Basically, idea cerpen ni datangnya daripada movie ini. God, I love Peyton Flanders...
__________________________________________________________________
Tangan
Yang Menghayun Buaian
Hanya
kehancuran mereka membuatkan dia tersenyum lebar…
Daniel
Darwisy
Suri tidak berkata apa-apa. Itu adalah
keputusan peguam yang perlu diikutnya. Walaupun perit, terpaksa dia telan lagi.
Lagipun, dia bukannya anak kandung Dato’ Fadil dan Datin Zalina.
Suri merupakan anak angkat yang dijaga oleh
pasangan suami isteri ketika itu. Suri diambil mereka dari sebuah rumah anak
yatim ketika gadis itu berusia setahun. Datin Zalinalah yang akhirnya menjadi
ibu susuan Suri.
Dua minggu lepas, Dato’ Fadil dan Datin Zalina
ditimpa kemalangan jalan raya. Mereka berdua akhirnya menemui maut akibat
kemalangan itu. Oleh kerana Dato’ Fadil tidak pernah menulis sebarang wasiat,
rumah itu akan jatuh namanya kepada pihak bank. Jadi maknanya…
“Kami minta maaf, Cik Suri. Awak memang kena
keluar daripada rumah ni.”
Suri bingkas dari duduknya. Peguam-peguam yang
ada seakan serba salah. Tapi ini sudah prosedur yang mereka terpaksa ikut. Suri
menaiki tangga menuju ke biliknya.
Tiba-tiba
kepalanya terasa pening. Matanya berpinar-pinar. Dia rebah dan jatuh bergolek
ke tingkat bawah.
Suri ditahan di hospital. Pemeriksaan doktor
mendapati bahawa dia mengalami masalah kekurangan darah di dalam badan. Jadi
dia memerlukan penderma darah.
Suri kemudiannya menerima kehadiran tetamu
daripada rumah anak yatim tempat dia tinggal dahulu. Mereka ingin
memberitahunya tentang siapa saudara kandungnya yang masih hidup.
“Ibu awak bernama Hajar dan kini dia tinggal di
Taman Mewangi…”
“Kenapa dia tinggalkan saya?”
“Begini, Suri. Awak ni sejujurnya adalah anak
tak sah taraf. Ibu awak dirogol dan melahirkan awak pada usianya 15 tahun.
Kerana itu, dia tinggalkan awak kepada kami untuk dijaga. Kami harap awak boleh
maafkan dia, Suri.”
Suri tersenyum.
Maafkan. Lawak ke? Tak mengapa. Suri ada rancangannya yang tersendiri.
Suri memandang luar rumah itu dengan perasaan
geram yang menebal. Sudahlah dia ditinggalkan di rumah anak yatim, kini ibunya
bersenang-lenang di dalam rumah itu. Memang sukar untuk dia terima akan hakikat
itu.
“Assalamualaikum…” Dia memberi salam.
Seorang wanita pertengahan 30an keluar
menyambut kedatangan tetamunya. “Ya, dik. Cari siapa kat sini? Apa boleh akak
tolong?”
“Sebenarnya saya ni tengah cari kerja. Akak
tahu tak kalau-kalau orang sekeliling ada perlukan orang gaji atau pengasuh
ke…?”
“Eh, akak yang nak sebenarnya. Kalau kamu betul
nak, masuk dulu. Kita bincang kat dalam aje.”
Suri menjejakkan kakinya ke dalam banglo itu.
Spontan rasa geram membukit dalam diri. Dia kemudian duduk di atas sofa Lorenzo
rumah itu.
“Adik tinggal kat mana sebelum ni? Oh ya, nama
akak Hajar. Nama adik?”
“Oh, nama saya Suri. Saya tak kerja dengan
mana-mana agensi. Sebenarnya saya kerja ni hanya nak cari duit sara diri kat KL
ni. Saya datang dari kampung lepas mak dengan ayah saya meninggal. Saya harap
akak bolehlah terima saya. Lagipun, saya memang nak tempat tinggal sekali.”
Hajar hanya tersenyum. Hatinya turut dijentik
dengan rasa simpati. “Takpelah, adik kerja jelah kat sini. Mari akak tunjukkan
bilik.”
Senyuman mula terukir
di wajah jelita.
Tidak susah untuk Suri menarik hati keluarga
itu. Suami Hajar, Daniel, anak Hajar, Aina dan Aliff serta bayinya, Aishah
sangat mengalu-alukan kehadirannya di situ. Tiada seorang pun yang mengesyaki
kedatangannya di situ.
“Abang Daniel tu nampak macam lagi muda je
daripada akak. Kenapa ya?”
“Oh, itu suami kedua akak. Suami pertama akak
dah ceraikan akak masa akak mengandungkan Aliff. Baru tiga tahun akak kahwin
dengan abang Daniel tu. Kenapa, Suri pelik ke?”
Suri hanya tersenyum. Ada lagi rahsia Hajar
yang berjaya dikoreknya. Mana tahu boleh dibangkitkan nanti.
“Bekas suami akak tu ada perempuan lain ke
apa?”
Hajar terdiam sejenak. Di balik raut wajahnya
bagaikan dia ada menyimpan satu rahsia yang maha besar.
“Oh, saya mintak
maaf. Saya tak sepatutnya tanya akak macamtu.” Suri berpura-pura simpati.
Sebenarnya memang itu nawaitunya.
Hajar pelik dengan anaknya, Aishah. Aishah
sentiasa menangis ketika berada dalam ribaan atau dukungannya. Malah, ketika
dia hendak menyusukan sekalipun, Aishah menolak penyusuannya.
Ini sangat membimbangkan tetapi menganehkan
kerana anaknya itu semakin membesar saiz badannya. Hal ini lalu diceritakan
kepada adiknya, Zahra.
“Jangan-jangan orang gaji kau susukan tak? Aku
tengok si Suri tu macam rapat je dengan anak-anak kau. Ingat Hajar satu benda
ni. Bear in your mind this word. Tangan yang menghayun buaian adalah tangan
yang menggoncang dunia.”
Hajar cuba mencerna apa yang dikatakan adiknya.
Memang ada betulnya apa yang dikatakan oleh Zahra itu tapi kena hendak libatkan
Suri sekali.
Perubahan kedua yang dia berjaya kesan adalah
pada anak sulungnya, Aina. Aina seakan-akan perlahan-lahan membenci dirinya
dalam senyap. Begitu juga dengan Aliff.
“Aliff, Aina, mama nak tanya ni jawab dengan
jujur eh? Ada sesuatu ke yang Aliff dengan Aina rahsiakan daripada mama?” Suatu
hari, Hajar cuba mengorek rahsia.
“Takdelah, haritu kan Aliff bagitau mama yang
Aliff kena buli, tapi mama suruh Aliff sabar. Sekali Kak Suri yang tolong
belasah balik budak tu. Mama pergi mana?”
“Aina pun. Haritu masa sekolah Aina ada buat
hari tiga penjuru, Kak Suri yang datang. Mama sibuk kononnya.”
Teori Hajar
mengenai Suri makin mengena. Dan Suri yang mendengar perbualan itu, mula
merangka sesuatu.
Pagi itu, Suri bangun sebelum Subuh iaitu pada
jam empat pagi. Dia melangkah perlahan-lahan keluar rumah. Tanah yang digali
tukang kebun semalam sedalam enam kaki dipandangnya. Dipandangnya sekeliling
jika ada yang boleh dijadikan alat.
Kain kanvas diambilnya. Ditutupnya lubang itu
dengan kain itu. Tanah yang bertimbun itu pula diletakkan di kain yang berada
di permukaan tanah di keliling lubang itu.
Kemudian, matanya tertancap akan besi-besi yang
akan dijadikan ceracak gazebo rumah itu. Turut diambilnya dan diletakkan di
tanah atas permukaan bumi.
Setelah berpuas
hati, Suri masuk semula ke dalam rumah. Menunggu hari siang tiba.
Zahra
membelek surat khabar di hadapannya. Sebagai ketua editor, dia terpaksa membuat
rujukan terhadap edisi lalu untuk memastikan tiada kecelaruan maklumat atau
fakta dalam artikel seterusnya yang berhubungkait. Tapi terdapat satu artikel
yang menarik minat Zahra.
Banglo
Dato’ Fadil jatuh ke tangan bank. Anak angkatnya, Suri Marlina terpaksa keluar
daripada banglo itu.
Zahra membaca berita itu berulangkali. Gambar
Suri yang dimaksudkan itu juga. Kemudian baru dia teringat sesuatu yang berlaku
21 tahun dahulu antara Hajar dan Suri Marlina itu.
Suri Marlina adalah anak yang Hajar buang 21
tahun dahulu. Dan Zahra dapat merasakan yang tujuan Suri datang ke rumah itu
bukanlah berniat baik. Ada udang di sebalik batu.
Tanpa membuang masa, Zahra terus memandu ke
rumah kakaknya. Dia cuba menelefon rumah tetapi diangkat oleh Suri.
“Hello, siapa ni?”
“Fatimah Az-Zahra. Nak aku eja ke?”
“Oh, Kak Zahra. Kak Hajar takde. Nanti saya
bagitau yang Kak Zahra call, ya.”
“Hmm, yalah tu.”
Tidak lama selepas itu, Zahra tiba di banglo
Hajar. Dia turun dan buru-buru masuk ke dalam rumah itu.
“Ya, Kak Zahra. Cari Kak Hajar ya?”
“Tak. Aku cari mak kandung aku. Kenal, Suri
Marlina?” balas Zahra sarkastik.
Suri bagaikan terkejut.
“Dah, mana kakak aku? Kau ni penipu!”
“Dia kat halaman,” bohong Suri.
Tanpa sebarang sangsi, Zahra terus ke halaman.
Suri berpura-pura menghalang. Kemudian, Suri mengambil tempat di balik langsir.
Zahra berjalan pantas memanggil nama Hajar. Dia
tidak sedar bahawa sudah terpasang satu jerat di hadapannya.
“Arrgghh!!!” Zahra terpijak kain kanvas yang
menutup lubang itu. Dia mulai terjatuh ke dalam lubang tersebut diikuti dengan
tanah dan besi-besi di atas kanvas itu. Zahra tertusuk oleh beberapa batang
besi itu dan ditimbus hidup-hidup.
Di dalam rumah,
sambil memakan buah epal, dengan senyuman penuh jelita, Suri mengukir senyuman
lebar.
Beberapa hari selepas kematian Zahra, Hajar ke
pejabat Zahra. Niatnya adalah untuk bertanya kepada staf Zahra ke mana Zahra
pergi semasa hari kematiannya.
Siapa yang tidak terkejut apabila anjing polis
mengesan mayat di dalam timbunan tanah di halaman rumah sendiri? Tapi itulah,
Hajar tidak dapat mengesan motif sebenar Zahra datang ke rumahnya hari itu.
Hajar melihat keratan suratkhabar di atas meja
kerja Zahra. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat apa yang ditulis dalam
berita itu. Kemudian dia terfikir sesuatu. Memikirkan semua yang terjadi ini
selepas kehadiran Suri, pasti Suri datang sebenarnya untuk memusnahkan keluarga
bahagianya.
Hajar memandu pulang. Anak sulungnya, Aina
ditelefon untuk memastikan keadaan terkawal di rumah. Alah, Aina sudah berumur
14 tahun, pasti dia tahu jaga diri. Tapi, si Hajar yang sudah 32 itupun mampu
dibunuhnya, inikan pula Aina.
Hajar masuk ke dalam rumah dan ketika itu, Suri
sedang menghidangkan juadah makan malam. Daniel dan anak-anak mereka juga sudah
menunggu.
“Kak Hajar, akak pergi mana? Lama kami tunggu.”
“Jangan nak berlakon lagilah, Suri. Aku tahu
kau anak aku. Apa tujuan kau datang sini. Cakap, Suri Marlina.”
Semua yang ada terkejut lebih-lebih lagi
Daniel. Suri hanya tersenyum sambil menepuk-nepuk tangan.
“Well, bravo Hajar for that confession. Now apa
kata kau cerita kat kami semua tentang aku dan kau.”
Hajar menelan liur. “Daniel, here’s the truth.
Suri ni anak I masa I kena rogol 21 tahun dulu. Husband I yang dulu tak boleh
terima I yang tak suci so dia ceraikan I lepas dia dapat tahu. And I buang Suri
ni dulu…”
“And sekarang kau akan menjanda sekali lagi sebab
aku bunuh si Daniel ni.” Suri mencelah sambil menghayun kerusi kayu tepat ke
kepala Daniel. Daniel pengsan. “Well, itu opening.”
“Kak Suri, apa ni?” Aina menjerit.
“Aina, Aliff, naik atas. Cepat!” Hajar mengarah
pantas Aina dan Aliff.
“Well, Hajar. Takut ke? After all yang kau
buat, kau nak takut? 21 tahun, Hajar. Apa pun alasan kau sekarang aku tak boleh
nak terima lagi. Sampai hati kau kan, Hajar. Apa salah aku, hah?”
Hajar tidak menjawab sebaliknya dia berlari
naik ke tingkat atas. Suri turut berlari mengejar Hajar. Takkan dibiarkan
dendamnya terbiar begitu sahaja. Hajar perlu mendapat bayaran atas apa yang
dilakukan.
Hajar tersungkur. Suri berhenti mengejar. Tukul
di tangannya dilepaskan. Dia tertawa kecil. Kemudian dia mendekatkan mukanya ke
telinga Hajar. “Bila anak kau sedih, aku yang dorang cari. Bila baby kau
menangis, aku yang susukan dia. And aku wonder, when your husband with you, its
my face he sees.”
Kelihatan air mata menuruni di pipi Hajar. Suri
masih ketawa. “Buang masa cakap dengan kau. Mana adik-adik aku?”
Suri berjalan pantas masuk ke dalam bilik
anak-anak Hajar. Dia melihat Aina sedang memegang Aishah manakala Aliff
ketakutan. Dengan kasar, dia mengambil Aisyah di tangan Aina. Aina tidak sempat
menghalang apapun.
Dia kembali semula ke Hajar. Tawa sinisnya
semakin kuat. Hajar masih tidak dapat mengangkat badannya sendiri.
“Look at yourself, Hajar. Aku kesiankan diri
kau. Kau dah tua. Bila susah sikit, nak bangun pun tak boleh…”
“Tutup mulut kau, perempuan!” tempik Aina di
hujung koridor sambil memegang sesuatu di pangkuannya.
Suri memandang gulungan selimut di pangkuannya.
Kosong. Yang di tangan Aina itulah Aishah. Segera dia melemparkan selimut itu
ke lantai dan berlari mengejar Aina. Tetapi Aina pandai, segera dia menutup
pintu biliknya dan menguncinya.
“Sial! Takpe. Aku bunuh mak kau! Kau dengar
tak?!” Suri mengambil tukul tadi dan bawanya ke tepi Hajar.
“Suri, mak mintak maaf…”
“Pergi mati dengan maaf kau.” Suri menghayun 90
darjah tukul itu.
Aina membuka pintu bilik itu. Dia berlari sepanjang
koridor itu menuju ke arah Suri. Berbekalkan kudrat 14 tahunnya, dia menolak
Suri ke tangga. Suri tidak sempat mengelak membuatkan dia tersungkur, bergolek
di tangga itu.
Suri sudah tidak
bernyawa. Dia mati dengan dendam yang masih berbuku di dadanya. Matanya
terjegil. Darah keluar daripada bibirnya. Hajar lega. Begitu juga dengan Aina.
Daniel berjaya diselamatkan. Begitu juga Hajar
dan anak-anak mereka. Hati Hajar masih dihambat kesayuan. Sungguh dia tidak
menyangka itu balasan yang diterimanya kerana berbuat demikian kepada anaknya
sendiri.
Adik kandungnya mati. Itulah harga yang perlu
diterima atas dosa yang dilakukannya sendiri.
“Takpe, sayang. Sebagai pengajaran untuk kita
semua.” Daniel cuba menenangkan.
Cuma Hajar kesal akan nasib Suri. Namun sebagai
ibu, Hajar memaafkannya.
Betullah kata pepatah, tangan yang menghayun
buaian adalah tangan yang berkuasa. Berkuasa menentukan apa yang akan terjadi
kepada insan di dalam buaian tersebut.
No comments:
Post a Comment