Bab 2
Selepas bersiap-siap,
Zack menuju ke kantin. Setibanya di kantin, dia mencari-cari kelibat Danish
ataupun Rayyan. Dia perasan yang rata-rata senior memandangnya dengan pandangan
yang mempunyai ribuan tafsiran di sebaliknya.
“Zack…” Kelihatan Rayyan
melambai tangannya. Di tangan remaja itu terdapat sebungkus nasi lemak yang
masih belum dibuka.
Zack berjalan menuju ke
arah Rayyan. Tapi peliknya, Danish tiada pula di sisinya. Haa, sudah. Ke Rayyan
ni sebenarnya yang nak ayat dia?
“Danish pergi toilet
kejap. Mamat tu memang biasa sakit perut pagi-pagi macam ni. Nah, nasi lemak ni
untuk kau. Danish suruh belikan. Come, have a seat.”
Zack duduk di hadapan
Rayyan. Suasana kantin agak gamat pada pagi itu kerana rancangan TV pagi itu
menjemput Neelofa dan Fahrin Ahmad sebagai tetamu. Tidak pasti samada mereka
mahu melihat rancangan itu ataupun Neelofa atau mungkin juga Fahrin Ahmad.
“Here’s he come.”
Zack berpaling melihat
ke arah Danish menoleh. Kelihatan Danish dengan rambut sikat tepinya, datang
berjalan ke arah mereka. Just so goddamned handsome like I cannot, okay.
“Sorry, aku lambat.
Sakit perut tadi. So, makanlah Zack.”
Zack malu-malu menyuap
nasi lemak sambal sotong itu ke dalam mulutnya. Sedap dia mengalahkan senyuman
Danish itu. Tapi senyuman Syahid tetap paling sedap dan manis pernah Zack jumpa
seumur hidupnya.
“Oh ya, kau duduk bilik
mana?” Danish cuba menghiburkan suasana yang daripada tadi senyap dan janggal
semacam.
“1-A-4,” jawab Zack
sepatah.
“Kau asal mana?” Rayyan
pula bertanya.
“PD.”
“Mana tu?”
“Port Dickson, Negeri
Sembilan.”
“Oh, cakaplah.”
Suasana senyap kembali.
Kalau diikutkan, memang patut pun suasana bagaikan di tepi pantai. Zack seorang
sahaja pelajar tingkatan satu yang duduk dalam kalangan pelajar yang rata-ratanya
terdiri daripada pelajar tingkatan tiga atau empat.
“Hari ni korang ada
aktiviti apa?” tanya Danish sambil menghirup milo aisnya.
“Oh, orientasi lagi.
Sepatutnya hari ni dah boleh tengok kelas dengan lantik organisasi kelas.”
Boleh pulak jawab panjang
budak ni. Daripada tadi dok tanya panjang-panjang, jawab sepatah aje.
“Zack, kau rasa sekolah
ni okey ke tak? Ada apa-apa yang rasa tak puas hati?” Rayyan bertanya gaya
seorang pembanci penduduk.
“Erm, Zack rasa okey je.
Atmosphere was great. Buildings pun okey. Senior-senior pun tak seniority macam
asrama lain. Senang kata, sekolah ni macam sekolah harian biasa je.”
“That wasn’t accurate.
Actually sekolah ni berkonsepkan universiti. Mula-mula kau tak terasa sangat.
Tunggu bila dah form three nanti, kau akan mula dapat assignment macam budak
uni. Time tu, nak memerut pun tak cukup time.”
Zack tertawa besar.
Perlu ke ayat terakhir tu nak disebut time tengah makan. Danish ni pun.
“Anyway, kau bernasib
baik dapat rapat dengan kitorang. Kitorang ni ala-ala Mean Girls sekolah
nilah.” Rayyan menerangkan lagi.
“Tapi Mean Girls ada
tiga orang, mana lagi sorang?”
Danish dan Rayyan
berpandangan. Kemudian, senyuman terukir di bibir merah jambu masing-masing.
“Supposed to be other
sorang lagi. Tapi dia senior kitorang. Dah blah dah pun. And dia tu…” Pantas
mulut Rayyan ditutup dengan tangan Danish. Sikit je lagi sebelum rahsia
terbongkar.
“Dia tu what?”
“You don’t need to
know.” Danish kembali serius. Gaya machonya kembali semula.
“Sorry, Danish.” Rayyan
perlahan menggumam maaf.
Seusai makan, Zack masuk
ke dalam dewan. Untuk minggu pertama, pelajar tingkatan satu tidak perlu untuk
beratur bersama-sama pelajar yang lebih senior. Sebaliknya mereka akan
ditempatkan di dalam dewan. Lagipun orientasikan. Biarlah asing-asing dulu.
“Abang Danish borak apa
je dengan kau tadi?” Asfat bertanya ketika program berlangsung.
“Borak apa? Borak biasa
jelah. Dia tanya apa program kita. Tu aje.”
“Takkanlah kut. Kau tahu
tak, pagi tadi, lepas kau turun, Bang Yed datang bilik. Dia cari kau.”
“Apahal dia cari aku?”
Asfat mencemik bibir.
“Entah, tu aku tak tahu. Yang aku tahu, dia cari kau. Untunglah ada orang
prihatin.”
Zack hanya tersenyum
sumbing. Kemudian fokusnya kembali kepada taklimat di hadapan. Mindanya
berfikir juga, apa tujuan Syahid mencarinya? Adalah kut perkara yang hendak
dibincangkan. Bersangka baik, Amir Zakwan.
“Aku dengar Luq menangis
malam tadi.” Asfat bersuara lagi.
“Menangis? Apasal?”
“Entah. Lepas tu aku
dengarlah si Fahri oops si Kawasaki tu pujuk dia…”
“Kejap, kenapa Fahri tu
punya nama Kawasaki?” pintas Zack sebelum Asfat sempat menghabiskan ayatnya.
“Oh, sebab masa TKA yang
nama Samuel tu kemaskan bilik dia, Sam tu ternampak gambar motor Kawasaki yang
si Fahri tu bawak. Tu sebabnya.”
Zack hanya berooh dengan
statement si Asfat itu. Si Asfat ni sebenarnya boleh tahan jugak busybodynya.
Atau sebenarnya Zack ni yang langsung malas nak ambik tahu. Yelah, asyik rapat
dengan senior aje.
“Sambunglah balik pasal
si Luq tu.”
Asfat membeliakkan
matanya sedikit. “Oh ya, si Luq. Haa lepas dah pujuk tu, si Luq tu nak call mak
dia. Tapi entah macam mana si Fahri tu pujuk, eloklah pulak dia. Spoiled
bratlah aku rasa dia tu.”
“Huh, aku dah lama rasa
macamtu.”
“Macam mana kau tahu?”
Asfat seakan tidak percaya.
“Kau tengoklah barang yang
dia bawak pun. Kau tahu tak yang bantal peluk pun dia bawak. Mana aku tak cakap
dia tu anak manja.”
Asfat sekadar
memuncungkan bibirnya. Memang ada betulnya apa yang dikatakan oleh Zack itu.
“Eh, kita start kelas
bila?” Zack bertanya apabila dilihat Asfat sedang membelek jadual orientasi.
“Hmm, kalau ikut jadual
minggu depan. Kau sekelas dengan aku ke?”
“Tak, aku kelas Wira.
Kau?”
“Aku kelas Cekal. Oh,
kau sekelas dengan Luq. Habislah kau nanti. Dengan anak manja tu. Matilah kau.”
Zack hanya mengulum senyum.
Biarlah, apa salahnya. Barangkali ini adalah satu cara untuk merapatkan
hubungannya dengan Luqman. Lagipun pada pandangannya, Luqman itu baik budaknya.
Cuma mungkin dia tidak biasa lagi bergaul dengan orang ramai. Kacak pun kacak.
Seusai taklimat, mereka
disuruh untuk melawat ke kelas masing-masing. Setibanya di dalam kelas, Zack
memilih tempat duduk di sebelah pintu memandangkan situ sahaja yang kosong.
“Mir, aku duduk sebelah
kau boleh?” Luqman tiba-tiba bersuara selepas satu kelas ditawafnya.
“Eh, boleh je.
Duduklah.”
Luqman duduk di atas
kerusi sebelah Zack. Dia mengemas sedikit meja itu sebelum duduk dengan
selesanya.
“Aku sorry tau pasal
semalam. Aku macam tak boleh move on pindah sini. By the way, kita belum kenal
lagi kan. Aku Luqman.” Luqman menghulurkan salam. Zack menyambutnya dengan
senyuman.
“Amir Zakwan…”
“Zack. Aku tahu nama tu.
Tadi pagi aku dengar Syahid cerita pasal kau dengan Samuel. Rapat betul kau
dengan dia eh.” Luqman tersenyum. Oh my God, mamat ni pun boleh tahan jugak
darjah kekacakannya.
“Bila kau dengar dorang
borak pasal aku?”
Luqman diam sebentar
cuba mengingati sesuatu. “Ermm, pagi tadi masa tengah mandi. Kebetulan masa tu
dorang pun dalam bilik mandi. Jadi terdengarlah sikit. Untunglah ada orang
sayang, kan. Aku ni, baru first day, dah ramai tak suka.”
Zack hanya tertawa
mendengar Luqman yang sedang menyalahkan dirinya. “Kalau kau dah tahu macamtu,
ubahlah perangai. Don’t worry, aku ada untuk kau. Kita sebilik,
sebelah-menyebelah dalam kelas, aku ada banyak masa dengan kau nak dihabiskan.
Jadi, let be friends.”
Luqman membuat fist di
tangannya. Fistnya itu disambut oleh Zack. “Is this BroFist?” Zack bertanya
dalam nada usikan.
“Layan PewDiePie rupanya
kau ni.”
Mereka berdua berkongsi
tawa bersama-sama. Rupanya masing-masing adalah gamers. Jadi apabila gamers
bertemu gamers, agak-agak boleh ngam ke tak? Memang ngamlah ceritanya.
“Ada chemistry kita ni
rupanya?”
“Tulah. Kalau semalam
kau tak kerek, mesti kau tak nangis malam tadi.”
“Siapa bagitau kau aku
menangis? Malulah siot!”
“Asfat kata kau menangis
malam tadi, dia terdengar. Tulah kau, sombong sangat. Tahulah anak lord.”
Luqman malu-malu alah.
By the way, siapa yang tidak akan malu apabila ditebak sebegitu? Memang malu
tahap tujuh petala langitlah ceritanya. Mujur hanya lima rakan sebiliknya itu
sahaja yang tahu akan cerita itu.
“Sorry sekali lagi tau.
Aku betul-betul bodoh semalam.”
“Dah, banyak benar pulak
maaf yang kau mintak. Apa yang penting sekarang, ubah perangai. Don’t
misbehave.”
Luqman hanya tertawa
menunjukkan dua baris giginya yang putih melepak. Pakai Colgate Optic White
agaknya. Kalah gigi Fazura putihnya. Cuma itulah, perangai tak seputih gigi.
Kemudian guru kelas
mereka, Puan Aida masuk ke dalam kelas. Guru yang mengajar mereka subjek
Matematik itu memandang sekilas wajah anak muridnya sebelum duduk di atas
kerusi di hadapan kelas.
“Okey, hari ni first day
kamu semua bersama dengan saya. Nama saya Aida binti Aizudin. Saya akan
mengajar kelas kamu subjek Geografi. Umur saya 37 tahun dan saya ada anak
sulung lelaki yang sebaya dengan kamu semua. Jadi, anggaplah saya macam mak
awak yang harapkan awak berjaya dalam sekolah ni. Okey?”
Semua pelajar kelas itu
mengangguk-angguk. Mata masing-masing masih fokus dan tertumpu pada guru wanita
itu.
“Okey sekarang kita akan
lantik organisasi kelas. Siapa volunteer?”
Suasana hening seketika.
Masing-masing duduk membatu di tempat masing-masing. Masing-masing takut untuk
mengakui yang masing-masing terlampau menginginkan jawatan tersebut.
“Cikgu petik nama eh?”
Puan Aida cuba membuat provokasi apabila tiada respon yang diterima. Senarai
nama dalam buku kehadiran mula disemak. Wajahnya mula membuat muka saspens.
“Cikgu pilih tiga. First is Amir Zakwan. Second was Nazrin Shah and last was
Hayqal Syaqir. Semua ni ke depan.”
Amir dan dua orang lagi
pelajar itu menuju ke depan. Nazrin, orangnya agak tinggi, putih and agak
chinese-looked sikit. Hayqal pulak tinggi juga, kulitnya agak fair dan agak
tegap orangnya. Lebih kurang Zack jelah rupanya.
“Okey kamu semua tunggu
kat luar. Bila undian dah dibuat baru kamu bertiga masuk kelas balik.”
Mereka bertiga keluar
daripada kelas tersebut dan menunggu keputusan demokrasi yang akan dibuat.
“Aku Nazrin. Boleh
panggil Naz je.” Nazrin cuba memecahkan blok ais antara mereka.
“Aku Hayqal. Just call
Qal.”
“Aku Amir Zakwan…” Zack
teringat yang nicknamenya kini bukan lagi Amir. “Panggil je Zack.”
“Aku asal Bangi.
Korang?”
“Ipoh.” Hayqal menjawab.
“PD.”
“Pergh, tepi laut seyh.”
Hayqal mengusik.
Zack hanya ketawa. Ya,
memang tepi laut. Tapi mandi laut baru beberapa kali je. Tak sampai sepuluh
kali pun lagi.
“Okey, kamu bertiga
boleh masuk semula. Tengok keputusan kat whiteboard tu.”
Zack masuk sambil
matanya mengerling ke papan putih. Nama ketua kelas mereka ternyata adalah…
Ketua kelas: Hayqal Syaqir
Penolong ketua kelas: Amir Zakwan
Setiausaha: Nazrin Syah
Is this for real? Dia
penolong ketua kelas. Sebenarnya Zack tiada apa-apa masalah pun dengan
pelantikan itu. Lagi senang kerjanya rasanya. Melainkan, Qal tu orangnya
bersikap lepas tangan.
“Setuju?”
Mereka bertiga
mengangguk tidak rela. Siapa suruh tak nak pilih orang lain at the first place,
kan? Sekarang redha wa pasrah via berserah jelah. Padan muka kat diri sendiri.
“Fuiyoh, penolong ketua
kelas,” usik Luqman. Serius ayat mintak kaki. Serius!
“Dahlah tu. Jangan kecoh
tau.”
Silap! Masuk sahaja ke
dalam dorm tengahari itu, Asfat sudah menyerbu ke arahnya bagaikan baru sahaja
selepas melihat retis yang datang memantau dorm mereka.
“Tung arh dapat jadi
penolong ketua kelas. Kitorang semua satu jawatan hapah takde.”
“Seriuslah weyh. Luqman
apsal kau tak dapat?” Fahri pula menambah.
“Wow. Daebak ah kau.”
Zack malu-malu menerima
pujian malaun-malaun itu semua. Luqman hanya mampu tersenyum memandang rakan
sebiliknya yang gila-gila itu. Memang bila dah sebilik, semua haruslah menjadi
sekepala. Baru boleh JV sesama. Kalau tidak mereputlah kau seorang.
Zack berjalan ke arah
katilnya. Niatnya hendak lelap sekejap. Ada lagi setengah jam sebelum prep
bermula. Kemudian dia perasan akan sesuatu di bawah katil. Sehelai kertas.
Diambilnya kertas itu
dan ianya ternyata adalah sepucuk surat. Siap ditulis menggunakan pen glitter
lagi. Pasti si pengirim ini adalah insan yang menganggap dirinya istimewa.
Congrats, Zack. Do your responsibility very well. Goodluck as an
assistant monitor.
Masalahnya, tiada pula
ditulis siapa pengirimnya. Nak main teka, ada hampir seribu orang pelajar dalam
sekolah ni. Memang kebarangkalian 1/1000 itu senang sangat nak tepat, kan.
Surat
itu disimpan di dalam laci. Dia malas atau lebih tepat tidak mahu berkongsi
kegembiraan tersebut bersama orang lain. Sebenarnya, dia berasa cukup gembira.
Siapa yang tidak gembira bila ada orang yang sayang, kan?”
“Syahid, cikgu dah
tolong kamu. Puas hati?”
“Terima kasih, cikgu.
Cikgu tolong tengok-tengokkan dia eh.”
Puan Aida hanya
menggeleng kepala. Dia memang tahu sikap sesetengah pelajar ILB yang gemar
mempunyai adik angkat dan abang angkat bagai ni. Jadi dia merasakan bahawa
Syahid juga sebahagian daripada mereka.
“Cikgu tengok dia pun
macam baik budaknya. Tapi dia macam pendiam sikitlah. Kamu ajaklah dia jadi
ramah sikit ya. Cikgu tahu kamu boleh.”
Syahid hanya mengangguk.
Selepas itu, dia berlalu ke kelasnya. Hatinya berasa cukup gembira.
“Amboi bang. Senyum tu
tak boleh panjang lagi. Dah macam Joker aku tengok.” Samuel menepuk bahunya.
Remaja itu juga sedang menuju ke kelas mereka. “I guess it was about Zack. Am I
right?”
“Bingo.”
“Apahal lak kali ni?”
“Nothing. Just dia baru
je dilantik jadi penolong ketua kelas. So, I was kind of proud with him. You
know me, right?”
“I know you very well,
Syahid. Kalau pasal orang yang kau sayang, memang kau akan ambik tahu semua
benda.”
Syahid hanya tersenyum
herot. Telahan Samuel itu memang tepat. Kan dah cakap yang mamat ni memang
betul-betul understanding.
“Know what, Sam? Zack
wasn’t like boys we ever met. He is different…”
“Ya, Syahid. Ya. Kau dah
ulang ayat sama dekat beratus kali dah sejak semalam. Dah-dahlah tu.”
Syahid tersenyum meleret
hingga ke pipi. Manakan tidak, orang sedang gila bayang katako.
“Zack, zack jugak. PEKA
report Fizik dah siap?” Samuel mematikan senyuman di wajah Syahid.
Syahid tersenyum
plastik. Kemudian perlahan-lahan dia menggeleng sambil menyeringai.
“Bontot kau. Hari ni
kena hantar kut.”
“Alah, tinggal jawapan
untuk discussion tu je. Lepas tu, siaplah. Fizik waktu akhir kan?”
Samuel menggeleng malas
hendak melayan. Inilah perangai orang gila bayang. Boleh kita gilasekali kalau
diikutkan sahaja.
Cerita nie tulis sendiri ke?
ReplyDelete