Lelaki
Daniel Darwisy
Hati mereka sukar difahami, melainkan oleh insan yang
benar-benar mereka sayangi…
Bab 1
Dia merenung ke luar
tingkap kereta. Melihat panorama di tepi lebuh raya dengan penuh rasa
bersemangat. Pokok-pokok bagai meraikan sama perasaan gembiranya. Hanya Tuhan
saja yang dapat merasakan betapa gembiranya dia pagi itu.
“Amir ingat pesan ayah.
Jaga perangai kamu tu. Dengar cakap senior. Pandai jaga diri kat tempat orang…”
pesan Encik Amirudin kepada anak bongsu kesayangannya itu. Daripada mereka mula
bertolak tadi, mulutnya tidak henti-henti menasihat anaknya.
“Betul tu, Mir. Ibu dulu
pun sekolah asrama. Tak susah sebenarnya kalau kita sendiri tak cari penyakit.”
Ibunya, Puan Zamila turut menasihat. Sebagai ibu bapa, memang tanggungjawab
merekalah kan.
Zack sekadar tersenyum.
Dia membuang pandang ke luar semula. Kegembiraan bagaikan merajai hatinya.
Ditawarkan peluang ke sekolah elit itu memang antara cita-citanya daripada
sekolah rendah. Syukur rezekinya murah ditakdirkan untuknya.
Masih terbayang di
ingatannya betapa terkinja-kinja dirinya ketika mendapat e-mel yang menyatakan
dia sudah diterima ke Institut Lelaki Bitara yang sudah ramai melahirkan
pemimpin-pemimpin hebat di kalangan lelaki Malaysia. Jadi peluang keemasan
sebegini pasti tidak akan dilepaskan begitu sahaja.
Tiba di pintu utama,
senyuman makin melebar di wajah Zack. Terpapar di pintu pagar:
Selamat
datang ke Institut Lelaki Bitara
Kecemerlangan
seorang lelaki lahirnya di sini
Parkir dicari oleh Encik
Amirudin. Beberapa orang pelajar senior telah memudahkan proses pencarian
parkir kosong itu. Memang menunjukkan first impression yang bagus. Kononnyalah.
Mereka kemudian pergi ke
tempat untuk mendaftar kehadiran. Seramai 200 lebih orang pelajar tingkatan 1
telah melapor diri untuk mendaftar pada hari itu. Cukup ramai.
“Amir Zakwan bin
Amirudin. 1 Wira.” Namanya disebut. Pantas dia dan kedua ibu bapanya menuju ke
meja pendaftaran.
Guru kelas 1 Wira adalah
Puan Aida yang juga merupakan guru matapelajaran Sejarah bagi kelas itu. Cantik
orangnya. Tergugat jugalah iman Zack melihatnya.
Selepas itu, mereka
pergi ke tempat pendaftaran asrama pula. Dah nama pun tempat pelajar elit,
pendaftaran asrama dilakukan oleh senior-senior. First day, memang semua baik
gila namatei. Cuba tengok malam nanti, mulalah masing-masing memberuk.
“Okey, Amir Zakwan kita
letak dekat dorm 1-A-4 lah. Okey eh?” Senior bernama Wadud itu memberi
cadangan. Cadangannya itu kemudian dipersetujui oleh rakan-rakannya yang lain.
“Okey, Syahid. Here’s your job.”
Zack memandang ke arah
pelajar bernama Syahid itu. Berdiri sahaja pelajar itu, setiap bulu roma Zack
mula meremang. Apatah lagi apabila Syahid itu tersenyum kepadanya.
“Mari sini ikut saya.
Beg tu biar saya bawakkan.” Syahid memaniskan muka di hadapan Encik Amirudin
dan Puan Zamila.
Mereka membuntuti Syahid
ke blok asrama yang dimaksudkan. Sebelum itu, mereka singgah dahulu ke koperasi
untuk membeli keperluan asrama yang wajib dimiliki oleh setiap pelajar
institut.
“Nak panggil Amir ke
Zakwan ni?” tanya Syahid diseling dengan senyuman. Pergh muka dia kalau
dijadikan coklat, definitely it was at least Patchi. Well, chocolate is the
substitute for sex.
“Amir je,” jawab Zack.
“Nama abang?”
“Oh, Syahidul
Shariedan…” Pergh nama dia tak nak kalah. “But just call me Bang Yed. Like
other juniors called.”
Encik Amirudin dan Puan
Zamila cukup senang melihat anaknya dengan mudah membuat rakan dengan Syahid.
Harap-harap agar ianya biarlah lebih dari sebuah harapan.
“We are arrived. Ini
biliknya. Jom masuk.” Bagai lagak seorang penyambut tetamu hotel lima bintang,
Syahid mempersilakan mereka masuk. “Harini bolehlah parents masuk. Lepas ni
takdelah. So manfaatkan sebaiknya harini.”
Encik Amirudin dan Puan
Zamila hanya tersenyum. Begitu juga dengan Zack.
“Lagi satu kalau pakcik
risau pasal ragging, jangan risau. Sekolah ni diharamkan ragging dalam apa jua
cara sekalipun. So, balik rumah, happy-happy je nanti.”
Kalaulah Syahid ni
penjual barang ataupun insurans, pasti berduyun-duyun pelanggan yang ingin
membelinya. Dahlah handsome, murah dengan senyuman pulak tu. Untungnyalah siapa
yang dapat.
Selepas siap unpacking
dan bersalam-salaman, tibalah masanya untuk Encik Amirudin dan Puan Zamila
meninggalkan Zack. Tinggallah Zack seorang diri.
Zack berbaring di atas
katilnya. Berguling-gulingan. Rasa sedih ada datang menerpa tetapi baginya itu
adalah perkara biasa. Biasalah dalam proses pertama hidup berjauhan.
“Yo, bila daftar?”
Seorang pelajar lelaki masuk di pintu tanpa memberi salam.
“Oh, tadi. Siapa kau?”
“Haha. Aku Asfat. Sebaya
kau jugak. Pagi tadi aku dah sampai tapi aku lepak kat bawah. Kau asal mana?”
“Oh, PD. Tau kan? Port
Dickson.”
“Sama. Area mana?”
“Area bandar tu. Kau?”
“Oh, aku asal je sana.
Pasir Panjang. Tapi aku membesar kat KL.”
Dah tu perlu ke kau
mengaku kau orang sana? “Oh ya ke?”
“Ya. Eh, petang ni kita
freetime kan? Malam nanti baru ada program. Kan?”
Zack mengambil kertas
jadual di dalam begnya. Diteliti satu persatu. Dan betul tekaan Asfat. Jadi
Zack hanya mengangguk.
Di sini, mereka tidak
menggunakan sistem dorm. Sebaliknya mereka menggunakan sistem bilik. Dalam
sebuah bilik terdapat lima orang pelajar. Jadi, selesalah sikit. Katil pun
single. Walaweyh!
Petang itu, selepas
tidur sekejap, Zack mengambil tuala dan menuju ke bilik air. Dia melihat di
sinki ketika itu terdapat seorang pelajar lelaki yang sama tahap kekacakannya
dengan Syahid sedang membasuh muka.
“Freshie?” tanya remaja
yang hanya berboxer itu.
“Ya, bang.” Zack membuka
sinki.
“Nama?”
“Amir Zakwan.”
“Nice name, suits with
your face. Aku Danish. Danish Heffy Dato’ Zulfikar.” Danish menghulurkan tangan
kanannya sementara tangan kirinya masih membilas pencuci mukanya. “Okey, aku
mandi dulu.”
Zack sekadar melihat
Danish masuk ke dalam bilik mandi. Kesadoan tubuh Danish itu sedikit sebanyak
menggoyahkan keimanannya. Tapi tak macam Syahid tadi. Sampai menggigil urat
saraf dibuatnya.
Seusai mandi, di sinki
kini adalah Syahid. Kaki Zack bagaikan dipaku di atas lantai jubin. Kenapalah
semua tempat aku pergi, mesti ada dia ni? Ada jodoh ke cane?
“Dah mandi? Baru pukul
lima, Amir. Kenapa cepat sangat?” tanya Syahid sambil mencuci mukanya.
“Oh, saja. Takut nanti
penuh pulak.”
Syahid sekadar
mengangguk. Nampaknya budak seorang ni macam dia juga dulu-dulu. Nampak baik
dan mengikut peraturan sepanjang masa. Eloklah. Ada chemical bonding agaknya.
“Okey, abang pun nak
mandi jugak. Oh ya, malam ni pakai formal attire tau. Lepas talk tu nanti, ada
meeting houseroom. Jangan lupa.”
Zack hanya mengangguk.
Syahid menjongket kening serta tersenyum seraya masuk ke dalam bilik air. Zack
masih berdiri di depan sinki. Kedengaran pancuran air dipasang di dalam bilik
air. Spontan mata Zack terpejam sambil kakinya masih tegak berdiri.
“Amir…” seru satu suara
memanggil namanya.
Spontan Zack membuka
matanya perlahan-lahan. Di hadapannya berdiri tegak Syahid dengan tidak berbaju
dan kebasahan. Sungguh breathtaking pemandangan itu di mata setiap orang.
“Buat apa kat sini? Dah
berapa lama berdiri ni?”
Shit! Hanya Tuhan je
yang tahu betapa malunya Zack ketika itu. Mana taknya, kalau daripada Syahid
mula mandi tadi, dia sudah berdiri, ini Syahid sudah pun selesai mandi.
“Tak ingat jalan balik
bilik ke?”
Oh, please stop talking
Syahid. Zack ni dah bagai nak mampus menahan malu yang teramat sangat.
“Takpelah, Amir balik
bilik dulu.”
Zack berlari
meninggalkan bilik mandi menuju ke biliknya. Ketika dia masuk ke dalam bilik,
barulah perasaannya lega sedikit. Tidaklah bagai baru sahaja menang
pertandingan marathon.
Pintu bilik diketuk.
Baru sahaja Zack hendak berjalan ke pintu, Asfat sudah berlari terlebih dahulu.
Rupanya Syahid di muka pintu. Lagilah Zack nak melompat bagai nak gila.
“Amir, ni bekas
toiletries Amir tertinggal dekat bilik air. Ambik ni. Nanti hilang. Mujur Bang
Yed perasan tadi.”
Sekali lagi, Zack rasa
kulit mukanya bagaikan disiat dengan rakusnya oleh Syahid. Rakan sebiliknya
yang lain juga sudah memandang mereka berdua semacam. Shit ah!
“Rapat betul kau dengan
Bang Yed tu?” Asfat memberi pertanyaan berbaur provokasi.
“Err, biasa je. Mungkin
dia takut barang aku hilanglah kut. Sebab tu dia ambikkan.”
“Ya, mungkin. Dan
mungkin jugak…”
“Dah, kau tak payah nak
mengarut panjang. Aku nak pakai baju. Malam ni dahlah kena pakai formal
attire.”
“Eleh, dah melting
dengan Bang Yed dahlah.” Asfat memprovok lagi.
Zack malas nak menambah
lagi. Sejujurnya, dia sendiri tidak pasti. Mungkin adalah mungkin. Tapi… ah
lupakan. Dia hanya terlampau berfikir sedangkan benda itu tiada apa-apa pun.
“Korang ni bisinglah.
Hormatlah sikit orang lain.” Seorang lagi rakan sebilik mereka, tiba-tiba
mendengus kasar. Kemudian remaja itu keluar daripada bilik itu. Pergi bilik air
agaknya.
“Tu Luqman. Anak
presiden syarikat. So, kau fahamlah sendiri perangai anak lord ni macam mana,”
terang seorang lagi rakan sebilik mereka. “By the way, aku Fahriman Fahim. May
call me Fahri only.”
Zack dan Asfat menyambut
salam yang diberi oleh Fahri itu. Fahri, kurus tinggi orangnya. Asfat pulak
kurus pendek, agak tidaklah menarik sangat. Zack pula paling tinggi rasanya
setakat ini.
“Macam mana kau kenal
Luqman tu?” Asfat bertanya.
“Just call him Luq.
Kitorang sama sekolah dulu. Thanks God kali ni kitorang dapat bilik yang sama.
Tak payah risaulah pasal dia. Biasalah, anak orang kaya. Aku ni pun kaya jugak
cuma taklah seriak dia tu.”
Zack dan Asfat sekadar
mengangguk. Seorang lagi rakan sebilik mereka baru sahaja bangun dan memisat-misat
matanya. Dengan wajah yang mamai, dia mempamerkan senyuman.
“Dah petang eh? Pukul
berapa sekarang?”
“5:45. Bangunlah. Kau
tidur dah macam nak kena panggil orang surau. Kenalkanlah diri tu dengan
roommate sendiri.” Fahri berseloroh. Budak itu sekadar tersenyum.
“Okey. Aku Muhamad
Fazrin bin Nizar. Panggil Ayen je.” Nazrin menghulurkan salam dan disambut oleh
mereka bertiga. “Aku mandi dulu eh.”
“Yes, that’s the best.”
Asfat turut bergurau. Fazrin sekadar tersenyum dan mengambil cermin matanya.
Tidak
lama selepas itu, masuklah Luqman dengan muka perengusnya ke dalam bilik. Siap
memberi jelingan pembunuh lagi kepada Zack dan Asfat. Apa yang dia tak puas
hati, entahlah.
Malam itu, mereka semua
berkumpul di Dewan Sri Bitara, antara salah satu bangunan sekolah paling besar
di dalam institut itu. Malam itu, selepas guru kaunseling memberi taklimat,
tibalah giliran ketua pelajar memberi ucapan.
“Okey, nama aku Sheikh
Aziman, boleh panggil aku Azim. Aku KP sekolah ni which stands for ketua
pelajar or also can be ketua pengawas. Kalau korang ada problem apa-apa, boleh
jumpa aku kat bilik MT kat Blok Bijak. Rules dalam sekolah ni, respect others
if you want to be respected by others. Okay?”
Suasana hening ketika
itu.
“Faham tak?”
“Faham.” Seisi dewan
menjawab jawapan yang sama. Well, juniors right.
Zack mula payah hendak
fokus terhadap apa yang dibebelkan oleh Azim. Matanya mula melilau sekeliling.
Di sekeliling, pengawas-pengawas sekolah berdiri memakai baju melayu. Bila
waktu prep malam, mereka akan memakai baju melayu dan mesti memakai kad
pengenalan masing-masing.
Ketika itulah, Zack
terpandang Syahid. Remaja itu yang sedang berdiri sebaris dengan tempat
duduknya ketika itu juga turut memandang ke arahnya. Sempat lelaki itu memberi
senyuman seksi namatei kepadanya.
“Siapa yang kau senyum
tu?” tanya seorang remaja di sebelah Syahid yang juga merupakan rakan
sebiliknya.
“Amir Zakwan. Budak
baru. Cute tak?”
“Jangan cakap kau nak
gantikan dia kat tempat Zikry dulu.”
Syahid hanya tersenyum.
Kawannya ni pun satu. Zikry tu ceritanya dah tamat tiga tahun dulu lagi. Suka
ungkit cerita lama.
“Tapi rupa dorang memang
dah iras. Adik dia tak?”
“Tengkorak kau. Zikry
dulu kan anak tunggal. Mana datangnya adik pulak?”
“Tapi AZ tu dah dekat
sangat dah. Alif Zikry dengan Amir Zakwan. Kan relatable tu?”
Syahid menjongket kening
kanan sambil memandang dengan muka mintak kaki. “Dear Mr. Samuel Taylor
Brighton, dorang takde kena mengena. Just case of coincidence. Not more than
that.”
Samuel malas nak
menjawab lagi dah. Si Syahid ni kalau bercakap, memang asyik nak menang je.
Well, pembahas sekolah katakan. Memang agak tergugatlah kredibilitinya sebagai
pendebat kalau kalah dalam perbualan.
“Tapi dia handsomelah,
Syahid.”
Syahid hanya tersenyum
sambil memandang terus ke arah Zack. Matanya kemudian dipejamkan. Mengingatkan
semula momen-momen manis tadi. Tak terasa penat pun mengangkat bagasi siang
tadi.
“Dahlah tu. Tak payah
nak feeling long-lasting lelebih sangat. Dah habis program dah pun.”
Selepas majlis bersurai,
Zack dan Asfat menuju ke dewan makan untuk minum malam. Katanya, malam itu
hidangannya roti jala. Roti jala ke roti pukat taklah diketahui oleh mereka.
“Wey, meeting houseroom
pukul berapa? Nanti kena bebel pulak kalau lambat. Aku tak sanggup.”
“Sebelas kan. Aduyai,
mata aku dah mengantuk bagai nak mampus dah ni. Lagi nak meeting. Haish!”
“Biasalah. Lumrah
berasrama,” jawab Zack ringkas. Roti jala dicicah lagi ke dalam kuah kari.
Tawar tapi dah itu sahaja rezekinya. Lagipun standard asramalah kan.
“Tawar gila doh kari ni.
Takde bajet ke hapa sekolah ni. Nama je sekolah elit,” rungut Luqman di hujung
meja. Memang dasar tak reti bersyukur.
“Syukurlah Luq. Janji
ada makanan.” Fahri cuba mendamaikan keadaan.
“Gi mampuslah. Makanan
macam nak bagi dekat rumah kebajikan. Fikir kita makan free ke kat sini? Kita
bayar okey.”
Zack malas hendak nak
masuk campur. Dia berani memberi jaminan bahawa Luqman itu hanya mampu bertahan
beberapa bulan sahaja di Institusi Lelaki Bitara itu. Kalau tak kerana tak
tahan dengan persekitaran, pasti dia akan dibelasah oleh senior-senior yang
lain. Tadi pun tengok dah ada beberapa senior yang pandang tak puas hati.
“Jomlah balik bilik.
Tukar baju dulu sebelum meeting tu karang.” Asfat mengajak Zack pulang ke bilik
mereka semula. Tak sanggup mendengar bebelan Luqman yang tak berkesudahan itu.
“Jom.”
Mereka berjalan
bersama-sama menuju ke bilik mereka. Baju ditukar kepada baju yang lebih
santai. T-shirt dan seluar tiga suku. Santai lah tu kan?
Ketika mereka keluar daripada
bilik, kelihatan ramai pelajar tingkatan satu yang lain menuju ke bilik
houseroom. Bilik itu berkeluasan empat buah bilik yang dipecahkan dindingnya.
Sepuluh minit selepas
pukul sebelas, barulah lengkap semua pelajar tingkatan 1 masuk di dalam bilik
itu. Ketika itu, pelajar yang terakhir sekali tiba adalah Luqman. Well, si
bongkak tu.
“Okey, semua dah ada.
Okey biar aku perkenalkan diri aku. Nama aku Omar Khairi, boleh panggil aku
Okey. Itu nickname aku. Aku ketua houseroom kita which is named Jebat. Warna
houseroom kita biru which is bagi aku mendamaikan. Jadi aku tak nak ada budak
yang cuba menjahanamkan kedamaian tu. Okey?”
Zack perasan yang ayat
terakhir Okey itu merujuk kepada Luqman. Zack kemudian perasan bahawa Syahid
sedang berdiri di dinding sebelah kiri. Oh ya, Syahid kan ketua aras. Mestilah
ada.
“Okey, so aku nak korang
berkenalan dengan ketua aras korang. Ketua aras ni macam korang punya abang
longlah. Yang penting, respect. Korang bernasib baik sebab form five tak share
blok dengan kita sebab dorang ada blok sendiri. Jadi, kitorang semua ni form
four baik punya, akan jaga korang sebaik mungkin. Okey, Syahid, kenalkan diri.”
Syahid berjalan menuju
ke tengah-tengah tempat yang sepatutnya. Senyuman kacak diberikannya kepada
semua. Manisnya mampu mengalahkan Coca-Cola yang dibiarkan pada suhu bilik
selama tiga jam.
“Okey, nama aku Syahidul
Shariedan. Boleh panggil aku Bang Yed. Aku KA aras satu. Korang boleh cari aku
kat bilik KA1 kalau ada apa-apa hal. So, enjoy your life here.”
“Adi, your turn.” Kata
Okey selepas Syahid menghabiskan taklimatnya.
Seorang remaja lelaki
bertubuh sasa berdiri di hadapan mereka semua. “Okey, nama aku Adi Warisa. KA
untuk aras dua. Dak-dak aras satu boleh cari aku kat bilik KA2.”
Kemudian KA aras 3 pula
dijemput.
“Hai, nama aku Rayyan
Nuraiman. Aku KA aras 3 korang. TKA aku pulak tu dia, Danish Heffy. Kalau ada
apa-apa, cari je kitorang. We are always helping juniors. So, that’s all.”
Dan selepas itu KA aras
4 pula yang bernama agak pelik iaitu Nusaril Bayudi pula memberi ucapan.
Sejujurnya, Zack dapat merasakan yang dia tak berapa menyukai sikap Nusaril
itu.
Selepas itu, KH memberi
pula sepatah dua taklimat mengenai lagu rumah, house anthem, bendera houseroom,
bla bla bla sampailah jarum jam tepat pada pukul satu.
“Okey, tu je untuk malam
ni. Korang boleh balik bilik.”
Mereka keluar daripada
bilik itu beramai-ramai. Dah macam kambing keluar kandang rupanya. Sedang
berjalan pulang semula ke bilik, Zack mendengar namanya disebut.
“Amir Zakwan…”
Zack menoleh ke belakang.
Dia melihat Rayyan sedang berlari-lari anak menuju ke arahnya.
“Oh, Abang Rayyan.
Kenapa, bang?”
“Oh, betullah ni Amir
Zakwan. Takde tadi Danish cakap yang dia nak breakfast dengan kau. Esok.
Boleh?”
Fuiyoh! Baru hari kedua
dah ada orang ajak nak breakfast sama. Ini sudah baik ni.
“Boleh je bang. Tapi
kenapa Abang Danish tak nak jumpa saya sendiri. Cakap yang dia nak. Kan
senang.”
Rayyan hanya tertawa
manis. “Tu aku tak tahu. Kau kena tanya Danish sendiri. So, kira jadilah ni eh? Esok jumpa dia kat kantin.
Okey, gerak dulu.”
Sempat mereka berjabat
tangan sebelum Rayyan kembali ke biliknya semula. Sepanjang mereka pulang ke
bilik mereka, Asfat mempamerkan senyuman licik.
“Kau apahal?”
“Untunglah dah ada abang
ajak breakfast sama. Muka comel kan. Siapa tak nak?”
“Mana ada. Maybe dia nak
kenal dengan aku ke. Who knows?”
“Whatever, I’m getting
cheese fries.”
“Layan Mean Girls siaa.”
Asfat hanya ketawa.
Movie lejen macam tu siapa yang tidak tengok. Setibanya di dalam bilik, mereka
terperanjat apabila di atas katil masing-masing terdapat sehelai kertas A4 yang
bertulis sebuah nama.
Amir Zakwan-Zack
“Nama apa ni?” Zack
bertanya kepada diri sendiri.
“Oh, nickname. Aku punya
dapat Kawasaki. Luq dapat Lucky. Fazrin dapat Ray-Ban. Korang?” Fahri
menerangkan isi surat tersebut.
“Aku dapat AF. Memang as
fuck. Kau, Amir?”
“Zack. Siapa yang buat
ni?”
“KA lah. Si Bang Yed
tu.”
Zack
hanya mengangguk. Sedap juga nicknamenya. Agak moden dan classy sikit. Malam
itu, Zack tidur dengan tenang. Suasana damai sebegini tidak sangka dapat
diperoleh daripada sekolah di tengah bandar besar ini.
“Tak tidur lagi,
Syahid?” tanya Samuel ketika melihat Syahid khusyuk membuat latihan Chemistry
di meja belajar.
Syahid menggeleng
kepala. Samuel kemudian melabuhkan punggung di kerusi sebelahnya.
“Kenapa kau bagi nama
budak tu Zack?”
“Saja. Sebab aku suka
nama tu and aku nak dia guna nama tu. Tak boleh ke?”
“Syahid, kau betul
sukakan budak tu?”
Syahid meletakkan pen.
Dagunya ditongkatkan menggunakan kedua-dua belah tangannya. Senyuman terbit di
wajahnya. Spontan wajah kacak Zack melintas di hadapan tubir matanya.
“I don’t know, Sam. I
think yes and maybe no is the answer. But if yes, mesti ada something yang
buatkan aku suka kat dia.”
“Macam kau dengan Zikry
dulu?”
“Stop mentioning his
name, please. Aku malas nak ingat lagi dah.”
Samuel diam. Membiarkan
Syahid menyambung semula kerjanya. Kemudian Syahid kembali menongkat dagu.
Sehelai kertas mengandungi gambar dikeluarkan daripada dalam bekas penselnya.
“Kata tak nak ingat
dah?” tegur Samuel sarkastik. Gambar itu kemudian diambil dan turut
dipandangnya.
“Sometimes, memories
will hit you like a truck. Rindu jugak kat dia. Tipulah kalau aku cakap yang
aku sikit pun tak ingat kat dia. First love is the long-lasting memories kut.”
Samuel bertepuk tangan
gaya bravo. “Kau kalau bercakap, novelis Suamiku Encik Sotong pun kalah
ayat-ayat dia. Kau memang great lover, doh.”
Syahid tertawa sambil
membetulkan tali singletnya yang terlondeh sedikit. Gambar bersama Zikry itu
diambil semula daripada tangan Samuel. Spontan air mata lelakinya jatuh menitis
di atas gambar itu. Terdapat satu tamparan yang maha dahsyat menimpanya jika
mengimbau semula kenangan itu.
“Sabarlah Syahid. Cuba
kau fikir balik, mesti ada sesuatu yang lebih baik akan jadi. Buat apa kau nak
ingat dia lagi? Dah dua tahun lebih Syahid. Kerana dia, kau dengan Danish jadi
seteru…”
“Jangan sebut nama si
bangsat tu depan aku! Dia dengan Rayyan tu memang tak pernah puas dengan aku.
Daripada kita first week, Sam. Semua aku dapat, dia nak. Zikry tinggalkan aku
at the first place sebabkan dia, okey.”
Samuel
mengangguk-angguk. Memang betul fakta yang dibangkitkan oleh Syahid itu. Zikry
adalah salah satu titik punca mengapa Syahid dan Danish bermusuhan.
“Wey, apa-apa pun, kalau
betul kau nak Zack tu, you better hurry. Aku dah dengar beberapa orang budak
form five nak usha dia. Hot betul doh budak tu. Apa dia makan?”
Syahid hanya tertawa
kecil apabila mendengar nama Zack disebut. Amir Zakwan itu baginya mempunyai
aura semacam yang tidak semua orang dapat mengesannya. Pandangannya, wajahnya,
suaranya. Memang bagi Syahid tak tidur malamlah.
Apa pula bezanya dengan
Zikry? Beza, sangat berbeza. Zikry dan Zack… ya, dua entiti berbeza.
“Sam, kau straight kan?”
Tiba-tiba Syahid bertanya.
“Kau ni. Daripada form
one kau kenal aku, baru sekarang nak tanya. Mestilah ya.” Samuel ketawa.
“Kau tak kisah yang aku
ni gay? I mean, kan benda ni jijik. Kau tak geli dengan aku?”
Samuel menghela nafas
berat. Ada satu perasaan lain dalam dirinya. “Kau tahu yang mak aku Melayu,
bapak aku American. Kalau dalam Islam, benda ni memang haram. Tapi ramai je
buat. Kalau ikutkan sebelah agama bapak aku, pun sama dilarang. Tapi benda ni
tetap jadi. Aku tak kisah. Lagipun, bukannya kau pernah ambik kesempatan kat
aku.”
Syahid hanya ketawa. Daripada
mereka tingkatan satu, mereka sudah sebilik. Sehinggalah apabila Syahid
dilantik sebagai ketua aras dan Samuel timbalannya, mereka masih lagi sebilik.
Nak-nak pula bilik KA dua orang sahaja sebilik, lagi rapatlah dibuatnya.
“Syahid, kau masih marah
kat Danish ke? Jangan marah, aku tanya je.”
Sekali lagi, Syahid
dibawa pulang sebentar ke dua tahun lepas. Air matanya kembali menitis.
Peristiwa itu sehabis boleh cuba dipadam daripada ingatannya tetapi tidak boleh
juga dipadam memori itu.
“Aku sorry Syahid.
Janganlah nangis.”
“Takpelah weyh. Salah
akukan. Aku yang tak reti nak move on. Dia boleh je enjoy. Aku? Separuh mampus
nak melupakan Zikry tu. Dia boleh walk clean like nothing happened je. Dia
fikir aku ni apa?”
Samuel ketawa mendengar
ayat yang keluar daripada mulut Syahid itu. Dia tahu sukar untuk Syahid
menerima perkara itu. Tapi dah itu ketentuan takdir, terpaksalah ditelan
walaupun ianya pahit bak hempedu.
“Okeylah ya, Bang Yed.
Dik Sam dah mengantuk balik ni. Keep studying ya.” Samuel kembali ke katilnya
semula.
Syahid kembali
mengulangkaji pelajaran. Subjek Chemistry masih lagi diteruskan. Mindanya
sedaya-upaya cuba untuk menyingkirkan Zikry. Dan cuba memasukkan tempat kosong
itu dengan nama Zack. Tetapi benarkah hatinya ada untuk Zack.
God knows it.