat-lebatnya. Penglihatan Karmila menjadi
tidak jelas.
Memandangkan pandangan mata Karmila tidak jelas, Karmila memilih untuk
masuk ke persimpangan pertama yang dilihatnya. Persimpangan apa pun dia tidak
tahu. Yang dia tahu, tol yang dikenakan adalah berjumlah RM 20 something. Jauh
dahlah kut dia meninggalkan ibu kota.
Karmila memandu di jalan yang tidak berlampu itu. Kiri kanan hanya ada
hutan banat tetapi Karmila memberanikan diri juga memandu di dalam keadaan
sebegini. Hatinya cukup tepu untuk menampung ketakutan. Sakit hati lagi tinggi
daripada ketakutan.
Karmila memandu sudah lebih 10 km dan satu papan tanda masih belum
ditemuinya. Apa yang dia tahu di depan tol tadi ada simpang dan dia ambil
simpang kiri. Mungkin dia sepatutnya ambil kanan tadi. Hatinya agar berdoa agar
filem Wrong Turn itu tidak terjadi kepada dirinya.
Nafas Karmila kembali lega apabila di hujung jalan kelihatan samar-samar
lampu jalan. Sangkanya, dia sudah tiba di kawasan pekan kecil. Tapi paling
diharapkan agar dapat bertemu dengan stesen minyak. Pundi kencingnya sudah
penat mengempang air kencing.
Karmila kemudian tiba di sebuah pekan kecil yang hanya terletak di
sebatang jalan besar. Karmila kemudian menjumpai sebuah stesen minyak dan dia
memutuskan untuk berhenti seketika di situ. Selepas mengqada’ hajat, Karmila
masuk semula ke dalam kereta.
Jam menunjukkan hampir satu setengah pagi. Jalan cukup sunyi. Pekerja
stesen minyak itu tadi pun memandangnya semacam sahaja. Apa? Mana ada hantu
bawak kereta Mercedes Kompressor. Dia je. Eh kejap Karmila bukan hantu.
Karmila kemudian terpandang sebuah papan tanda.
Singgah Motel
Beroperasi 24 jam
WiFi percuma
Harga satu malam
serendah RM30
Karmila menimbang tara buat seketika. Setelah berfikir untuk sepuluh
minit, dia memutuskan untuk menginap di situ. Tidak susah hendak mencari parkir
kerana mana ada kereta lain di pekan mati seperti itu malam-malam buta begini.
Karmila membawa turun bagasinya. Dia membuka pintu motel itu
perlahan-lahan. Seorang wanita lingkungan usia pertengahan 40-an bingkas dari
tidurnya. Karmila senyum sedikit tanda maaf kerana mengejutkan wanita tersebut
yang sedang tidur.
“Maaf, kak. Saya Karmila. Ada bilik kosong tak kat sini?”
“Oh ada. Cik Karmila nak berapa malam?”
“Sebenarnya saya tak tahu lagi berapa lama lagi saya kat sini. Boleh tak
kalau saya bayar RM 100 terus. Kalau in case saya nak stay lama, nanti saya
bayar pada akak. Boleh tak?”
Wanita itu mengangguk. Rezeki terpijak kut, siapa tak nak?!
“Bolehlah, Cik Karmila. Sekejap saya tengokkan bilik mana yang sesuai.
Cik Karmila duduklah dulu.”
Wanita itu berlalu dari situ. Karmila duduk di kerusi di lobi motel itu.
Tangannya mengambil sebuah majalah yang berada di situ. Dibelek-belek majalah
itu seketika sebelum diletakkannya semula di tempat asal. Kemudian dia
mengambil pula yang lain. Diulang lagi perlakuan yang sama.
Di atas meja, dia perasan terdapat sehelai iklan. Dia mengambil kertas
iklan tersebut. Matanya meneliti atas bawah kertas iklan tersebut. Isi
kandungan surat tersebut benar-benar menarik minatnya.
Chanteq
“Di mana impian anda
menjadi kenyataan…”
Inginkan kesempurnaan?
Maka Chanteq adalah tempat yang paling sesuai sekali buat anda yang ingin
mencari kesempurnaan. Sebuah residensi yang serba lengkap memenuhi kriteria
petempatan yang sempurna. Di sinilah lahirnya kesempurnaan yang tiada…
Karmila tersenyum sendiri. Janji yang ditawarkan di dalam iklan itu
benar-benar melampau. Kesempurnaan yang
tiada? Memang tiada kesempurnaan pun dalam hidup ini sebenarnya. Pasti
orang yang menguruskan bahagian pemasaran ini terlalu terdesak untuk memenangi
hati orang. Kalau tidak, masakan promosinya sehebat ini.
Pemilik motel itu kembali semula ke lobi. Karmila bangun daripada
duduknya.
“Okey, Cik Karmila. Bilik dah sedia. Marilah saya bawakkan.”
“Erm, akak…” Karmila bersuara. “Chanteq tu tempat apa, kak?”
“Chanteq? Oh, tempat tu. Entahlah dik, akak sendiri tak pasti. Tempat tu
kat mana pun, ramai orang tak tahu. Tapi tempat tu ada.”
“Macam mana akak kata tempat tu ada kalau akak sendiri tak pernah pergi
situ?” Karmila mempertikaikan kesahihan cerita wanita tersebut.
“Erm, akak pun tak tahu nak cakap macam mana. Biasanya ada Jelita tu
datang kedai sebelah ni, kadang-kadang borak kejap dengan akak. Tapi dia tak
pernah pulak cerita pasal Chanteq ni.”
“Siapa pulak Jelita tu?”
“Jelita tu orang-orang Chanteqlah. Dahlah, mari akak bawakkan beg tu naik
bilik.”
Karmila menurut. Dalam sepuluh langkah mereka berjalan, mereka tiba di
bilik yang dimaksudkan. Wanita itu membuka pintu bilik itu. Karmila masuk
dengan langkah kanan.
Pada harga yang ditawarkan, bilik itu memang memenuhi kriteria sebagai
rumah tumpangan. Ada TV, air-cond dan meja kecil. Kebersihannya pun pada tahap
yang boleh dikatakan memuaskan jugalah. Takdelah kotor sangat.
“Okey ke, cik?”
Karmila mengangguk laju. Wanita itu mengukir senyuman puas. Sebagai tanda
lega kepada diri sendiri. Kemudian dia beredar meninggalkan Karmila seorang
diri di dalam bilik itu.
Karmila merebahkan diri ke atas katil. Terasa penat badannya beralih pada
tilam tersebut. Matanya merenung siling. Kemudian dipejamkan. Dia tahu, dia
perlu berubah daripada Karmila yang dahulu kepada Karmila yang baru. Dia perlu
berubah. Dia akan menjadi Karmila yang baru.
Dan Karmila terlelap.
Karmila terjaga lebih kurang pada jam lapan setengah pagi. Matanya
dipisat-pisat dan dia mengeliat seketika. Terasa setiap urat sarafnya lega
apabila berbuat demikian. Kepala otaknya juga tidak terasa berat seperti
sebelumnya.
Karmila bangun dan menuju ke tingkap. Dia membuang pandang ke luar.
Kelihatan pekan kecil itu sudah dipenuhi dengan beberapa buah kereta yang
lalu-lalang dan orang yang berjalan ke sana dan ke mari.
Setelah puas menikmati pemandangan, Karmila mengambil tuala dan segera
berlalu ke bilik air. Ketika air menuruni badannya, dia melihat badannya itu.
Terdapat beberapa kesan lebam dan bengkak. Apabila dipegang, terasa peritnya.
Lebam kebiruan paling ketara dapat dikesan adalah pada bahagian atas siku
sebelah kiri. Dia tahu bila datangnya kesan itu. Kesan itu tak lain diterima
daripada bekas suaminya. Dia sendiri tidak tahu apa masalah lelaki bajingan
itu.
Seusai mandi, Karmila memakai t-shirt kuning dan seluar jeans
memandangkan itu sahaja yang dirasakannya sesuai. Telefonnya kemudian
menyanyi-nyanyi lagu ringtone. Karmila mula melihat siapa pemanggilnya. Rupanya
jantan bajingan itu.
“Hello, abang nak apa call Mila ni?”
“Kau kat mana?” Kasar sahaja bunyinya. Bangsat!
“Perlu ke abang tahu?”
“Masalahnya adik kau tu dah call aku beratus kali tau tak?! Kau boleh tak
jawab so aku boleh cakap dengan dia. Semak tahu tak?!”
“Macam nilah, bang. Kalau Kartini call abang lagi, cakap je yang abang
annoyed dengan call dia tu. Memang selama lapan tahun ni pun, itu perasaan
abang dengan family Mila kan. Bukan Mila tak tahu.”
“Wah, Karmila. Mulut kau bukan main lancang lagi eh sekarang. Baguslah
pun. Enjoy your widow life. Adios!”
Fuck you, bastard! Itulah ayat yang keluar daripada mulut Karmila sebaik
Fikri mematikan taliannya. Karmila berbaring semula di atas katil. Nafasnya
dihela berat. Itupun terasa tersangkut-sangkut. Dek kerana oleh stres dan
tekanan yang mencengkam di dada.
Karmila turun ke lobi. Rambutnya yang tadi diikat dileraikan ikatannya.
Sambil berjalan, dia menyisir rambutnya agar kelihatan kemas. Sempat dia
berhenti sebentar di kaunter untuk berjumpa dengan wanita semalam.
“Akak, apa nama akak sebenarnya? Saya terlupa nak tanya semalam.”
“Nama akak Salmiah. Panggil je Kak Sal. Cik Karmila ni datang dari mana
sebenarnya? Tengah malam baru sampai sini.”
Karmila hanya tertawa mendengar soalan Kak Sal itu. Tapi betul juga. Apa
tujuannya datang ke situ?
“Sebenarnya hal tu personal, kak. Saya hanya boleh cakap yang saya ni
janda yang baru dapat title. Tu je.”
“Hmm, senasiblah kita ni sebenarnya.”
“Laa, ya ke? Akak dah berapa lama menjanda.”
Kelihatan Kak Sal mendongak dan bercongak-congak. “Dah lebih lima tahum
sebenarnya Cik…”
“Tak payahlah nak bercik cik dengan saya. Panggil Karmila je sudah. Macam
formal sangat pulak bunyinya bila dah bercik cik ni.” Karmila memintas
percakapan Kak Sal. Dia tidak betah untuk dipanggil dengan gelaran sedemikian.
“Ni Karmila nak ke mana pagi-pagi macamni? Cari sarapan?”
Karmila hanya mengangguk. Well, daripada tengahari semalam perut tidak
diisi dengan apa-apa. Boleh kena gastrik kut dia dibuatnya. Itupun makan
separuh sahaja nasi semalam. Memang tidak mencukupi.
Karmila mematikan perbualan dan mula melangkah keluar daripada motel
rumah kedai itu. Karmila mengambil nafas dan memandang sekeliling. Pekan kecil
yang berada di sebatang jalan besar itu agak meriah. Penuh dengan orang
pelbagai bangsa dan ragam.
Karmila menuju ke arah keretanya. Dia mula memandu dan mencari mana-mana
kedai makan yang berada berhampiran. Kemudian dia memutuskan untuk memilih
sebuah warung kecil sebagai pilihan.
Pagi itu, Karmila memilih untuk makan nasi lemak ayam masak merah dan air
milo suam sebagai sarapan. Lega perut dan temuluknya setelah makan makanan
tersebut.
“Dari mana ni, dik? Pakcik tak pernah nampak pun kamu selama ni,” tanya
tauke warung ketika Karmila hendak membayar makanan.
“Saya datang daripada KL. Saja jalan-jalan.” Okey, tu alasan paling
mengarut rasanya untuk abad ini. Siapa yang nak berjalan ke tempat jin
bertendang macamni? Ada, Karmila.
Karmila masuk ke dalam kereta. Jarak antara warung itu dan jalan besar
adalah dalam enam kilometer. Itupun harus melalui jalan yang dikelilingi hutan.
Karmila ni pun satu, macam dah takde kedai makan yang lain dia nak pergi?
Sedang Karmila memandu membelah jalan yang dikelilingi kanopi hijau itu,
enjin keretanya mula terbatuk-batuk. Radio mati tiba-tiba. Air-cond sudah mula
tidak terasa. Karmila cuba sedaya upaya membawa kenderaannya ke bahu jalan.
Elok sahaja selepas itu dia mati.
No comments:
Post a Comment