Budak Main Api

Budak Main Api

Jemput Masuk

Life is Allah's most valuable gifts...Live it and appreciate it...

Tuesday, October 28, 2014

P.S.I Love You


Tiga kali aku baca buku ni, tiga kali aku menangis. But movie dia aku tak berkesempatan lagi nak tengok. Beware, Spoiler Alert!

Buku ni ditulis oleh Cecelia Ahern pada tahun 2004 dan difilemkan pada tahun 2007. A sweet love story. Buku ni tak bercerita tentang cinta semata-mata, actually. Buku ni banyak bercerita tentang perasaan rindu dan bagaimana caranya untuk kita mengatasi perasaan itu. Dan idea asal cerita ini juga fresh membuatkan storyline cerita ni firm and strong.

Watak utama dalam filem ini ialah Holly Kennedy. She's a young widow. Husband dia, Gerry meninggal kerana kanser. Permulaan cerita, aku agak menyampah dengan watak Holly yang terlalu pesimis dan terlalu depends kepada mendiang Gerry. Tapi at the end, aku jadi suka dengan watak Holly yang bangkit semula mencipta hidup yang baru.

For sure, time Holly nak buka surat yang barulah time paling aku excited nak baca. Cecelia Ahern berjaya membuatkan pembaca berasa tak sabar dan teruja untuk mengetahui apa isi dalam surat yang seterusnya. Itu pun satu kekuatan sebenarnya.

Meskipun mempunyai banyak watak, aku tak berapa keliru sebab watak-watak tu just appear dalam bab-bab tertentu sahaja. Korang tak perlu nak rasa pening sangat. Anyway, it's still heartwarming.

Kelemahan buku ni adalah pembinaan watak Holly. Watak Holly boleh digarap dengan lebih menarik sekiranya dia lebih open. Tapi tak best jugak nanti kan. Actually, this novel is flawless. Aku tak tahu mana yang boleh dikritik. Tapi ni personal opinion akulah. Tapi kalau diberi markah per lima, still tak dapat lima per lima.

Satu quotes yang aku dapat dalam buku ni dan aku still guna dalam esei BI aku, "Shoot for the moon."

p.s.I love you

No comments:

Post a Comment